Pesawat Pilatus Terhempas Lagi
PETALING JAYA: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya terhempas di kawasan dusun dekat kampus Universiti Utara Malaysia di Sintok awal pagi ini.
Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu telah ditemui dan dikeluarkan dari lokasi kejadian menggunakan helikopter TUDM.
Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas, Alor Setar.
Sebelum itu, TNC UUM, Prof. Dr. Mustafa Ishak mengesahkan kejadian tersebut kepada mStar Online.
Beliau berkata, pesawat itu terlibat dengan pertunjukkan sempena pesta konvokesyen universiti berkenaan.

Pesawat Pilatus PC-7 milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang terhempas di kawasan hutan berhampiran kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah, hari ini. Seorang jurucakap TUDM mengesahkan seorang juruterbang terbunuh dalam kejadian itu. - Foto BERNAMA
Juruterbang Terbunuh Pesawat TUDM Terhempas Di Hutan Sintok

Ulasan
Catat Ulasan