Kes Altantunya: Keterangan Bala, Nazri Aziz Akui SPRM Sudah Mengambil Keterangan Adik Si Najib Dan Juga Ahli Perniagaan Deepak Baru-Baru Ini !
KUALA LUMPUR, 13 April [10.10 am] - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan adik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najb Tun Razak, Datuk Mohamed Nazim Tun Razak dan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
Menurut beliau, keterangan berkenaan berkaitan keterangan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam mengenai kes pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. "Sudah (menyoal)," katanya ringkas kepada media di lobi Parlimen di sini semalam. Bagaimanapun ketika diajukan bila proses mengambil keterangan itu diadakan, beliau berkata: "Sudah (ambil keterangan), cukuplah, sudah sudahlah."
Balasubramaniam sebelum ini menggemparkan negara apabila pada 3 Julai tahun lalu muncul di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan akuan bersumpahnya mengaitkan Najib (waktu itu Timbalan Perdana Menteri) dengan Altantuya. Bagaimanapun keesokannya pula, dia menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara bersama keluarga. Beliau juga pernah mendakwa keluarga Perdana Menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.
[Apakah rakyat boleh percaya dengan pengakuan dan pengesahan oleh Menteri UMNO, Nazri Aziz ini agaknya?. Jika benar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan Nazim dan Deepak, kenapa ia dirahsiakan dari pengetahuan umum. Wajarkah perkara itu dirahsiakan, sedangkan kes tersebut adalah satu kes yang telah menjatuhkan imej negara diperingkat global. Dimanakah keterangan itu diambil dan apakah ia dilakukan secara profesional?. Semua ini harus diperjelaskan agar rakyat benar-benar percaya dengan pengesahan yang dibuat oleh Nazri Aziz itu. Apa yang bermain difikiran rakyat ialah, bukan keterangan yang diambil tetapi strategi sedang dilakukan oleh pihak kerajaan dan SPRM untuk memerangkap Bala, agar beliau menarik balik akun sumpah terbarunya itu. Malah, sudah pasti Najib akan gunakan kuasanya untuk menghalang semua itu dari terus berlaku].

Ulasan
Catat Ulasan