ORANG ASLI SUDAH BIJAK LA UMNO OOIIII....

(Gambar kenangan masa program Tamrin DPPWM di Taman Negara Januari lalu)

Orang Asli sudah educated lah UMNO oooii… ini dibuktikan dengan tindakan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi menolak sekeras-kerasnya Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang diluluskan kerajaan pada 4 Dis tahun lepas…..


Penyelaras JKOASM Tijah Yok Chopil mendakwa dasar tersebut digubal dan diluluskan tanpa berunding dengan masyarakat Orang Asli terlebih dahulu.

JKOASM turut menolak hasil bengkel kajian semula dasar tersebut yang diadakan pada 6 April lepas dan sebarang cadangan pindaan terhadap Akta 134, Akta Orang Asli 1954 yang dijangka dibentang di Parlimen Jun depan.

JKOASM mendesak dasar itu dimansuhkan selain mewartakan hak wilayah tanah adat Orang Asli sebagai Rizab Orang Asli.

JKOASM mewakili hampir 30,000 Orang Asli yang berdaftar di enam negeri iaitu Perak, Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular