ARIEL PETERPEN, SKANDAL SEKS DAN FPI
Pertubuhan bukan kerajaan Indonesia, Barisan Pembela Islam menyifatkan klip video klip skandal seks penyanyi muda Nazril Irham atau lebih mesra dengan panggilan Ariel dan teman wanita Luna Maya dan bekas kekasihnya Cut Tari sebagai satu bentuk “keganasan” dan mengancam mahu mengambil undang-undang di tangan mereka jika polis gagal mengawal pengedaran rakaman membabitkan artis berkenaan.
“Jika polis tidak boleh menahan Ariel, Luna, dan Cut Tari dalam tempoh tiga hari, kami akan menyerbu tempat-tempat yang menjual video lucah di Jakarta,” kata Habib Salim, ketua pertubuhan kontroversi itu yang turut dikenali sebagai FPI.
Habib memberitahu Jakarta Globe semalam bahawa “kami masih menunggu siasatan polis.”
“Tetapi jika mereka gagal, kami akan bertindak,” kata Habib selepas mengetuai protes di hadapan ibu pejabat polis di sini.
“Artis lucah adalah satu lagi bentuk keganasan. Ini adalah keganasan moral. Kita perlu menyelamatkan rakyat kita daripada apa juga bentuk kemudaratan yang akan menjejaskan moral,” kata beliau.
Habib juga mendesak ketiga-tiga mereka tidak muncul di khalayak demi kepentingan ramai.
“Saya menggesa umat Islam menjauhi mereka,” katanya.




Ulasan
Catat Ulasan