Hishamuddin memang buat yang terbaik lah...

Hishammuddin Hussein telah menghadap Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid semalam berhubung isu layanan polis awal bulan ini dengan memberi jaminan akan menyediakan “layanan terbaik dan juga dengan tertib.”


Pertemuan Raja Perempuan dan Menteri Dalam Negeri berlangsung kira-kira dua jam di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini.

Hishammuddin dilihat memasuki Istana Mahkota pukul 9 malam semalam.

Bercakap kepada pemberita di pekarangan Istana Mahkota, Hishammuddin berkata, kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk Sultan Kelantan.

“Ya... alhamdulillah, kita buat cara yang terbaik.

“Dengan kejujuran kita akan berikan perkhidmatan yang sepatutnya kepada raja yang kita sayangi.

Alhamdulillah kita menghadap malam ini, (semalam) saya tengok, kita boleh cuba memikir secara tertib, secara bijaksana, secara yang terbaik... terima kasih,” kata beliau ringkas.



http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hishammuddin-janjikan-layanan-terbaik-untuk-sultan-kelantan/


Ulasan

Catatan Popular