Satu Kemalangan buat Suhakam - Mahfuz
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan “ketiadaan pengisian anggota panel ini, walaupun tiga minggu, ia adalah satu kemalangan (kepada kemajuan hak asasi).”
“Ia sesuatu malang bagi negara kerana gagal memenuhi tujuan penubuhan Suhakam,” kata beliau sambil menambah, bagi mengelakkan masalah ini berulang soal pelantikan seharusnya diuruskan oleh jawatankausa Parlimen.
“Saya menggesa Perdana Menteri membawa soal pelantikan ini kepada jawatankuasa Parlimen untuk mengesyorkan nama-nama calon yang sesuai kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diberikan perkenan,” katanya.
Pokoknya, tegas Ahli Parlimen Pokok Sena ini, tidak harus ada kelewatan sama sekali dalam soal pemilihan anggota Suhakam.
Pelantikan pesuruhjaya Suhakam dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Difahamkan ini kali pertama kesemua pesuruhjaya meletakkan jawatan masing-masing.
Pelantikan tersebut dibuat mengikut peruntukan subseksyen 5 (1) Akta Suhakam 1999.
Mereka yang dilantik pada April 2008 ialah Tan Sri Abu Talib Othman selaku pengerusinya, Tan Sri Simon Sipaun, Dr Chiam Heng Keng, Dr Mohammad Hirman Ritom, Tan Sri Asiah Abu Samah, Datuk Dr Raj Abdul Karim, Datuk Dr Abdul Monir Yaacob, Datuk N. Siva Subramaniam, Datuk Choo Siew Kioh, Tunku Datuk Nazihah Tunku Mohamed Rus, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim, Datin Paduka Zaitoon Othman, Datuk Dr Denison Jayasooria, Datuk Dr Michael Yeoh; Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Muhammad Shafee.
Abu Talib merupakan Pengerusi Suhakam sejak 2002.
Mengikut Subseksyen 5 (3) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999, “anggota-anggota suruhanjaya hendaklah dilantik dari kalangan tokoh terkenal termasuk mereka yang datang daripada berbagai latar belakang agama dan kaum”.



Ulasan
Catat Ulasan