20 Mac 2010 bersamaan 04 Rabiulakhir 1431 – Dewan PEMUDA PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM) telah menganjurkan Snooker ‘Orang Muda Geng Kita’ (OMGK) sekaligus merupakan pelancaran Program OMGK Peringkat Kaw. Parlimen Wangsa Maju. Bertempat di Pusat Snooker 2K Danau Kota, program yang bermula jam 10.00 pagi itu berlangsung secara santai dan telah dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP), Sdr.Ahmad Sabki Yusuf. Dalam ucapan ketika merasmikan program, beliau telah menyeru agar program-program seperti ini diteruskan supaya dapat mendekati anak-anak muda dengan lebih rapat lagi memandangkan tanggapan setengah-setengah pihak yang menyatakan bahawa PAS adalah semata-mata sebuah parti politik sahaja menyebabkan anak-anak muda menjadi takut untuk mendekati PAS sedangkan PAS memperjuangkan Islam yang syumul dan masalah sosial dikalangan anak-anak muda juga dipandang serius. Jadi sebagai langkah dakwah, PEMUDA harus turun bertemu dan mengambil pendekatan dengan mendekati mereka yang mana sebelum ini kita hanya lebih menumpukan mereka yang berada di masjid dan surau sahaja sedangkan mereka yang diluar juga perlu diberikan perhatian. Beliau juga berharap agar program mendekati remaja seperti ini dapat diteruskan di semua peringkat terutamanya di sekitar Wilayah Persekutuan.Program kemudiannya diteruskan dengan gimik pelancaran oleh Naib Ketua DPPP itu. Program berterusan sehingga ke pukul 12.00 tghari dengan permainan snooker secara santai oleh semua peserta program. DACS Kaw. Wangsa Maju juga mengedarkan 'sticker' motor OMGK kepada semua peserta sebelum bersurai.
Ulasan
Catat Ulasan