Dah Agak dah... mesti kene belinya!!!

Seperti yang telah diduga... satu lagi episod cerekarama apabila seorang lagi calon Bebas Johan Mat Diah memutuskan untuk tidak bertanding kira-kira tiga jam selepas melancarkan bilik gerakannya.
Si budak Johan ni telah mengemukakan borang tarik diri kira-kira 9.30 malam tadi.
Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Pukul 12 tengah malam in merupakan tempoh terakhir bagi mana-mana calon untuk menarik diri.
Sebelum itu si macha V.S. Chandran menyerahkan borang tarik diri pada pukul 1.50 petang.
Dalam pada itu maklumat daripada unit media BN memetik Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata calon Bebas Johan sudah tarik diri.

Dengan itu saingan akan membabitkan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN P. Kamalanathan.

Ulasan

Catatan Popular