Penasihat GELI yang dapat2: Sibu buktikan rakyat kuasa keramat

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kononnya bakal penasihat GELI tapi bo layan oleh DSAI) menyifatkan kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu semalam membuktikan kuasa rakyat adalah kuasa “keramat” yang tidak lagi tunduk kepada sogokan oleh pimpinan Umno-BN.
“Rakyat Sibu membuktikan bahawa kita semua bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat.

“Mereka membuktikan bahawa tidak lagi tunduk kepada sogokan yang dilakukan pimpinan Umno-BN,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.

Beliau berkata kemenangan itu memperlihatkan kekuatan penggerak PR yang mengagumkan dalam berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit.

“Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat,” kata yang beliau yang juga ketua pembangkang di Parlimen.

Katanya, pengundi Sibu telah memperlihatkan kekuatan yang mengagumkan walaupun terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta bantuan-bantuan lain.

“Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada PR bahawa erti semangat perjuangan selama ini akan menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular