Laporan Polis berkaitan APCO
Dewan PEMUDA PAS W.Maju (DPPWM) hari ini telah menghantar wakil untuk menyertai Dewan PEMUDA PAS W.Persekutuan (DPPWP)dalam membuat laporan terhadap kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Syarikat APCO Worldwide Sdn.Bhd. iaitu Sdr. Izamuddin Ludin selaku Timbalan Ketua PEMUDA DPPWM merangkap Pengarah AMAL W.Persekutuan.

Laporan polis ini dibuat untuk mendesak pihak polis agar melakukan penyiasatan menyeluruh penglibatan Kerajaan Malaysia dengan syarikat Negara Haram Israel seperti mana yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, YB Permatang Pauh iaitu Dato'Seri Anwar Ibrahim sewaktu Ucapan Menjunjung Kasih Titah Tuanku Yang Dipertuan Agong di Parlimen Malaysia tempohari. Kerjasama ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa sememangnya Kerajaan Malaysia tidak prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin dan keselamatan negara di dalam bahaya apabila kerjasama ini boleh menyebabkan rahsia sulit kerajaan bocor ke tangan Yahudi Laknatullah.
Atas dasar tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, DPPWP telah membuat laporan polis berhubung perkara ini.
Wallahualam

Ulasan
Catat Ulasan