DUNIA DI DALAM PEMBOHONGAN YANG NYATA


Salam. KUALA LUMPUR 11 Mei — Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh ditangguh sehingga esok bagi membolehkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat keputusan mengenai permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan selaku pengadu dan saksi dalam kes itu.

Peguam bela utama Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangan berkenaan dan pertuduhan meliwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Karpal Singh berkata, Mohd. Saiful, dalam keterangan kepada polis, mendakwa kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaan sedangkan pihak pendakwaan mengenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan.

Antara fakta yang mudah sangat untuk kita ketahui percanggahannya ialah:

Saiful : Saya telah diliwat tanpa kerelaan.

Karpal : Adakah kamu merasa sakit apabila diliwat?

Saiful : Tidak kerana saya menggunakan krim pelincir.

Heheh...ada sesiapa diantara anda pernah diliwat atau dirogol tetapi tidak merasa sakit kerana sempat menggunakan krim pelincir?

Ada sesiapa nak jawab?

Sebab itulah Nabi saw pernah menasihatkan seorang sahabat yang kuat minum arak tetapi ingin bertaubat tetapi Nabi saw hanya mengatakan kepadanya,"Janganlah kamu berbohong".

Kan nampak macam tiada kena-mengena dengan apa yang sahabat tu perlukan untuk berhenti minum arak. Natijahnya kerana berbohonglah, manusia itu boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain.

Allahu alam.

Ulasan

Catatan Popular