“Berdoalah untuk kemenangan Datuk Zaid”.

PAS yang dikatakan kurang menonjol dalam membantu kempen pilihan raya Pakatan Rakyat yang diwakili calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mempamerkan ‘komitmennya’ dengan menaikkan ‘billboard’ yang membawa mesej “Berdoalah untuk kemenangan Datuk Zaid”.

Tinjauan mendapati tiga ‘billboard’ dinaikkan di kawasan Kuala Kubu Baru, termasuk dari persimpangan Jalan Kuala Kubu Baru-Batang Kali menuju ke bandar Kuala Kubu Baru.
Papan iklan itu membawa wajah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz dijangka berkempen untuk Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Jumaat selepas kembali dari menunaikan umrah hari ini.

Ulasan

Catatan Popular