AP WANGSA MAJU PENGKHIANAT!


KENYATAAN MEDIA

17 Mei 2010 / 03 Jamadil Akhir 1431


Dewan PEMUDA PAS Wangsa Maju (DPPWM) mensifatkan tindakan Ahli Parlimen (AP) Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang pada jumaat lalu mengistiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ‘Pengkhianat’. Beliau sepatutnya malu dengan para pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang telah memilih beliau sebagai wakil kepada mereka ke parlimen bagi menyuarakan masalah mereka di peringkat pusat di dalam Pilihan Raya Umum yang ke 12 (PRU 12) yang lalu.

DPPWM juga merasakan alasan yang diberikan oleh beliau yang mana ‘kononnya’ tidak berpuas hati dan kecewa dengan cara parti dan Kerajaan Negeri Selangor menangani isu pasir menerusi Kumpulan Semesta Sdn.Bhd. (KSSB) boleh dianggap sebagai bohong. Ini kerana jika dilihat akan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besarnya, YB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jauh lebih telus jika berbanding dengan cara UMNO/BN memerintah Selangor sebelum ini. Dan tambahan pula desas-desus yang mengatakan beliau akan meninggalkan parti telah bertiup kencang pada hujung tahun 2009 lagi. Tindakan beliau juga amat-amat diragui kerana beliau mengumumkan perletakkan jawatan secara tergesa-gesa dan ketika kempen Pilihan Raya Kecil P212 Sibu sedang hangat berlangsung. DPPWM juga bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh PKR Cabang Wangsa Maju melalui Timbalannya iaitu Sdr.Buhairi Yaakob yang tindakan Wee itu ada kaitan dengan agenda peribadi sesuatu pihak yang tidak senang yang dengan PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Implikasi daripada kes ini, DPPWM menyarankan agar PKR patut lebih berhati-hati dalam memilih calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam pilihanraya yang akan datang. Ahli PKR juga disarankan agar ditarbiyyah supaya setia kepada kepimpinan dan parti walau dalam apa jua keadaan. DPPWM juga sedia membantu dalam proses mentarbiyyah ahli jika ianya memerlukan. DPPWM juga tidak sekali-kali akan mengeruhkan hubungan akrab yang terjalin di dalam PKR dan semangat setiakawan di dalam PR. DPPWM juga bersedia berjuang bersama-sama dalam menghadapi PRK atau PRU yang akan datang

Oleh itu, DPPWM mendesak agar Wee Choo Keong meletakkan jawatan sebagai AP Wangsa Maju agar satu PRK dapat diadakan dalam waktu terdekat untuk memilih wakil rakyat yang baru yang lebih berintegriti dan berwawasan, bukannya seseorang yang mudah dibeli dengan kebendaan dan tidak mempunyai maruah diri. DPPWM juga mencabar agar beliau melakukan nya dalam waktu yang terdekat sekiranya beliau benar-benar bermaruah..

Disediakan oleh

Sdr. ROHIZAD AZNAN

Ketua PEMUDA PAS Kaw.WANGSA MAJU

Ulasan

Catatan Popular