Kenapa SPR Dan SPRM Diam.. xde 'teluq' jugak ke?

DPPWM turut mengecam tindakan desperado UMNO-BN memenangi undi rakyat Hulu Selangor dengan menaburkan rasuah politik yang keterlaluan.

Ini dapat dilihat melalui kunjungan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) baru-baru ini, di mana kempen politik UMNO-BN terus-menerus dilaksanakan di kalangan guru yang dipaksa berhimpun di sekolah tersebut.

Di dalam lawatan yang sama, Muhyiddin telah dilihat melaksanakan tiga janji pembangunan yang sama sekali bersifat politik iaitu:
(i) mengumumkan penubuhan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan Hulu Selangor;

(ii) peruntukan RM2 juta untuk penyelesaian masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali; dan

(iii) peruntukan RM100,000 untuk pembaikpulihan dan pembelian van jenazah Masjid Al-Sajdin, Kampung Sentosa.

Pertamanya, ini jelas bercanggah dengan Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah atas kesalahan melakukan sogokan apabila:
"tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk manamana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya.."

APA LAGI PARA PEMUDA... PAKAT2 GIE BUAT REPORT POLIS ATAS TINDAKAN PM & TPM .... YANG JELAS BERCANGGAH DENGAN AKTA PILIHANRAYA... TAKKAN XDE 'TELUQ' JUGAK KE????

Ulasan

Catatan Popular