Confirm UMNO/ Perkasa main isu ini...

Confirm puak puak UMNO APCO dan Perkasa UMNO serta barua2 (NGOK) serta blogger Hampak mereka akan memainkan isu ini apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa masjid boleh diguna untuk tujuan berpolitik.

Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membidas sesetengah individu yang tidak mahu menerima realiti itu dengan menyifatkannya sebagai “bodoh”... (pasti akan ada yg memutar belit mengatakan Tok Guru tujukan perkataan 'bodoh' pada sultan)

“Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), ini lah sikap orang yang amal politik suku agama suku,” katanya ketika menyampaikan ceramah di kampung Kubang Batang, Wakaf Baru dekat sini.

Katanya, penyampaian khutbah dalam sembahyang Jumaat adalah sebahagian daripada politik Islam yang juga membawa maksud ceramah.

“Politik lah tu, politik-politik maknanya mengajak orang ramai, memahami tentang kebaikan, termasuklah ekonomi, sosial, sahsiah dan sebagainya.

“Kalau tukar khutbah Jumaat panggil ceramah, dan ceramah pula kita panggil khutbah, tak tahu lah... payah otak manusia ni,” katanya.

AKU SELAKU ANAK JATI KELANTAN AKAN MEMPERTAHANKAN TUAN GURU WALAUPUN TERDAPAT ASAKAN DAN KRITIKAN YANG BAKAL MENGGUGAT DAN MENGANCAM TUAN GURU SENDIRI...

Ulasan

  1. aku jugak sebagai bekas ahli pas tetap berdiri teguh di hadapan tgna.(kalu berdiri teguh kak blake nak buak gapo? bia kito reboh dulu demi tgna....!!!) aku benci amno tapi tak berapa nak suka dengan perangai sebahagian orang pas.

    BalasPadam
  2. Biasalah bila hati telah gelap...

    BalasPadam
  3. Kawe & anak2 perantau pun akan bersama Tok Guru...apa pun yang terjadi kami sentiasa bersama Tok Guru...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular