Resmi Pembangkang
Kalu kita lihat akhir-akhir ini cara berkempen sudah terbalik dan songsang.
Sejama ini, para pemimpin Barisan Nasional sering menuduh pembangkang sering menggunakan serangan peribadi dan tuduhan emosi dalam kempen pilihan raya.Kini ia sudah terbalik cara. Sejak sebelum hari penamaan calon pada 17 April lalu hingga sekarang, Umno dan konco-konconya tak henti-henti menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.
Bukan sahaja bekas tokoh Umno dan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dicaci-maki sebagai “kaki minum”, malah gambar-gambar palsu di mana tampalan (superimposed) wajah dan botol terhadap Zaid telah disebarkan oleh para propagandis Umno di Hulu Selangor.Mesej mereka mudah sahaja — Zaid kaki botol dan orang Melayu tak patut mengundi beliau. Soal sama ada tuduhan dan sebaran gambar-gambar palsu itu bertentangan dengan adab sopan manusia, akal budi Melayu dan amalan Islam tidak menjadi keutamaan kepada penyokong-penyokong Umno berkenaan.
Namun, jika difikirkan semula, keadaan kempen yang terbalik ini tidaklah seganjil yang disangkakan. Ada benarnya juga kata-kata pemimpin Umno dahulu; di mana pembangkang didakwa lebih gemar memilih serangan peribadi daripada kempen berhemah.
Di Selangor sekarang, yang menjadi kerajaan adalah Pakatan Rakyat dan yang menjadi pembangkang adalah Umno dan MIC serta sekutu-sekutu mereka dalam Barisan Nasional. Agaknya itulah resmi “pembangkang”.


Ulasan
Catat Ulasan