Luahan seorang cikgu...
Aku difahamkan tahun ini bayaran utiliti sekolah tidak lagi ditanggung oleh peruntukan kerajaan. Habis camana tu?
Sebelum ini duit utiliti diberi oleh kerajaan sehingga 6 bulan, selebihnya sekolah bayar. Sekarang sekolah yang tanggung semuanya. Hishhh, mana nak cari duit ni.. Sekarang ni, yuran kan free.. kalau ada bayaranpun untuk derma PIBG, insuran dan sukan MSSN.. lebih kurang RM58.50. Pada sesetengah ibu bapa, tentu mereka gembira bila semuanya percuma, tapi tidak bagi pihak sekolah..
Kalau tak ada duit.....
Bagaimana sekolah hendak membuat pelbagai program untuk murid-murid. Program kecemerlangan, program keagamaan, program sukan dan sebagainya lagi.. Ini tak kira sekolah bandar ke, sekolah luar bandar ke.. situasinya sama.
Sekarang terdapat sekolah-sekolah yang meminta sumbangan RM10 sebulan ke atas setiap orang guru di sekolah mereka. Memang tak banyakpun, tapi nampaknya guru-guru juga yang perlu berkorban dalam hal ini. Sepatutnya semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk melunaskan segala pembayaran bil utiliti tersebut. Baru adilkan... Taklah masalah ini ditanggung oleh pihak guru aje.
Pening kepala dibuatnya.
Sekolah aku dahlah besar, bil air aje dah beratus ringgit, bil api mencecah ribu ... camanalah nak bayar semua tu..Sekolah bukan ada danapun. Murid-murid seramai 1890 orang, tentulah bajet kami kena besar.
Tolong! tolong! Sapalah nak tolong ni...
CURAHAN RASA: CIKGU ADILLA YUSOF

Ulasan
Catat Ulasan