Shebby Singh Membidas FAM


Serbegeth Singh yang lebih dikenali dengan panggilan Shebbie, mempersoalkan langkah Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak memilih untuk ‘berguru’ dengan Everton bagi melaksanakan program pembangunan bola sepak peringkat remaja.

Malah dengan peruntukan RM10 juta, jawatankuasa itu membentuk pasukan teknikal yang berlepas ke Everton, hari ini, untuk membuat kajian mengenai program bersama, termasuk dalam usaha menubuhkan enam pusat latihan di seluruh negara bagi mengasah bakat pemain bawah 12 tahun.

“Kenapa Everton? Adakah sebab akademi kelab itu mengeluarkan pemain terkenal seperti Wayne Rooney atau Leon Osman. Kita sebenarnya terikut-ikut dengan promosi berlebih-lebihan EPL di negara ini. Kenapa kita tidak mahu memahami dan belajar cara bagaimana Jepun dan Korea memiliki pemain yang bagus. “Korea ada pemain yang bagus bermain di England seperti Park Ji Sung (Manchester United), Lee Chung- Yong (Bolton Wanderers) dan Shunsuke Nakamura (bekas pemain Celtic). Mereka ini adalah pemain Asia yang tidak jauh beza dengan pemain Malaysia. Kenapa mahu ikut corak permainan EPL yang tak tentu arah? EPL cuma dahsyat kerana sering diperkatakan dan mendapat tumpuan.


“Kalau setakat negara di Asia seperti Jepun dan Korea, kos lebih murah sedangkan EPL kalau jejak kaki saja sudah kena bayar,” kata Shebby yang juga bekas pemain kebangsaan.

note:kalau bn masih lagi jadi kerajaan,daripada benda kecik sampai la besar ada je masalah....sape ye orang atasan FAM ni...10juta tu pun belum tentu semua untuk tabung,masuk poket lagi...harimau muda yang kat liga slovakia apa citer plak???membazir duit rakyat je....

Ulasan

  1. Betul pun kata Shebby tu. Buat apa nak pergi jauh-jauh bayar mahal-mahal. Bukan pun ramai star yang Everton lahirkan, berapa kerat pulak pemain kelahiran England yang main dikelab luar dari EPL.

    Dalam malaysia ni ramai pemain yang bagus-bagus cuma tabiat berjangkit dalam politik dibawa masuk dalam sukan dimalaysia ni seperti kroni.

    Contohnya...bapak sipolan kenal coach, anak sipolan dapat main. Ada pulak coach punya strategi manager kaki baku yang buat percaturan pemain. Mana tak lingkup dan yang melingkupkan lagi rasuah bolasepak.

    Kalau nak maju dalam sukan yang paling utama sekali yang harus ada dan perbetulkan ialah...sifat dalaman kita, semangat kita, displin kita.

    Kalau ini tidak dipupuk dalam diri sejak mula menyepak bola jangan harap boleh maju kehadapan.

    Ni main tak seberapa tapi dah berkepak berkokok macam pernah dapat jolokan pemain terbaik dunia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular