PANEL KHAS?? BUKAN KE SURUHANJAYA DIRAJA???

Minggu lepas keluarga Allahyarham Aminulrasyid mahu kerajaan AMNO mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden itu.  Dimana keluarga mangsa mahukan siasatan tersebut dijalankan oleh sebuah badan bebas bagi menegakkan keadilan bagi mereka. Namun hari ini sebaliknya berlaku apabial AMNO menubuhkan panel khas bagi memantau siasatan... apa sebenar motifnya???



Selain itu ramai juga mempersoalkan akan lantikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, yang juga pengerusi menjadi anggota panel khas. Persoalannya, adakah hasilnya nanti akan menjadi telus, adil dan bersih seperti yang diharapkan??? Apakah perlu ada wakil kerajaan dalam panel khas ini???


Panel lain yang turut dilantik adalah bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar (gambar) adalah antara lapan anggota panel selain tiga anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), pensyarah dan pakar jenayah bebas.

Tiga anggota Suhakam itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Seri Muhammad Shafee (peguam) dan Datuk Dr Denison Jayasooria (aktivis).

Dua lagi anggota panel ialah pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Datuk Abd Halim Sidek dan penganalisis jenayah Kamal Affandi manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz sebagai setiausaha panel.

Ulasan

Catatan Popular