30 Dis 2009

Kenangan Lama
al malaki30 Dis 2009 0 Komentar

Lama saya merenung gambar ni bila sorang sahabat bagi kat saya. Macam tak percaya je. Kalau lah saya hidup zaman tu, tak terfikir dan tergambar dalam kepala hotak saya, suasana boleh menjadi seperti sekarang. Yang lain macam mana? Agak-agak apa yang terfikir? Jom kita kongsi dalam ruangan komen











Wallahualam.....

Duit
al malaki 0 Komentar

Duit kalau tak ada pening kepala. Pakar motivasi yang dok cakap pandai tu pun kalau tak de duit, hilang cakap pandainya. Sememangnya kita sehari-harian memerlukan duit. Akan tetapi benarkah duit memberikan kita kebahagiaan? Memang duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Betul tak? Cuma kita yang mengaku umat Nabi saw (lebih-lebih lagi jemaah PAS) sentiasa diingatkan supaya jgn jadi hamba duit. Tapi bila dapat duit jangan buat cam ni lak....


















Wallahualam


Usrah Futsal
al malaki 0 Komentar

Dalam mencari kelainan, Usrah DPPK W.Maju (DPPKWM) minggu ini (29 Dis '09) kami beriadah dengan mengadakan perlawanan futsal. Bertempat di Sek.Men.Teknik Setapak, kami mula berkumpul di 'court' berhampiran padang bola sekolah pada jam 09.00 malam. 'Peserta' usrah pada malam itu terdiri DPPKWM, warden sekolah dan petugas Masjid Usamah B. Zaid. Dengan dibahagikan kepada 6 'team', perlawanan diadakan secara liga dengan perlawanan pertama menemukan DPPKWM sesama sendiri. Program malam itu berlangsung dengan suasana penuh ukhwah,harmoni dan gurau senda. Biar pun kepenatan namun jelas di wajah para jemaah akan kepuasan setelah sekian lama tidak berpeluh dengan bersukan. Begitulah bila bergerak dengan jemaah Islam, bermula program dengan Umul Kitab dan berakhir dengan Tasbih Kaffarah. Dalam erti kata lain, setiap perbuatan atau pekerjaan, seboleh-boleh mesti mencari redha Allah swt. agar segalanya mendapat berkat. Program berakhir tepat jam 01.00 pagi.




Bergambar kenangan sebelum perlawanan


Kehadiran Timb.Pengarah DACS Pusat (kiri) dan Ketua PEMUDA DPPKWM memeriahkan lagi suasana



Sebahagian juri awam sedang mengkritik perlawanan yang sedang berlangsung


Perlawanan sedang 'hangit'



Wallahualam.........
Lagi gambar di sini

29 Dis 2009

Kubur
al malaki29 Dis 2009 0 Komentar


Kubur. Tempat yang selalu kita lupa bahawa kita akan 'menginap' di dalamnya. Dalam berpolitik, jemaah Islam khususnya ahli PAS merasa beruntung kerana sentiasa ada tak kira dikalangan pemimpin atau sesama jemaah sendiri yang sentiasa mengingatkan bahawa kita akan kembali kepadaNya. Semua manusia hatta Nabi dan Rasul juga kembali menemui Allah swt. Disini saya sertakan gambar-gambar kubur para Nabi,Rasul dan serta ahli keluarga dan sahabat Nabi saw untuk tatapan umum.



Makam Bilal B. Rabah r.a di Damascus


Kubur Fatimah Az Zahra r.a


Makam Saidina Hassan



Makam Siti Khadijah r.a di Makkah


Makam Abi Talib di Makkah



Makam Halimatus Sa'diah di luar Madinah



Makam Siti Aminah di luar Makkah



Makam Nabi Yahya a.s



Makam Nabi Zakaria a.s



Makam Nabi Harun a.s



Makam Nabi Shuib a.s



Makam Nabi Musa a.s di Israel



Makam Nabi Daud a.s di Israel



Makam Nabi Salleh a.s



Makam Nabi Luth a.s di Iraq




Makam Nabi Ibrahim a.s di Israel



Makam Nabi Yusuf a.s di Jordan




Makam Habil di Jordan




Makam Habil di Jordan.






Wallahualam........



................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.