PM tak yakin kompenan BN
Dua tahun lalu Umno diibaratkan berhadapan dengan situasi lemah ekoran prestasi pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang manakala Barisan Nasional (BN) pula dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.
PM yang menerajui kerajaan selaku perdana menteri yang keenam sejak April 2009, menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno — mereka tidak boleh percaya “bulat-bulat” menyerahkan kepada parti-parti komponen untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-13.PM dipetik berkata, walaupun pengerusi parti-parti komponen BN mempunyai hak dan peranan masing-masing, misalnya dalam mengemukakan nama calon, tetapi Umno “tidak boleh menyerahkan tanggungjawab kepada parti komponen semata-mata.”
“PM mengatakan bahawa Umno tidak boleh bulat-bulat serahkan kepada parti komponen atas alasan parti-parti komponen sendiri berhadapan dengan masalah dalaman dan tidak kuat (seperti dulu),” kata ketua bahagian yang menghadiri retreat Umno di Janda Baik dekat sini, yang berakhir petang semalam.



Ulasan
Catat Ulasan