Himpunan sejuta bantah Sweden Jumaat ini
PAS dan Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaaan akan mengadakan Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden di ibu negara bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.“Mereka telah menyatakan komitmennya untuk sama-sama hadir pada perhimpunan tersebut,” katanya sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai tanpa mengira fahaman politik sama ada dari kalangan Islam dan bukan Islam.
Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, disiarkan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet.
“Ini adalah satu penghinaan. Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bererti menghina agama Islam dan umat Islam keseluruhannya.
Perhimpunan tersebut sepatutnya diadakan Jumaat lepas tetapi terpaksa ditunda ke Jumaat ini kerana masalah teknikal selain beberapa perkara tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun masa dan tempatnya dikekalkan mengikut jadual asal di mana peserta akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak sebelum memulakan perarakan ke kedutaan Sweden.
“Umat Islam digalak bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur dan selepas itu berarak bagi menunjukkan kemarahan umat Islam terhadap pencabulan agama Islam,” katanya sambil menambah perbuatan akhbar di Sweden itu tidak boleh diterima sama sekali.
Dalam pada itu tambah Nasruddin, himpunan tersebut juga akan mengutuk kekejaman terbaru Zionis menindas rakyat Palestin di bumi Gaza.


Ulasan
Catat Ulasan