Tempoh Mohsin tarik balik keputusan tamat - Ahmad Awang

BAGAN SERAI, 12 Mac: Malam tadi tamatlah tempoh tujuh hari yang diberikan oleh pendukung Pakatan Rakyat (PR) Bagan Serai kepada ahli parlimen kawasan ini, Mohsin Fadzli Samsuri untuk menarik balik keputusannya meninggalkan PR.

Mulai malam esok, mereka mulai mengadakan solat hajat selama tujuh hari memohon kepada Allah agar ahli parlimen itu insaf atau menyerahkan kembali mandat rakyat itu dengan meletakkan jawatan.



Majlis solat hajat akan diadakan esok bermula dengan solat Mghrib di Balai Kuliah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang (gambar kanan).

Katanya, semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, beliaulah yang memperkenalkan Mohsin kepada orang ramai khasnya masyarakat Cina dan PAS Kawasan Bagai Serai.

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura berkata, solat hajat itu akan berakhir Jumaat depan di Masjid Tinggi Bagan Serai,” ujarnya.

"Saya cuba hubungi dia (Mohsin), sejak keluar berita, hanya semalam dia sms balas saya dan tolak apa yang kami minta. Apa yang kami minta supaya tidak sokong Bebas, tidak sokong BN dan sokong Pakatan sama ada dalam atau luar parlimen.

"Selepas tamat tempoh, dia nampaknya berkeras dan kami akan mengadu kepada Allah memohon petunjuk daripada-Nya kerana dia khianat amanah rakyat masalah pilihan raya lalu," ujarnya.

Mohsin (gambar kiri) mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 3 Mac lalu dengan alasan kecewa Pakatan mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Pada PRU ke-12 lalu, Mohsin yang mendapat 18,943 undi menewaskan calon BN, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti 3,413 undi.

Ulasan

  1. apa yg hebat sangat ..pru 13 rakyat sendiri akan bangun tentang umno habia2an ...rakyat sendiri.tempu52 tahun umno hanya kayakan kroni & juak2nya,rakyat dibebani,duit negara disonglap oleh umno...zaman ni akan berakhir utk umno terus menipu rakyat.

    BalasPadam
  2. saya cadangkan supaya dilakukan "Solat Hajat" yang sama kepada semua pemimpin khianat yang keluar PR, terutamanya kepada 3 Adun Perak yang menyebabkan tumbangnya PR Perak!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular