Royalti Minyak : Salahuddin Ayub minta Dewan Rakyat siasat pembohongan Najib.
alih bahasa KUALA LUMPUR, 23 Mac - Dewan Rakyat akan mempertimbangkan menyiasat tuduhan yang dibuat oleh seorang ahli parlimen pembangkang bahawa perdana menteri telah mengelirukan Parlimen atas isu royalti minyak Kelantan.
Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian,Salahuddin Ayub menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbohong ketika dia berkata kepada Parlimen semasa perdebatan Bajet 2010 bahawa negara boleh menerima wang royalti hanya jika bahan bakar fosil ini diekstrak dalam masa tiga batu nautika daripada pantai negari.
Najib berkata undang-undang ini tidak menafikan tuntutan yang dibuat oleh kerajaan Kelantan PAS bagi lima peratus wang royalti minyak daripada syarikat minyak nasional Petronas.
Salahuddin telah memohon Standing Order 36 (12) sejurus selepas sessi soal jawab sebelah pagi yang dilihat jelas untuk menguji konsistensi Speaker yang membenarkan seorang ahli parlimen BN mengeluarkan "ancaman" keatas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.
Ahli Parlimen BN itu telah memohon Standing Order 37 (1) untuk meminta Anwar supaya meminta maaf atas tuduhannya bahawa konsep 1Malaysia ditiru daripada gerakan 1Israel yang dikaitkan dengan mantan pentadbiran PM Israel Ehud Barak pada tahun 1999
Ahli Parlimen pembangkang, bagaimanapun, menyatakan 'point of order' yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Belud itu hanya boleh dipohon untuk meminta penjelasan.
Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee kemudian membenarkan Ahli Parlimen BN untuk bercakap, menetapkan preseden di Dewan Rakyat yang berkaitan dengan tahap 'point iof order' tersebut.
Adalah difahamkan bahawa pembangkang berniat untuk mengeksploitasi preseden untuk menekan para pesaingnya seperti ternyata dalam tindakan Salahuddin hari ini.
Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar, dipaksa oleh preseden baru, berkata hari ini ia akan memerlukan beberapa minggu untuk mempelajari dokumen-dokumen Salahuddin yang mendakwa telah membuktikan bahawa Najib telah mengelirukan Parlimen.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengatakan ia lebih daripada bersedia untuk bekerja sama dengan Speaker dengan menyediakan semua bukti yang diperlukan untuk menyokong dakwaannya itu. / end


Ulasan
Catat Ulasan