Berapa RM bayar Chandran???

V.S. Chandran, bekas timbalan ketua MIC Hulu Selangor, sebagaimana dijangkakan dikatakan telah memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Chandran dijangka akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, sekali gus mengurangkan persaingan kepada pertemuan tiga muka.

Mana-mana calon yang hendak bertanding perlu memaklumkan pendirian mereka kepada SPR sebelum 12 tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat SMS diterima The Malaysian Insider, beliau dijadual mengadakan sidang media selepas itu.

Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan langsung daripada Chandran gagal tetapi pembantu-pembantunya mengesahkan perkara ini.

“Ya, betul Chandran telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana sebab-sebab tertentu,” kata sumbernya.

Langkah itu dijangka akan membantu mengelakkan sokongan masyarakat India khususnya ahli-ahli MIC kepada calon Barisan Nasional yang diwakili oleh Ketua Penerangan MIC pusat P. Kamalanathan daripada terjejas.

Selaku bekas pemimpin kanan Chandran dipercayai mempunyai sokongan untuk menarik pengundi-pengundi masyarakat India daripada kalangan ahli MIC.

Tinjauan The Malaysian Insider menunjukkan sebahagian ahli-ahli MIC masih kecewa dengan keputusan menggugurkan Timbalan Presiden Datuk G. Palanivel yang juga Ketua MIC Hulu Selangor daripada bertanding semula di Hulu Selangor.

Mereka dikatakan tidak akan mengundi calon BN, yang sedikit sebanyak akan mengganggu sokongan kepada Barisan Nasional.

Berapa RM agaknya dibayar kepada V.S Chandran untuk menarik diri??? Bagaimana pulak dengan Johan Mohd Diah... kita tunggu episod seterusnya....!!!

Ulasan

Catatan Popular