Kesian Zulkifli Nordin... kawan2 taknak ikut sama...

Zulkifli Noordin (poster) yang merupakan bekas ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ‘melompat’ parti menjadi ahli bebas, dalam blognya baru – baru ini meramalkan bahawa sebuah kerajaan negeri akan tumbang tidak lama lagi. Namun telahannay itu nampaknya meleset apabila keempat-empat Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) yang di uar-uarkan akan melompat parti mengesahkan kehadiran mereka pada ceramah anjuran PAS negeri itu di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut 22 Mei ini.


Mereka ialah S Manikumar (PKR-Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR-Sidam), Lim Soo Nee (PKR-Kulim) dan Lee Guan Aik (DAP – Kota Darul Aman).

Sabtu lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata ceramah khas itu diadakan bagi menjelaskan spekulasi bahawa kerajaan negeri di bawah pentadbiran PR akan tumbang sekiranya lebih ramai ADUN PKR melompat parti.

Menurut beliau, ke semua ADUN dan pemimpin peringkat akar umbi akan hadir pada majlis ceramah itu nanti.


Ulasan

Catatan Popular