Kaaba kedua di New York?


Saya menerima sebuah email dari seorang rakan ... Kaaba kedua sedang dalam pembinaan di Manhattan, New York?

Timbul dalam kotak pemikiran kita bahawa ini tentulah satu lagi provokatif musuh Islam untuk menghina dan menimbulkan rasa benci dan kemarahan ummat Islam . Mereka cuba membina sebuah bar yang sama seperti Kaabah di Mekah ... dinamakan sebagai Apple Mekah, Bar ini akan digunakan untuk menyediakan minuman beralkohol..... geram dan marah jadinya kita....

Kaum muslimin yang prihatin membantah dan buat protes anti kerajaan Amerika Syarikat dan mendesak supaya tidak meneruskan pembukaan bar ini.

Pada 6 Oktober 2007, dilaporkan beratus-ratus pelajar di Utara Kashmir berdemo di jalanan membantah dan mendesak kerajaan Amerika memohon maaf kepada ummat Islam.

Tetapi kita harus kaji selidik dahulu sebelum kita sendiri hanya mengikuti orang ramai secara membabi buta. "Bar" ini sebenarnya bukan sebuah bar untuk minuman beralkohol, tetapi di mana anda boleh pergi untuk menyelesaikan masalah dengan I-Phone atau epal Accesory!?! Sila baca link ini

Sila majukan kepada sesiapa yang anda kenali mengenainya supaya kita dapat menghentikan fitnah tersebut. Semoga Allah membimbing kita semua dan membantu kita untuk menghidupkan semula sunnah ameen / end

Ulasan

Catatan Popular