KITA HILANG KITAB PERLEMBAGAAN

Bekas ahli jawatankuasa pusat PAS Subky Latif menyifatkan Allahyarham Hassan Shukri sebagai nadi penggerak dalam membantu perkembangan parti itu sejak dari awal penubuhannya sehingga menjadi parti disegani.

“Allahyarham merupakan orang penting dalam membantu mengembangkan PAS di negara ini,” kata beliau.

Sejak dari awal pertubuhan PAS, katanya, Allahyarham Hassan banyak membantu dengan mengadakan ceramah-ceramah di setiap kampung untuk menerangkan PAS kepada rakyat.

“Allahyarham seorang yang begitu sabar dan berani dalam memperjuangkan PAS dan atas jasa Allahyarham PAS mula diterima rakyat.

“Dari tidak dikenali, PAS mula menjadi sebuah parti yang disegani dan ia merupakan salah satu jasa terbesar Allahyarham kepada PAS,” kata rakan rapat Allahyarham Hassan ini.
Subky berkata, sepanjang berkenalan dengan Allahyarham Hassan, beliau merupakan seorang individu yang lemah lembut tetapi tegas dalam hal-hal tertentu.

“Saya sudah berkenalan dengan Allahyarham sejak 1970 lagi dan beliau merupakan individu yang disenangi masyarakat.


“Dalam sifat baik hati itu Allahyarham akan menjadi seorang yang paling tegas sekiranya terdapat ahli ataupun pemimpin yang melakukan kesalahan,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular