Kenyataan Media DPPP - Pengasingan Gerabak KTMB

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
PENGASINGAN GERABAK KTMB – SATU LANGKAH BIJAK
(30 April 2010)

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyifatkan bahawa langkah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengasingkan gerabak mengikut jantina adalah amat wajar dan bertepatan berikutan masalah sosial yang semakin menjadi barah yang melanda negara kita. Pengasingan ini juga menyebabkan penumpang khususnya wanita merasakan lebih selamat dan selesa daripada pelbagai gangguan terutamanya gangguan seksual.

DPPP juga merasakan sudah sampai masanya bukan hanya KTMB yang membuat perubahan dari segi ini akan tetapi menuntut agar pengasingan juga dibuat di beberapa sektor. Antaranya Panggung Wayang, Kolam Renang, Pusat Membeli Belah dan juga di kaunter-kaunter pembayaran kerajaan mahupun swasta. Langkah ini pastinya akan dapat membantu serba sedikit dalam membendung gejala sosial. Islam juga menyeru agar batas antara jantina ini dilaksanakan dalam menjaga kesucian manusia dan keharmonian bermasyarakat.

DPPP berharap agar kerajaan dapat melaksanakan tuntutan ini agar kita dapat membentuk satu masyarakat yang lebih bertamaddun dan menghormati antara satu sama lain. Ia juga dapat mewujudkan suasana yang lebih selamat dikalangan rakyat Malaysia umumnya dan wanita khasnya.

Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Ulasan

Catatan Popular