'BINI PUAKA' : STUDENT UM DIPANGGIL
Seramai 17 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes lima pelajar Universiti Malaya (UM) yang didakwa ekoran isu menconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” yang dituju kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor pertengahan tahun lalu.
Namun, The Malaysian Insider difahamkan pihak pendakwaan hanya sempat memanggil enam orang saksi untuk memberikan keterangan di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozana Abdul Yusoff.
Menurut peguam Mohd Radzlan Jalaludin yang mewakil tertuduh, keterangan saksi pertama ahli kimia Jabatan Kimia Muhammad Fauzi Ghazali menunjukkan “tidak wujud kesan hidro karbon yang mudah terbakar”.
“Saksi pertama menyatakan hasil analisis yang dibuat ke atas kes berkenaan menunjukkan tidak wujud kesan hidro karbon yang mudah terbakar.”
“Ini kerana menurutnya petrol yang tergolong dalam hidro karbon merupakan bahan yang mudah terbakar dan jika disimbah pada material, mudah terwap walaupun dibungkus dengan baik.
“Selain itu, jika baru disimbah akan ada bau yang kuat dan wujud satu corak simbahan tetapi sekiranya dibiarkan lama ia akan hilang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Difahamkan terdapat 19 barang kes termasuk seutas jam tangan jenama American Polo, cincin, jaket hitam berlengan panjang, serbuk berwarna hitam dan botol air.




Ulasan
Catat Ulasan