Awas remaja : Jangan bawak motor/ kereta!!!
8 Mei 2010 (Awal pagi kelmarin) seorang remaja cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis peronda dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Seremban-Jelebu, Negeri Sembilan (itu dakwaan polis la... x tau akan kebenarannya)
Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.
Menurut polis mangsa Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.
Ayah mangsa, Aziz Omar berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi (semalam) yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.
“Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik,” katanya.
Dua minggu selepas , seorang remaja Aminulrasyid Amzah, 15 meninggal dunia selepas terkena tembakan polis yang mengejar kereta yang dipandunya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor pada awal pagi 26 April lalu.
.... Apa dah jadi ni!!!… Dah tak selamatkah anak-anak kita yang memandu kereta dan membonceng motosikal?? Pesan pada anak-anak,kalau ternampak polis tu.. jaangan nak lari tak tentu pasal, bahayaaaa..silap-silap nyawa melayan.

Ulasan
Catat Ulasan