KEMBALIKAN HAK KAMI : PEMUDA PAS KELANTAN
Selepas tiga bulan usul diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelantan memutuskan untuk membawa tuntutan royalti minyak negeri itu ke mahkamah — pada 30 Ogos ini kerana beberapa tindakan secara rundingan tidak membuahkan hasil.
Demonstrasi diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa dekat sini, tempat berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS.
Demonstrasi diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman.
Latiff dalam ucapannya pula berkata, kezaliman kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razal terhadap rakyat bumiputera negeri ini dilakukan dengan menafikan hak hasil bumi negeri sedangkan sanggup membayar RM77 juta kepada firma khidmat runding APCO worldwide.
Sehubungan itu mereka menuntut agar royalti lima peratus milik rakyat Kelantan dikembalikan kepada kerajaan negeri dan bukan menggantikannya dengan wang ehsan seperti yang dilakukan kerajaan pada waktu ini.



Ulasan
Catat Ulasan