Alahai UMNO....

Ketika nak pilihanraya, rakyat kononnya dekat dihati. Bagi sumbangan itu dan ini. Janji bermacam-macam janji. Sanggup pergi ke rumah sampai ada yang masuk sampai ke dapur. Begitu prihatinnya pemimpin. Lepas tu ambil anak orang, timang-timang sambil jurugambar surat khabar ambil gambar 'close up'. Kononnya nak tunjuk yang dia tu penyayang. Tapi lepas menang, dah jadi YB.......hampeh. Itulah melayu UMNO. Tak caya, tengok la nanti masa PRK Hulu Selangor. Penulis baru-baru ini berkesempatan mengiringi Ketua PEMUDA DPPP Ust.Nasrudin Hassan At Tantawi meninjau Perkampungan Pinggiran Denai, Kempas yang dirobohkan oleh Kerajaan BN Johor. Atas alasan pembangunan, rumah-rumah mereka dirobohkan dengan cara menyayat hati. Yang 'best'nya, itu kawasan penyokong tegar mereka. Betul juga kata mereka, kalau Kg. Buah Pala,Pulau Pinang dan Kg.Berembang, Selangor dapat pampasan, mengapa bila mereka, hak mereka dinafikan? Kami juga sempat bertemu dengan Pengerusi Badan Bertindak Kampung iaitu En. Ramli Ibrahim. Beliau menceritakan suasana hari kejadian yang mana saya rasa ramai dah tahu melalui blog-blog lain cuma saya nak berkongsi gambar untuk tatapan umum. Boleh tengok disini. Rakyat Johor kena berani berubah kalau tak mahu dizalimi lagi.
Wallahualam........


Ulasan
Catat Ulasan