Ramai jugak ahli GELI yang 'jahil'... bertaubatlah

Ana rasa terpanggil untuk membuat penjelasan atas sikat segelintir GELI yang ‘jahil’ dlm membuat tuduhan semula bahawa PAS membenarkan suami meliwat isteri di dalam laman facebook mereka http://www.facebook.com/pages/Gerakan-Anti-Liwat-GELI/345087880171#!/photo.php?pid=4198881&id=345087880171... sekali gus memperlecehkan perlaksaan hukuman yang telah ditentukan Allah terhadap kes Liwat termasuk keatas isteri.

Mengikut enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang diluluskan oleh Dun Kelantan dan Terengganu iaitu, "liwat ialah satu kesalahan yang merupakan satu persetubuhan yang dibuat oleh seorang lelaki dengan lelaki yang lain, atau diantara lelaki dengan seorang perempuan selain isterinya yang dilakukan di luar tabie".
Sebenarnya hukuman liwat isteri telah ada dalam undang-undang jenayah syariah Kelantan yang telah digezetkan pada tahun 1985 yang menetapkan kesalahannya boleh didenda tidak lebih RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua dengan disebat enam kali.

Enakmen Jenayah Syariah Kelantan itu adalah berkait dengan Hudud (hukuman had). Liwat isteri tidak boleh dikanakan hudud tetapi dikenakan takzir (denda) dan sebab itu ia tidak terletak di bawah Enakmen Hudud. Seumpama suami yang mencuri wang isterinya maka suami tersebut tidak dikenakan hukuman had tetapi suami akan dikenakan takzir atas perbuatan mencuri duit isterinya.

Enakmen No. 2 tahun 1985 yang bernama "ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985".

Dalam seksyen 14 enakmen tersebut, ia berbunyi "Sesiapa yang dengan sengaja melakukan perbuatan liwat yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut hukum syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabit, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat enam kali."

Ulama berpendapat, meliwat isteri tidak boleh dikenakan hukuman hudud (hadd) tetapi hendaklah dikenakan hukuman takzir.

"Atas dasar inilah, difinasi liwat dalam hukuman hudud tidak termasuk meliwat isteri,"

Oleh kerana ia telah ada dalam undang-undang terdahulu, ia tidak dimasukkan oleh penggubal undang-undang di zaman kerajaan PAS ke dalam Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan.

…. SO AHLI GELI YANG MENGGELIKAN HARAP BERTAUBATLAH DAN BELAJAR LAGI AGAR SEGALA YANG DIPERJUANGAKAN MENDAPAT KERAHMATAN BUKAN KEMURKAAN ATAS SIKAP ‘JAHIL’ DENGAN MEPERLEKEHKAN APA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH TUHAN DALAM PERLAKSAAN HUKUMAN LIWAT TERMASUKLAH KE ATAS ISTERI MEREKA….

Ulasan

  1. Puok puok geli ni tahu ko dok kesalahe ggapo hok termasuk dale hudud?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular