KENYATAAN MEDIA DPPP : MILIK LAMAN SOSIAL HINA ISLAM
KENYATAAN MEDIA
09 Mei 2010 / 24 Jamadil Awal 1431
PEMILIK LAMAN SOSIAL HINA ISLAM
Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) merasa terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemilik akaun laman sembang sosial, Facebook dengan menggunakan nama ‘Kafir Bangga’ (KB). Beliau secara terang-terangan mengutuk Islam di laman beliau dan terlalu biadab serta kurang ajar kerana memperlekeh Nabi Muhammad saw.
Sememangnya DPPP tidak pernah menghalang kebebasan bersuara terutama melalui laman sosial terbuka seperti facebook dan lainnya. Tetapi mereka sekali - kali tidak berhak untuk menggunakan peluang dan kesempatan itu untuk menghina peribadi seseorang dan agama lain.
Oleh itu, DPPP mendesak supaya pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas kepada pemilik akaun laman sosial yang maksudkan ini.
Pihak berwajib juga diminta agar mengesan pemilik akaun celaka seperti ini untuk diambil tindakan terhadap pemegang atau pemilik akaunnya untuk diseret ke muka pengadilan justeru penghinaan adalah sebahagian dari kesalahan yang tidak boleh di maafkan begitu sahaja.
DPPP juga mencabar agar pemilik laman tersebut berani tampil untuk berdebat secara terbuka bagi membuktikan beliau dipihak yang benar.
Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT


Ulasan
Catat Ulasan