Sensasi: Salehuddin Dan Lokman, Dua Petualang Rakyat



Semakin hari maka semakin ramai pemimpin PKR yang keluar parti dan kembali "menjilat ludah" mereka dulu. Terkadang kita rasa hairan dengan gelagat pemimpin terbabit, tentang apakah yang mereka cari selama ini sebenarnya. Mereka lama berjuang tetapi akhirnya khianat kepada perjuangan itu sendiri. Cuba lihat deretan pemimpin Keadilan yang terdahulu seperti Ezam Mohd Nor, Lokman Noor Adam, Ruslan Kassim dan termasuk jugalah Fairus Khairuddin, Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim serta ramai lagi. Mereka semua ini akhirnya bertindak menjadi "petualang rakyat" setelah sekian lama berjuang.

Baca lanjut di SINI

[Apa yang pasti, tugas Salehuddin tidak akan berakhir begitu sahaja. Itulah janji beliau tatkala meninggalkan PKR awal tahun lalu. Ternyata orang yang diharapkan Anwar kini menjadi petualang untuk menikam kembali beliau dari belakang. Mereka semua ini rupanya memang pandai berpolitik sejak dulu, kini dan selamanya. Apakah kita wajar percaya kepada pemimpin yang datang dari lubuk UMNO untuk menjadi pemimpin dalam PKR lagi pada masa yang akan datang?. Kenapa mereka harus jadi begini dan apakah selepas ini nanti ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah petualang rakyat ini. Dalam pada itu, kita amat yakin kudrat mereka akan digunakan sepenuhnya oleh UMNO BN dalam kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini. Semoga kemenangan jua akan dapat dicapai oleh Pakatan Rakyat hendaknya. Semua petugas perlu terus berjuang demi masa depan rakyat dan negara tercinta ini secara keseluruhannya].

Ulasan

Catatan Popular