Polis takde 'TELUQ'

Sekali lagi polis kehilangan 'teluq' nya apabila kekal dilihat sering menyebelahi BN gagal diambil iktibar oleh institusi itu apabila awal-awal lagi memberi amaran akan mengambil tindakan jika kempen pilihanraya diadakan sebelum penamaan calon.
Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, difahamkan ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat yang sejak semalam aktif memasang poster (gambar) dan bendera parti dari PAS, PKR dan DAP di kawasan itu.
Pakatan Rakyat juga sebelum ini ada mengadakan ceramah umum Selamatkan Malaysia Jumaat lalu yang mana ia telah dirancang sebelum kematian Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad lagi, iaitu penyandang kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk aktiviti ceramah dan kempen di kawasan Parlimen Hulu Selangor selagi proses penamaan calon belum berlangsung.
Oleh itu, katanya, jika ada pihak yang mengingkari arahan tersebut, tindakan tegas mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1960 kerana kesalahan melakukan perhimpunan haram akan diambil.
''Arahan ini adalah untuk semua pihak terutama parti politik sama ada yang akan bertanding atau tidak bertanding. Jika mereka ingkar, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.
''Kita hanya akan mengeluarkan permit untuk ceramah dan kempen selepas proses penamaan calon selesai dengan syarat mereka membuat permohonan," katanya selepas menyampaikan hadiah pada Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.
Khalid menjelaskan, permohonan permit bagi ceramah perlulah dibuat lima hari sebelum program berkenaan diadakan.
''Namun sudah tentu kita akan menggunakan budi bicara (berhubung pengeluaran permit)," ujar beliau.

AWAT POLIS XNAK AMBIK TINDAKAN PADA PM & TPM TERMASUK NGAN KAK MAH KITA YG DOK BERKEMPEN SEBELUM HARI PENAMAAN CALON.. APA HANG POLIS XDE 'TELUQ' KE?? KATE ADE' INTEGRITI'... PIGI DAAA....

Kambus je lah slogan baru 'Tegas, Adil dan Berhemah', sekali ngan lencana 'Integriti Amalan Kita' yang konon dapat meningkatkan prestasi dan kewibawaan pasukan polis.

Ulasan

Catatan Popular