Sah Zaid Ibrahim bertanding

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini secara rasmi memilih ahli majlis pimpinan tertinggi Dato’ Zaid Ibrahim sebagai calon bagi kerusi parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil pada 25 April ini.

Zaid, yang juga Penyelaras Pakatan Rakyat dan bekas menteriundang-undang ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi akan diperkenalkan sebagai calon kawasan itu pada majlis ceramah di Serendah malam ini.

Keputusan memilih Zaid sebagai calon dibuat semasa mesyuarat biro politik yang dipengerusikan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di rumahnya di Bukit Segambut di sini.

"Keputusan ini dicapai dengan sebulat suara," kata sumber dalaman parti.
Kerusi Hulu Selangor menjadi kosong berikutan kematian Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat sakit barah pada 25 Mac lalu.
Penamaan calon akan di adakan pada 17 April ini.
Walaupun nama Zaid hanya diluluskan oleh pucuk pimpinan parti hari ini, tetapi pencalonannya telah diduga secara awal lagi oleh beberapa pemimpin parti.

Ulasan

  1. Tahniah kpd PR,teristimewa utk Pas,pastikan kemenangan berpihak pd Zaid Al-Hik2,penentang hudud,ahli tegar IFC,usah gundah gulana atau ragu2 bro,klu ada isu berbangkit,Tok Guru kita akan kluarkan fatwa utk pertahankan dia

    BalasPadam
  2. Pas for All-Israel for All,One Anua-Many Jubur,Insaflah wahai ummah,politik anda adalah poltik menghalalkan cara.Dulu x boleh,skrg boleh-Dulu bole,skrg x bole.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular