Sibu : Konfiden Nampak!!!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan penuh riak dan bongkaknya yakin Barisan Nasional akan mencatat kejayaan pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini.


Bagaimanapun, beliau menegaskan, pada masa yang sama, semua perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN.

"Keyakinan kami adalah berdasarkan rekod BN menguasai kerusi ini selama lima penggal. Ini adalah kubu BN.

"Semangat semua ahli juga adalah tinggi manakala penyandang kerusi ini mendiang Datuk Robert Lau hoi Chew sudah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu di Dewan Suarah di Sibu, hari ini.

Kawasan Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pengundi, 66 peratus daripadanya masyarakat China Foochow. Selebihnya adalah pengundi Melayu/Melanau yang terdiri daripada kira-kira 17 peratus, diikuti pengundi Iban (15 peratus) dan pengundi Bidayuh, Orang Ulu dan India.



Di samping itu terdapat 2,537 pengundi pos, yang kebanyakannya terdiri daripada anggota tentera yang bertugas di dua kem dan anggota polis.


Apa pula gula-gula yang akan ditabur oleh BN-APCO di Sibu bagi mendapatkan sokongan masyarakat di sana...

Ulasan

Catatan Popular