Asyik2 dakwa ahli PKR... mane ahli PAS???
Kira-kira 1,700 anggota dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu didakwa telah mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi.
Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K. Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat sini.
Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan iaitu Jalan Kuta Raja (Paya Besar), Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara (Sungai Kob), Taman Sungai Kob, Taman Ria, Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai dan cawangan Padang Buluh dan Dublin Pusat di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.
Ahmad Bashah mendakwa ramai lagi penyokong dan anggota PKR dan PAS di Kedah dijangka keluar parti untuk menyertai BN tidak lama lagi.
Ananthan yang juga Ketua MIC Kulim/Bandar Baharu berkata perkembangan itu menunjukkan masyarakat India di Kedah telah sedar kesilapan mereka menyokong pakatan pembangkang.
Katanya Pusat Khidmat Masyarakat MIC DUN Lunas di Taman Cekur Manis telah menyelesaikan lebih 2,000 masalah yang dihadapi penduduk. — Bernama

Ulasan
Catat Ulasan