BANYAK LAGI DUIT RAKYAT DIHABISKAN MELALUI 1 MALAYSIA

Najib berkata lebih banyak lagi produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan gagasan 1 Malaysia akan diperkenalkan kepada rakyat.

Katanya lagi kerajaan memulakan langkah itu dengan memperkenalkan Klinik 1Malaysia dan meningkatkan kemampuan Jabatan Imigresen untuk mengeluarkan pasport antarabangsa dalam tempoh 1 jam.

Pelbagai produk dan perkhidmatan lain yang selaras dan menepati konsep dan gagasan itu sedang dikenal pasti.

“Ia merupakan sebahagian daripada rangkaikata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang bererti mesti kaitkan produk 1 Malaysia yang menjurus kepada kepentingan rakyat,” tambahnya.

“Pada peringkat sekarang, ia lebih kepada aspek ''ceremonial'' dan kefahaman tentang gagasan ini. Selepas ini akan masuk dalam fasa untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ada kaitan dengan gagasan 1 Malaysia,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular