30 Sep 2009

Kes Rasuah Isa Samad, pernahkah beliau didakwa dimahkamah?
chedet30 Sep 2009 0 Komentar

Ramai sudah tahu bahawa Tan Sri Isa Samad pernah digantung keahlian Umnonya tidak lama dahulu setelah terlibat di dalam jenayah rasuah semasa perebutan jawatan Naib Presiden di dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno pusat pada tahun 2004 dahulu.

Kesalahan rasuah adalah satu kesalahan serius dan perlu dibicarakan serta diadili oleh mahkamah dengan menggunakan perlembagaan negara yang telah lama termaktub itu.

Jadi, samada kita sedar atau tidak, Isa Samad ini tidak pernah dibawa kesnya ke mahkamah untuk diadili dan dihukum jika dia didapati bersalah di atas kesalahan jenayah itu.

Ini kerana, hukuman penggantungan keahlian itu cuma diputuskan oleh Lembaga Disiplin Umno dengan mengunakan peraturan-peraturan Umno sahaja.

Maka timbullah persoalan, adalah peraturan Umno itu lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia? Sedangkan di dalam perlembagaan negara secara jelas menyebut, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan dengan sendirinya dianggap terbatal.

Jikalau kesalahan ini diambil atas dasar soal dalaman Umno, maka jikalau ada satu kes pecah amanah di bank, maka si pesalah itu tidak perlu dibawa ke balai polis untuk di dakwa kerana itu adalah cuma soal dalaman bank tersebut. Adakah cukup si pesalah itu cuma dipecat dari pekerjaannya sahaja tanpa didakwa atas kesalahan pecah amanah tersebut?

Begitu juga jikalau sebuah sekolah membuang seorang muridnya kerana kesalahan mencuri, murid itu tidak perlu dibawa ke balai polis hanya kerana itu urusan dalaman dan lingkungan sekolah itu sahaja.

Saya juga merasa hairan, kenapa kes Isa Samad ini tidak dibawa ke mahkamah sedangkan kes jenayah rasuah di dalam perebutan jawatan lain di dalam Umno ada yang dibawa ke mahkamah seperti kes Dato’ Norza Zakaria?

Adakah di sini Umno melakukan pendakwaan terpilih dan melepas jerung-jerung kerana mempunyai pukat yang halus? Hanya bilis-bilis sahaja yang boleh tersangkut.

Atau hanya disebabkan perbezaan kem di dalam Umno, maka ada yang didakwa dan ada yang terlepas.

Jawatan terakhir Isa di dalam kerajaan ialah sebagai Menteri Wilayah Perseketuan. Akibat dari kesalahan jenayah rasuah itu, Isa Samad cuma meletak jawatan dari jawatan menteri tersebut dan dia bukannya dipecat.

Ini disebabkan kerana Lembaga Disiplin Umno tidak mempunyai kuasa atau hak untuk memecat mana-mana jawatan seorang anggota kerajaan. Oleh itu bagaimana dia harus dipecat sedangkan dia tidak didakwa oleh mana-mana mahkamah?

Saya tidak pasti samada Isa Samad ini pernah dipanggil atau tidak untuk diambil keterangannya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau sekarang ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tuduhan jenayah rasuah itu.

Kini, Isa Samad dinamakan sebagai calon Umno untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang 11 Oktober nanti. Walaupun perkara ini mendapat bantahan dari ramai pemimpin veteran Umno, tetapi Najib terpaksa mengikut kehendak akar umbi Umno di Teluk Kemang.

Pemilihan Isa ini juga membuktikan bahawa transformasi yang mahu dilakukan oleh Najib itu adalah omongan kosong dan sekadar retorik serta hanya menyedapkan halwa telinga sahaja.

Ini bermakna, Umno masih lagi mahu membela dan memeliharan pemimpin-pemimpin yang korup dan mempunyai rekod jenayah serta tidak beramanah.

Ia juga menunjukkan bahawa Najib tidak mahu mengikut kehendak rakyat negara ini yang mahu mempunyai pemimpin-peminpin yang bersih tetapi sebaliknya dia mahu mengikut kehendak orang-orang Umno di Teluk Kemang sahaja.

Najib juga telah menolak tawaran bekas Presiden Umno, Mahathir untuk menjadi calon di Bagan Pinang. Bagi Mahathir, dia adalah pilihan yang lebih baik berbanding perasuah itu.

Mana lebih baik, cara Selangor atau Kedah?
chedet 0 Komentar

Oleh: Zulkifli Sulong

Sejak dari awal lagi, dua negeri Pakatan Rakyat iaitu Selangor dan Kedah mempunyai pendekatan berbeza. Selangor dilihat mengamalkan dasar terbuka manakala Kedah pula mengamalkan dasar tertutup.

Tidak pasti, apakah ia benar-benar dasar kedua-dua kerajaan negeri itu tetapi itulah yang dilihat dari luar.

Kesemua Exco kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bebas memberikan pandangan masing-masing.

Masing-masing bebas membuat kenyataan akhbar, memanggil sidang akhbar apatah lagi bercakap kepada wakil-wakil media.

Isinya pula boleh menerangkan dasar dan perancangan kerajaan negeri bagi pihak portfolio masing-masing ataupun bercakap atas nama parti masing-masing.

Datuk Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, bebas bercakap tentang portfolio agama, insfrastruktor dan Melayunya bagi pihak kerajaan negeri. Ronnie Liu pula bebas bercakap tentang kerajaan tempatannya dan apa-apa perancangan mengenainya. Apatah lagi MB, Tan Sri Khalid.

Kerana kebebasan itulah kadang-kadang jelas kelihatan percanggahan kenyataan antara mereka dalam media walaupun bercakap dari kerajaan yang sama.

Ia juga sering digunakan oleh media BN untuk memukul Pakatan Rakyat sehingga lahirlah kenyataan kononnya parti dalam Pakatan di Selangor tidur satu bantal tetapi mimpi berbeza.

Akibat dari keterbukaan ini pula jelas amat positif dalam mematangkan Selangor dan para pemimpinnya. Mereka tidak terlalu sensitif dengan kritikan bahkan sangat terbuka.

Khalid Ibrahim, walaupun seorang yang dipanggil Yang Amat Berhormat Menteri Besar, boleh dimaki dan dikutuk secara berdepan apabila beliau berdialog dengan penduduk Seksyen 23 mengenai isu kuil Hindu. Hasilnya, isu kuil ini berjaya diselesaikan dengan baik dan cepat walaupun cuba diselesai berpuluh-puluh tahun oleh Umno dan BN yang memerintah Selangor sebelum ini.

Sumber: Harakahdaily

Walaupun nampak masalahnya tetapi bagi yang mahukan keterbukaan, cara Selangor ada baiknya.

Berbeza dengan kerajaan Pakatan di Kedah. Ia dilihat sangat tertutup. Cool sahaja tanpa kelihatan sebarang masalah. Kalau adapun, ia bukan karenah para exconya tetapi dari mereka yang berada di luar kerajaan.

Tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya perkembangan yang berlaku di Kedah. Kalau adapun, kenyataan yang keluar adalah dari Menteri Besarnya sahaja, Datuk Seri Azizan Razak.

Yang terbaru, Azizan berjanji akan menyelesaikan masalah kutipan sampah di negeri itu November ini kerana janji September lepas tidak berjaya dipenuhi oleh kontraktor terbabit.

Walaupun kecoh beberapa Adun akan meninggalkan Pakatan di Selangor, namun yang berlaku adalah Adun yang juga Exco kerajaan negeri Kedah dahulu yang keluar parti dan kemudiannya dipecat dari Exco. Sebelum ia berlaku, orang luar tidak tahu pergolakan dalam kerajaan negeri itu.

Jelas bagi orang luar, Kedah cool tanpa masalah. Jelas juga kepada orang luar, Selangor panas, hari-hari bertembung dalam media. Namun, pendekatan manakah yang lebih tepat, ia belum tentu lagi. Tunggulah masanya kerana masa yang lebih tepat memberikan kata putusnya.

Sapa pernah tarbiah blogger PAS?
chedet 0 Komentar

Artikel asal Dari SINI

Komen Ust Yob adalah dirujuk.

Mula-mula sekalu aku minat sangat dengan statement dia:
Akhir- akhir ini blogger Pas semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.
Aku tak pasti sejak bila jadi objektif PAS nak meramaikan bloggers. Mungkin kut ada sesetengah kawasan yang ada objektif macam ni, bab buat program ka dak untuk capai objektif ni tu no 2, tapi secara umum aku langsung tak setuju 'meramaikan bloggers PAS' pernah masuk dalam objektif PAS. Mungkin la ada sorang dua pimpinan yang pernah sebut tapi nak letak sebagai objektif aku rasa jauh panggang dari api.

Semenjak dua menjak ni ja ( kecuali beberapa kes terpencil.), PAS nampak sikit terbuka dengan blogger, ada la sikit pengiktirafan untuk blogger. Tu pun aku rasa pasai kerap sangat ada PRK. Mau tak mau PAS kena jugak 'layan' bloggers ni.

Yang jelas nampak, cukup ramai pimpinan yang masih lagi tengok blogger sebelah mata, ada yang tengok dengan penuh prasangka, malah ada yang lagi teruk terus label bloggers semua tak boleh pakai, tak lebih tak kurang macam depa tengok wartawan utusan dan berita harian. Semua tak boleh harap, semua ejen Umno.

Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.
Aku kurang paham macamana yang dikatakan 'blogger PAS'. Adakah semua blogger yang dalam masa yang sama ahli PAS boleh dilebel 'Blogger PAS'. Pada aku label tu terlalu umum. Takkan nak samakan blogger Cenangau dengan blogger YB Khalid Samad atau blogger Nasrudin Tantawi. Pada aku langsung tak sesuai.



Mana adil kita nak samakan orang yang dari kecik ditarbiah dengan usrah, tamrin, mukhayyam dan macam-macam lagi jenis program yang aku pun kadang-kadang tak paham dengan orang yang pakaian harian dia dengan seluar jin yang terkoyak kat lutut yang sejak mula kenai usrah ja dia malu nak pakai. Memang tak sama la.
Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas juga bukannya ma'sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.
Bab adab dalam mengkritik ni aku sangat setuju. Bukan takat masa mengkritik,semua benda yang kita nak buat memang ada adab dia. Nak masuk jamban pun ada adab. Tapi adab ni bergantung kepada keadaan. Tara mana kita mampu nak beradap kalau nak belasah orang yang memang kita yakin teruk dan tak boleh pakai.

Lagi satu harus kita ingat, orang mengkritik berdasarkan apa yang dia tau, apa yang dia dengar dan apa yang dia baca. Dia buat analisa dan kemudian dia berijtihad. Lepas tu baru dia mengkritik. Kalau dia dah sampai tahap merah telinga punya marah takkan kita nak harap macam dia berbahasa dalam kelambu masa malam pertama kut.

Yang paling penting aku nak ingatkat, tarutama para ulama' dan para ustaz yang jaga bab tarbiah. Kalau rasa 'blogger PAS' ni takdak adap masa mengkritik, ia mencerminkan kegagalan hangpa punya tarbiah. Tapi pada aku stilah gagal pun tak tepat pasai kita cuma boleh gagal kalau kita buat. kalau kita tak pernah buat macamana nak kata kita gagal.

Kalau ada 'segelintir bloggers Pas tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan' takkan para ustaz dan ulama' yang duduk dalam lajnah tarbiah tengok saja. Punya la ramai ahli dalam dewan ulama' takkan takdak yang teringin nak buat sesuatu.

Kalau blogger berkenaan memang jenih tak makan saman, apa nak susah, rujuk la blogger tu kat jawatankuasa tatatertip, pecat la dari PAS dan dia bukan lagi 'Blogger PAS'.

Pengundi Bagan Pinang dihina!
chedet 0 Komentar

Pemilihan Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak mempunyai atau ketandusan calon yang mempunyai kredibiliti dan integriti untuk diketengahkan kepada masyarakat yang dahagakan kepimpinan yang bersih lagi amanah.

Dengan terlantiknya Isa Samad ini menunjukkan bahawa Umno tidak konsisten dalam usaha membenteras politik wang dan rasuah.Tahniah..kepada Umno kerana berjaya melantik kembali calon yang cukup bersih,berkredibeliti dan berintegriti.

Kita bangkitkan perkara ini kerana Isa Samad pernah didapati melakukan amalan rasuah dan didapati bersalah,ini bukan isu menghentam peribadi calon tetapi ia berkaitan dengan isu integriti.Perlantikan Isa juga menggambarkan bahawa Umno hanya "Hangat-hangat taik ayam"dalam usaha menghapuskan gejala rasuah dikalangan parti dan pimpinan mereka.

Apa yang pasti perlantikan ini adalah satu "Penghinaan" terhadap pengundi-pengundi Bagan Pinang yang dahagakan seorang pemimpin yang Amanah,telus dan mempunyai integriri yang diharapkan.Untuk itu beliau menyeru agar pengundi di Bagan Pinang melakukan perubahan agar diri dan maruah kita tidak dihina oleh Umno dan BN.

Kontroversi KM digilir di P.Pinang
chedet 0 Komentar

Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang

Sekali lagi, kontroversi tercetus di negeri Pakatan Rakyat setelah isu Ketua Menteri Pulau Pinang bergilir dibangkitkan. Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Yusmadi Yusoff (gambar di kanan) menjadi watak utama apabila Berita Harian menyiarkan berita bahawa beliau mahu jawatan KM Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru.

Berita yang bertajukkan "Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir mengikut formula baru" dengan tajuk sampingan "Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri", menimbulkan kontradiksi antara parti komponen PR, khususnya DAP dan PKR, hari ini.

Setiausaha Agung DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah mengeluarkan kenyataan untuk menyelar Yusmadi Yusoff sebagai gila kuasa dan rasis. Ng Wei Aik mengambil Sabah sebagai contoh untuk membuktikan bahawa sistem KM bergilir gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Yusmadi: Tidak sebut "giliran"

Bagaimanapun, ahli parlimen Balik Pulau ini memberi penjelasan melalui kenyataan media selepas itu. Yusmadi ketika ditemuramah MerdekaReview menjelaskan bahawa dirinya ditelefon wartawan Berita Harian untuk bertanyakan pandangannya mengenai hari raya. Beliau tidak mengulas sama sekali berkenaan isu KM bergilir.

"Saya langsung tidak menyebut perkataan 'giliran' dalam temuramah tersebut," katanya, yang kini sedang mempertimbangkan nasihat peguam lain untuk tindakan seterusnya. Berita Harian dikatakan memetik hujahnya dalam konteks yang berlainan.

Yang berikut adalah kenyataan penuh Yusmadi Yusoff:

Hari ini saya dihujani dengan email dan sms daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan parti saya dan teman-teman penyokong Pakatan yang membaca laporan akhbar di dalam Berita Harian halaman 6 bertarikh 29 September 2009 bertajuk "Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru".

Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya tidak pernah sekali-kali membangkitkan isu jawatan KM DIGILIR ikut formula baru. Saya memberi pandangan berlatar belakangkang sambutan hari raya yang antara lain menunjukkan bahawa terdapat penerimaan masyarakat terhadap citra kepimpinan politik baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2009. Kunjungan rakyat berbilang kaum ke rumah-rumah terbuka anjuran pimpinan Pakatan Rakyat tidak kira bangsa seperti yang dianjurkan oleh pimpinan PKR, DAP dan PAS menggambarkan bahawa formula kepimpinan yang digunakan oleh BN/UMNO yang mengangkat agenda perkauman telah ditolak.

Saya cadangkan kenyataan saya dibaca tanpa TAJUK dan Tafsiran yang diberikan oleh akhbar, tetapi fokus kepada petikan (quotation) yang digunakan yang lebih menggambarkan kenyataan saya yang sebenar. Saya yakin pembaca sekalian mempunyai kematangan untuk membezakan apa yang benar dan apa yang salah.

Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru (Tafsiran media)

Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri (Tafsiran media)

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum menjadi pemimpin selaras prinsip perjuangan gagasan Pakatan Rakyat (PR), keadilan untuk semua. (Tafsiran media)

Ketua Pemuda PKR yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, berkata formula politik baru itu perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu. (Tafsiran media)

Beliau berkata, sebagai rakan pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan menolak politik perkauman sempit, sudah sampai masanya formula itu ditukar bagi memberi peluang kepada semua kaum menjadi ketua menteri. (Tafsiran media yang mana saya tidak langsung merujuk kepada formula bergilir)

"Pulau Pinang sejak dulu lagi terperangkap dengan formula BN dan Perikatan yang menjadi asas politik perkauman dengan memberi jawatan Ketua Menteri kepada kaum Cina semata-mata atas alasan kaum majoriti di negeri ini."

"Politik baru Pakatan Rakyat tidak menjadikan kaum sebagai alasan utama, orang Melayu atau India pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Peluang itu terbuka kepada semua dan saya yakin masyarakat di sini juga sudah dapat membezakan prinsip keadilan dan kemanusiaan berbanding fahaman agenda sempit dan perkauman yang diamalkan parti kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. (kenyataan saya yang merujuk kepada perbezaan normatif dan prinsip kepimpinan politik Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman berbanding BN)

Mohd Yusmadi percaya kepemimpinan tertinggi pakatan termasuk DAP, PKR dan Pas dapat menerima pandangan itu dan melaksanakannya. (Tafsiran media)

"Tidak ada masalah (pelaksanaan), sebab mereka (PR) turut mengangkat agenda keadilan dan menolak prinsip perkauman seperti Pas yang melaungkan slogan Pas untuk semua." (suntingan petikan yang tidak lengkap- kenyataan saya ialah Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman tidak akan terperangkap dengan model kepimpinan ala BN/UMNO)

"PKR sendiri adalah parti yang menolak agenda perkauman dengan mengangkat agenda keadilan dan ini dibuktikan melalui kepemimpinan kami yang diterima rakyat tanpa mengira kaum," katanya. (kenyataan saya yang mnngangkat dasar PKR keadilan untuk semua dan perkataan "Kami" yang digunakan sebenarnya ialah "Anwar Ibrahim" yang saya katakan sebagai conton pemimpin yang diterima oleh semua rakyat bukan di atas sebab perkauman tetapi keadilan untuk semua. Contoh tersebut tidak digunakan)

Beliau yang mewakili golongan muda di negeri itu juga yakin formula baru itu dapat dilaksanakan menerusi pendekatan tolak ansur antara pemimpin dalam pakatan. (Tafsiran media - kenyataan sebenar saya ialah prinsip politik Pakatan Rakyat mendapat tempat anak muda yang menolak politik perkauman dan bukan "tolak ansur" seperti yang dilaporkan. Saya tidak pernah menggunakan perkataan tolak ansur)

"Saya yakin inilah citra politik yang dimahukan rakyat Malaysia, iaitu kepemimpinan politik tidak kira kaum Melayu, Cina dan India," katanya. (kenyataan saya yang menunjukkan perkembangan sihat politik Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman)

Ditanya pandangannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang sedia ada, Lim Guan Eng, Yusmadi berkata, Lim sekarang berusaha keras memenangi hati rakyat dengan memberi keutamaan kepada pelbagai aspek dan usahanya itu diterima baik semua pihak.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan teman-teman dan pembaca. Saya yakin apa yang dikatakan "Liberation is a tough a job".

Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Malaysia (Balik Pulau)
Ketua AMK Pulau Pinang

Rayuan Dato Seri Nizar didengar 5 november 2009
chedet 0 Komentar

Rayuan Dato Seri Nizar didengar 5 november 2009



PUTRAJAYA 30 Sept. - Mahkamah Persekutuan menetapkan 5 November ini bagi mendengar rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap perisytiharan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pada tarikh itu, panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff akan mendengar tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh peguam bela Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.-utusan


Sya :

Oppss aku nak betulkan ayat Utusan Meloya kat atas ni bila dia kata Mahkamah Mengekalan Zambry sebagai Menteri Besar..??Memang Tak Boleh Pakai ler Utusan meloya ni,mahkamah hanya menahan kuasa Dato Seri Nizar dari menjalankan tugas Sebagai Menteri Besar tapi takde pulak Sya dengar makhamah istiharkan zambry sebagai Menteri Besar...!!!Kalau nak jadi pengampu pun baca Fakta la..jangan main tulis jer...ADOIYAI!!!!

Bagan Pinang, undi pos, parti perasuah dan meluat
chedet 0 Komentar

Bagi saya pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah medan untuk menghapuskan atau sekurang-kurangnya mengasak undi pos to the wall. Ada kira-kira 4,604 pengundi pos di sana.

Bagan Pinang juga, bagi saya, ada medan penerusan perjuangan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih) selepas perhimpunan besar-besaran 10 November 2007 lalu. Antara tuntutan Bersih ialah seperti yang dinyatakan dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong iaitu "pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara".

Semua orang dah jangka, Umno akan meletakkan calon favouritenya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau adalah calon terbaik parti yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya juga melihat Mohd Isa adalah calon terbaik Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika Malaysia di bawah pemerintahan BN terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Pemilihan Mohd Isa sebagai calon parti pijak kepala lembu juga adalah yang terbaik ketika Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengakui bahawa pengundi-pengundi India meluat kepada BN.

Teringat pula rungutan Samy Vellu terhadap akhbar parti pijak kepala lembu, Utusan Malaysia:
"I give you an example, the cow-head incident, we all condemned the demonstration thinking that it will bring about racial misunderstanding and brew trouble in the country

"But that news, they don't carry. They carry news in support of the cow-head demonstration, they are determined to do something that is (detrimental) to others rather than what is true".
Pemilihan Mohd Isa juga menimbulkan tanda tanya adakah Dr Mahathir akan berkempen di Bagan Pinang seperti yang beliau lakukan di Bukit Gantang?

Pemilihan Mohd Isa, ketika Omar Ong dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas, turut menimbulkan tanda tanya adakah nasib Dr Mahathir di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana pandangannya dibakulsampahkan, akan berulang di zaman pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

Who "denied US the premiership for five years"? (Perkataaan "us" atau kami dihuruf besarkan).

Apa-apa pun, Bagan Pinang adalah medan perjuangan untuk menghapuskan penyelewengan undi pos. Berita-berita angin yang sampai kepada saya mendakwa, PAS ada beberapa cerita menarik tentang undi pos. Kita tunggulah sahaja. Itu yang saya difahamkan.

Yang saya tak faham ialah mengapa PAS mempertaruhkan orang sepenting Pesuruhjayanya di Negeri Sembilan sebagai calon. Saya tak ada masalah dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar. Dia orang berilmu, baik dan rajin. Tetapi saya rasa beliau terlalu kanan untuk medan kecil di Bagan Pinang.

Bagaimanapun saya yakin, perkiraan ahli-ahli politik di dalam PAS tentulah tidak sesempit pandangan pemerhati politik seperti saya.

Apa-apa pun, mari kita berjuang menentang undi pos, parti perasuah dan BN yang orang meluat, bukan sahaja di Bagan Pinang tetapi di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kepada Allah Yang Maha Besar kita berserah.

Ini jawapan Isa mengenai disiplin, Mahathir
chedet 0 Komentar


Wednesday, 30 September 2009 16:23



30 Sep 2009 2:18AM PD: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam reaksi spontannya sebaik sahaja diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, berkata beliau yakin akan dapat mempertahankan kerusi BN kerana “saya bertanding di kampung saya sendiri”.

Tambahan pula, dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin di semua peringkat, ahli-ahli parti serta orang-ramai, keyakinannya untuk menang di kerusi berkenaan adalah cerah.

"Insya-Allah kita boleh mempertahankan kerusi ini berdasarkan semangat yang ditunjukkan dan saya yakin kerana inilah kali pertama saya bertanding di kampung saya sendiri... pertama kali untuk orang kampung Bagan Pinang, sebelum ini saya bertanding di Linggi," katanya kertika di temui selepas majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno Teluk Kemang bersama Perdana Menteri di sini petang Selasa.

Malah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, beliau menerima amanah yang diberikan kepadanya sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul.

"Bila parti dah letakkan amanah, dah beri kepercayaan suruh bertanding, saya tak ada sebab untuk saya menolak. Ini adalah tanggungjawab dan saya sedia untuk memikulnya," kata beliau.

Isa turut mengakui bahawa beliau sebenarnya telah diberitahu mengenai pemilihannya sebagai calon oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui panggilan telefon beberapa jam sebelum keputusan itu diumumkan secara rasmi.

Ditanya persediaannya untuk menangkis serangan pembangkang yang mungkin akan membangkitkan isu tindakan disiplin yang pernah dikenakan ke atasnya kerana terlibat dengan politik wang pada pemilihan Umno, Isa dengan tenang menjawab, perkara itu sudah dijelaskan dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Saya bukan melakukan jenayah, ini merupakan pelanggaran kod etika pemilihan, itu istilah yang pertama kita gunakan. Saya telah jalankan hukuman selama tiga tahun, jadi benda tu tak timbul lagi.

"Malah kes-kes jenayah pun orang boleh terima, ada yang dah jadi Ketua Menteri, ada dah jadi Menteri dan ada yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri lagi, semua ada, jadi apa masalah dengan saya?" katanya.

Diminta mengulas mengenai pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkrikik beliau baru-baru, beliau berkata hanya mampu tersenyum dengan kritikan-kritikan tersebut.

"Saya hanya tersenyum mendengar komen itu... saya tak ada marah apa-apa, malah antara orang yang saya paling hormati ialah Tun Mahathir.

Kerusi DUN itu kosong selepas Azman yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), di sini awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan selepas memperoleh 6,430 undi, menewaskan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN. / Mstar

Perlukah PAS menang di Bagan Pinang?
chedet 0 Komentar

by fikiranku



Sesungguhnya politik itu menarik. Tambah tambah lagi politik UMNO yang penuh dengan hasad dengki, khianat dan jatuh menjatuh. Apa yang aku mahu perbincangkan hari ini adalah tentang politik Bagan Pinang. Dari mula kemelut pemilihan calon kepada pengumuman Isa Samad semalam .

Benarkah Mahathir membantah pencalunan Isa Samad atas dasar sejarah korupsinya?

Kalau Mahathir bimbang tentang status korupsi UMNO, sudah pasti Najib sendiri tidak menjadi Perdana menteri atau anak anak Mahathir pun tidak lah berbelanja sakan seperti yang kita tahu.

Perlu di perjelaskan bahawa rasuah di dalam UMNO adalah Budaya, bukan lagi jenayah atau kesalahan. Kalau ada tindakan dan hukuman dalaman UMNO terhadap kes tersebut, ianya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Sebut sahaja UMNO, sudah pasti membayangkan kemampuan kewangan mereka di dalam mengagihkan projek dan pembelian sokongan. Bodoh benar lah pemimpin UMNO itu kalau tidak berasuah kerana ianya merupakan pendapatan sampingan yang turut di gunakan bagi kekal berkuasa. Malah pendapatan sampingan ini kerapnya lebih dari pendapatan tetap hasil dari kepimpinan mereka.

Lantas itu, kalau alas an Mahathir tidak mahu Isa kerana rasuahnya, ianya tidak benar sama sekali. Bersih mana Mahathir untuk tidak menerima rasuah?

Yang menarik untuk dihighligtkan sejak tempoh tempoh terdekat ini adalah, MB Negeri Sembilan sekarang, Datuk Seri Mohamad Hassan tidak memberikan sebarang komen, walaupun dia Menteri Besar. Seperti yang kita tahu dia dilantik menjadi Menteri besar, ketika zaman pemerintahan Mahathir lagi. Sukar untuk mengaitkan antara kejatuhan Isa Samad dan naiknya Mohamad Hassan sebagai pengganti kerana tiada bukti bukti yang kukuh. Kita sekadar kata, ianya mungkin konspirasi.

Yang jelas, Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, tidak banyak bercerita tentang Bagan Pisang atau calun yang patut diletakkan di sana. Kenapa?

Sokongan UMNO di Bagan Pinang kepada Isa Samad memang hebat. Kalau ada pun yang tak suka, hanya muka beberapa kerat manusia yang sedang berjinak jinak untuk berbaik dengan Mohamad Hassan.

Ada khabar dari sana memberitahu bahawa terdapatnya penyokong Isa Samad yang tidak terbela selepas Mohamad Hassan menjadi Menteri Besar.Kontrak pun kurang, agihan projek yang tidak seperti dulu dan tidak kurang juga kumpulan baru yang tiba tiba timbul sebagai pengusaha tender tender kerajaan NS di sana.
Perbezaan ini membuatkan penyokong tegar Isa, kecewa. Kerana ekonomi dan kurangnya projek di sana, telah Berjaya menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Isa Samad dengan pemerintahan Menteri Besar, Mohamad Hassan. Ditakdirkan ADUN lepas Bagan Pisang meninggal dan ini mencerahkan peluang Isa Samad untuk kembali beraksi. Maka gembira lah penyokongnya dengan harapan, berubah ADUN, mereka berpeluang kembali memperolehi kontrak kontrak dikawasan tersebut.

Mohamad Hassan pula kelihatan tidak berapa selesa dengan sokongan ahli UMNO beberapa kawasan terhadap Isa Samad. Maklumlah, ibarat isteri baru yang tidak selesa kalau janda kepada suaminya datang menjenguk jenguk di pinggir jendela. Cemburu mesti, bimbang pun ada. Kerana itu, bila nama Isa Samad di war warkan oleh penyokong nya sebagai calun yang sepatut bertanding di Bagan Pinang, Mohamad Hassan kelihatan mendiamkan diri, disamping berharap agar saranan Mahathir untuk tidak memilih Isa Samad mendapat sokongan. Malangnya tidak.

Sekiranya Isa Berjaya kembali berkuasa di Bagan Pinang, kebimbangan Mohamad Hassan akan lebih terserlah. Dia akan berhadapan dengan imbauan kisah silam ketika pemerintahan Isa dan kemungkinan UMNO akan berpecah. Kalau perpecahan ini ujud, maka BN Negeri Sembilan akan berhadapan dengan masalah.

Maka itu, menang atau kalah nya PR, tidak perlu diambil kira kerana mungkin ada rahsia tersirat disebalik kejadian. Lagipun, bukan mudah untuk mengawal sebuah kawasan perlancungan yang penuh maksiat di Port Dickson. Kalau sekiranya PAS Berjaya, silap silap nama parti pun rosak. Maka perlukah PAS menang sekarang berbanding PRU13 nanti?

Berserah saja kepada yang Esa, kalau benar waktunya ini adalah masa yang sesuai untuk Bagan Pinang jatuh kepada PAS, kita bersyukur. Kalau kalau pun, kita Redha. Kerana Allah swt tahu apa yang Dia berlaku. Kita setakat berdoa dan berusaha.

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang
chedet 0 Komentar

Hamdan MS & Nazri Abdullah
Tue | Sep 29, 09 | 10:50:36 pm MYT
TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkefly adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Image(Gambar:Zulkefly (tengah) dijulang oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat dalam majlis pengumuman calon di Pejabat Induk DAP, Batu 9, Telok Kemang malam tadi)

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan majlis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang pengurus profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Zulkefly sendiri, Yang Dipertua PAS Teluk Kemang yang juga calon sebelum ini, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Image(Gambar:Zulkefly dan Isa bertemu di tanah perkuburan Bagan Pinang ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Azman. Turut serta adalah Datuk Husam Musa, AJK PAS Pusat)

Pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak 4,600 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka ketika membuang undi.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Biodata lengkap calon PAS ini adalah seperti berikut:

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. _

24 Sep 2009

AWAS!!! Penasihat UMNO telah kembali
k.penerangan24 Sep 2009 0 Komentar

Ramadhan yang berlalu pastinya mengundang seribu kesedihan kepada pencintanya. Bulan yang dijanjikan dengan nikmat pahala yang berganda, bulan dimana Al-Qur'an diturunkan, bulan dimana amalan ditingkatkan. Pemergian ramadhan di tangisi dan diratapi kerana peluang telah berakhir dan takut-takut tidak diketemukan ramadhan akan datang oleh Allah SWT.
Ketibaan syawal menandakan kembalinya kita kepada fitrah sebagai manusia. Larangan dan sekatan telah kembali dipinjamkan oleh Allah. Nikmat makan, bersetubuh dan lain nikmat yang dihadkan pada bulan ramadhan dipinjamkan kembali oleh Allah kepada manusia. Syawal juga menandakan bermula lagi peperangan antara manusia dan iblis yang kembali dibebaskan oleh Allah.
Orang beriman akan memikirkan kembali bagaimana untuk melawan iblis yang sememangnya pakar dalam menyesatkan umat manusia dimuka bumi ini. Pertarungan dengan iblis ini bukan lah sesuatu yang mudah kerana pengalaman menebal iblis dalam menyesatkan manusia telah berkurun lama sedangkan kita baru dalam peperangan ini. Hanya Al-Qur'an dan sunnah nabi menjadi petunujuk bagi melawan serangan menggila iblis dan bala tenteranya nya. Serangan oleh iblis akan datang dari depan , belakang, kiri dan kanan, namun kita masih ada atas dan bawah untuk bertahan. Atas - berdoalah kepada Allah agar diberi kekuatan dan ditetapkan hati untuk terus berjuang di jalan Allah. Bawah - bersujudlah kepada Allah walau apa pun dugaan datang melanda.
Orang kufur dan kafir pula menyambut syawal dengan penuh kegembiraan kerana penasihat dunia mereka sudah kembali bebas setelah diISA selama sebulan. Keresahan kerana terpaksa lapar dan dahaga, tidak boleh merokok, melanggan wanita, minum arak dan lainnya telah kembali. Dengan kehadiran penasihat yang memang berpengalaman, pastinya kerja mungkar dan maksiat akan dibuat dengan lebih hebat dan teratur. Perjuangan orang yang ingin menegakkan islam mesti dihapuskan mesti dikalahkan dengan pelbagai cara asalkan dapat terus berkuasa di muka bumi yang sementara ini.
Maka bersedialah pejuang-pejuang agama Allah untuk berjuang di muka bumi ini, dengan cabaran terdekat pastinya di Bagan Pinang kerana penasihat mereka sudah kembali untuk memastikan taghut terus berkuasa.

16 Sep 2009

Hari Raya bukan hari sedih
chedet16 Sep 2009 0 Komentar

MASYARAKAT Melayu kita sering mengaitkan hari raya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hari raya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hari raya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?

Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.

Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.

Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah”

Tahanan ISA bersyukur dapat sambut Aidilfitri bersama keluarga
chedet 0 Komentar


KUALA LUMPUR: Setelah tujuh tahun menyambut Syawal tanpa bersama keluarga, Mat Sah Mohamad Satray yang dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini, bersyukur kerana dapat meraikan hari mulia itu kali ini di samping keluarga tercinta.

"Saya tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anak tunggal saya yang kini berusia 16 tahun. Masa saya tinggalkan dia, dia baru berusia 9 tahun. Rasanya banyak yang berubah. Tengoklah, saya pun dah berjambang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah bapanya di Ampang di sini.

Difahamkan, isteri dan anaknya kini berada di Sabah.

Menurut Mat Sah, beliau dimaklumkan tentang pembebasannya Sabtu lepas.

Mat Sah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) pada April 2002. BERNAMA

15 Sep 2009

Isa Samad dedahkan rahsia bagaimana dia menang
chedet15 Sep 2009 0 Komentar

Seronok bila baca kisah-kisah lama seperti dibawah ini.Isa Samad ni kuat temberang rupanya.Tatkala ditermuramah Agenda daily, tembelangnya belum lagi pecah :

Banyak yang diceritakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Isa Samad mengenai liku-liku yang membawa kemenangan dengan undi terbanyak iaitu 1,507 dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno 23 September lalu.

“Bagaimana Tan Sri Isa boleh dapat nombor satu?” – begitulah ramai yang kedengaran bertanya sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra pada malam berkenaan.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan itu. Apapun beliau menggangap personal touch calon adalah faktor yang amat dekat dengan hati para perwakilan.

Berikut ialah antara yang diperbualkan dalam interbiu Agendadaily dengan Tan Sri Isa

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang
chedet 0 Komentar

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.

Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).

"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.

Sessi dialog Pemuda PAS : Di mana muzik dalam politik Islam?
chedet 0 Komentar

Berdialog dengan PAS

Oleh Shanon Shah
shanonshah@thenutgraph.com


Dialog anjuran musicForum (Gambar oleh musicForum)

"MINTA maaf ya, ustaz, saya ada pengakuan," kata saya. "Dalam kolum saya, teruk juga saya tibai ustaz tentang pendirian Pemuda PAS berkenaan konsert Michael Learns to Rock."

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at Tantawi, senyum selamba saja. "Saya tak ambil hati. Kalau macam tu, Datuk Zaid Ibrahim pun mengkritik kami juga." Rakan-rakan Nasrudin dari Pemuda PAS tersenyum dan mengangguk-angguk.

Dengan itu, dialog anjuran musicForum antara saya dan Nasrudin bermula. Ia melihat penglibatan kira-kira 30 orang muda-mudi Melayu Islam yang lain. Masanya lepas solat terawih, dan tarikhnya 2 Sept 2009. Tempatnya di Studio Poket, Pusat Bandar Puchong Utama. Tajuknya, Di mana muzik dalam politik Islam?.

Dengan ikhlas saya mengaku, saya berdebar-debar juga mahu berhadapan dengan Nasrudin. Akan tetapi, walaupun moderator dialog tersebut, Fathi Aris Omar, memperkenalkan saya sebagai seorang pemuzik dan anggota bersekutu Sisters in Islam (SIS), Nasrudin dan kawan-kawannya tidak terkejut. Malah, tidak seorang pun yang memperlekehkan atau mengutuk SIS seperti yang saya biasa lihat di pelbagai blog dan siaran akhbar.

Saya sebenarnya dijemput oleh pihak penganjur sebagai seorang pemenang Anugerah Industri Muzik, jadi bab keanggotaan SIS saya memang tidak masuk tajuk pun. Saya diminta membuka tirai dialog tersebut, jadi saya mengupas pendapat imam al-Ghazali. Menurut al-Ghazali, kesenian itu sebenarnya merupakan kurniaan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Ia menghidupkan jiwa kita untuk kita lebih menghayati keindahan ciptaan Allah. Ini termasuklah bidang muzik dan tarian. Dan inilah yang mendorong saya untuk berkarya sebagai seorang artis beragama Islam.

Saya juga mengupas dua hadis sahih daripada saidatina Aishah, di mana Rasulullah sendiri telah membenarkan Aishah untuk berhibur dan menonton persembahan tarian dan nyanyian. Malah, apabila saidina Abu Bakar menegur penghibur-penghibur tersebut sebagai "serunai syaitan", Rasulullah sendiri berkata, "Biarkan mereka — bukankah ini hari perayaan?"

Malah, belum terdapat ijma yang benar-benar kukuh tentang hukum muzik dalam Islam. Ada ulama yang berkata hanya nyanyian suara saja yang dibenarkan, ada yang berkata hanya instrumen tidak bertali yang dibenarkan, tetapi ada juga yang berkata kesemuanya dibenarkan bergantung kepada niat dan mesej yang terkandung dalam karya muzik tersebut.

Pendirian PAS

Kemudian, pihak Nasrudin dan pemuda PAS yang lain pula memberikan hujah mereka. PAS tidak anti-kesenian. PAS bukan anti-muzik, malah bukan anti-konsert. PAS hanya menentang bentuk-bentuk hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan, dan yang menggalakkan pergaulan bebas yang boleh membawa kepada pelbagai jenis kemudaratan yang lain.

"Saya faham pendirian PAS sebagai sebuah parti Islam," saya membalas. "Tetapi kenapa PAS tidak terangkan saja kepada masyarakat umum pendirian seperti ini? Bukankah itu dakwah PAS? Kenapa respons pertama daripada PAS selalunya menjurus kepada mengharamkan sesuatu yang PAS tidak suka?"


Dari kiri ke kanan: Penulis artikel Shanon Shah, moderator Fathi Aris Omar ,
dan ketua Pemuda PAS Nasrudin (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)

Panjang lebar juga jawapan yang diberikan oleh pihak pemuda PAS, tetapi akhirnya naib ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, tersenyum dan berkata, "Kami pun sentiasa mengalami evolusi dalaman. Kami pun sedang berusaha."

Banyak juga soalan kritikal yang ditujukan kepada PAS oleh mereka yang hadir. Contohnya, insan atau institusi mana yang berkuasa untuk menentukan apa itu "bermoral" dan apa itu "tidak bermoral"? Bukankah pihak berkuasa Islam juga pernah menggunakan alasan "moral" untuk mematahkan sentimen yang mengkritik kerajaan? Apakah PAS tidak mampu bertolak-ansur?

Di sini saya sendiri telah memetik pengalaman Yusuf Islam, yang pernah membuat persembahan dalam konsert HIV/AIDS di Afrika Selatan. Para penghibur lain di konsert tersebut banyak juga mempromosi pendekatan "sekular" untuk menangani HIV/AIDS, tetapi Yusuf Islam tetap berkongsi pentas dengan mereka.

Tetapi sekali lagi saya ingin tekankan keindahan dan keikhlasan dalam dialog antara saya dan Nasrudin. Sepertimana difirmankan Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik." Nasrudin dan saya memang berbahas dengan baik dan manis.

Erti dialog

Tetapi "berdialog" bukannya bererti "tumbang dan setuju seratus-peratus dengan pihak lain". Apabila mengakhiri sumbangan saya terhadap dialog tersebut, saya menekankan lagi sekali bahawa saya tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Saya bersetuju dengan hak PAS untuk bersuara dan berdakwah, dan juga menghormati hujah-hujah yang dikemukakan.

Saya berikan analogi ini kepada pihak Pemuda PAS. Sekarang ini pihak Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis hak asasi banyak mengecam akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi mungkin satu hari kelak, PAS akan mendapat mandat untuk memerintah negara ini dan akan meluluskan undang-undang hudud. Apakah PAS akan membenarkan bantahan terhadap undang-undang hudud oleh pihak pembangkang, artis, wartawan dan aktivis? Apakah PAS akan akur jika sebilangan besar rakyat tidak mahukan undang-undang hudud?

Menurut Nasrudin, sudah tentu PAS akan mendengar suara rakyat. Katanya lagi, "Kami berpegang kepada prinsip yang didukung oleh khulafa ar-rashidun. Kalau kami betul, sokonglah kami. Kalau kami salah, perbetulkanlah kami."

Bagi saya, jawapan ini masih perlu dilihat dalam konteks sosio-politik tanahair secara keseluruhan. Sejak 8 Mac 2008, kredibiliti BN semakin merosot, dan pada masa yang sama saham PR semakin naik. Malah, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam pun sudah sanggup mengundi PAS demi menjatuhkan kerajaan BN. Dan tidak dapat dinafikan, kerajaan BN juga menggunakan pelbagai taktik kotor dan ganas untuk kekal berkuasa — lihatlah saja rampasan kuasa di Perak, penggunaan meriam air dan gas pemedih mata terhadap demonstrasi anti-ISA, dan sebagainya.

Dalam situasi kini, PAS dan rakan-rakan PRnya sudah nyaris-nyaris menawan puncak kuasa. Dan dalam keadaan seperti ini, memang mudah untuk mana-mana pemimpin politik dari kalangan mereka membuat pelbagai janji manis. Akan tetapi, kita juga perlu menumpukan perhatian kepada pendirian lain yang dibawa oleh parti komponen PR.

Dalam kes PAS, kita perlu mengkaji pelbagai kenyataan para pemimpinnya tentang isu hukuman sebat, pelaksanaan undang-undang hudud, isu pertukaran agama kanak-kanak, pihak yang tidak bersetuju dengan tafsiran Islam PAS, dan juga mazhab minoriti seperti golongan Ahmadiyah. Apakah pendirian PAS dalam isu-isu ini konsisten dengan sistem demokrasi dan masyarakat madani yang ideal?


Menyuarakan pendirian masing-masing (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)

Kesanggupan kita untuk berdialog bukannya bererti kita berhenti bersifat kritikal antara satu sama lain. Selagi kita bersikap kritikal, selagi itulah masyarakat kita akan menikmati satu sistem semak dan imbang yang kukuh dan berprinsip. Dan selagi itulah kita akan dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar menghormati perasaan dan pendirian semua pihak yang terlibat.

Oleh itu, amatlah penting jika PAS terus menyuarakan pendiriannya tentang pelbagai isu, dan berikhtiar untuk menyebarkan ideologinya di kalangan umum. Sumbangan PAS terhadap perkembangan demokrasi tanahair kita sangatlah besar. Akan tetapi, kita yang lain pun perlu menyuarakan pendirian kita dan menyumbang kepada perbincangan umum tentang pelbagai isu kemasyarakatan.

Kesimpulannya, kita masing-masing mengidamkan keamanan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Pada penghujung dialog saya dengan Nasrudin, kami saling berpeluk dan bersalaman. Saya dapat merasakan keikhlasannya dan saya pasti dia juga dapat merasakan keikhlasan saya. Hakikatnya kami tidak bersetuju dalam beberapa hal, tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Ziarah Kasih
al malaki 0 Komentar

Salam. Isnin 14 Sept '09 bersamaan 24 Ramadhan 1430. Jemaah DPP W.Maju telah mengadakan 'Ziarah Kasih' terhadap Ketua Lajnah Kebajikan iaitu Sdr Lokman Tahir @ Muda yang telah mengalami demam yang agak serius. Atas dasar semangat jemaah, dengan diketuai oleh Pengarah Unit AMAL W.P merangkap Timb. Ketua DPP W.Maju, kami telah melawat Lokman di kediamannya.

Setelah selesai menunaikan solat terawikh di Madrasah Nurul Muttaqin, kami bergegas ke kediaman Lokman. Kami seramai 13 orang disertai juga oleh 2 orang Unit AMAL W.P telah disambut dengan senyuman oleh Lokman dan adik-adiknya. Untuk pengetahuan, 2 adik Lokman juga bergerak dengan DPP W.Maju iaitu Zainuddin dan Ibrahim.

Ceria menerima kunjungan jemaah

Ternyata kunjungan kami dapat melegakan sedikit masalah kesihatan yang dihadapi beliau. Nampak segar dan ceria beliau melayani kerenah jemaah. Dan beliau sempat menyediakan sedikit juadah untuk kami. Doa kami moga Lokman akan cepat sembuh agar dapat kembali ke pangkuan jemaah.....amin


Kemeriahan terserlah


Menjamah hidangan yang terhidang

Gurau senda memenuhi ruang masa


Wallahualam

14 Sep 2009

PANDANGAN TUN DR. MAHATHIR DIJANGKA TEPAT
chedet14 Sep 2009 1 Komentar

Pandangan Dr M tepat: Pas

KUALA TERENGGANU – Pas menganggap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan mengalami nasib seperti parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun sebagai suatu pandangan tepat.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tidak mustahil UMNO dan BN akan tumbang sebagaimana parti LDP, selepas lebih 50 tahun parti berkenaan memerintah di negara matahari terbit itu.

Menurutnya, lebih jelas apabila beliau melihat sokongan rakyat dalam lapan pilihan raya kecil di negara ini semakin berpihak kepada pembangkang dan sokongan rakyat terhadap pembangkang tidak berganjak walaupun pelbagai isu berlaku di negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

“Kita menyedari UMNO dan BN menghadapi masalah krisis keyakinan paling teruk ketika ini ditambah dengan masalah dalaman MCA, MIC dan Gerakan sehingga terpaksa menggunakan isu perkauman bagi menarik perhatian rakyat.

“Perkara ini sebenarnya tidak pernah berlaku dalam politik negara dan apa yang Dr Mahathir katakan adalah tepat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Dr Mahathir kelmarin berpendapat UMNO dan BN mungkin akan mengalami nasib sama seperti LDP di Jepun yang ditolak rakyat negara itu setelah memerintah negara tersebut lebih 50 tahun.

Dr Mahathir berkata, situasi politik yang berlaku dalam UMNO dan BN dilihat seakan-akan mengikut jejak langkah Jepun dan tidak mustahil pilihan raya akan datang, fenomena yang sama turut berlaku dan berpendapat BN hanya boleh diselamatkan jika prestasi pembangkang lemah.

Dr Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Terengganu berkata, kenyataan Dr Mahathir berhubung perkara itu disifatkan sebagai amat berani.

“Kita mengucapkan terima kasih atas pandangan berani itu walaupun beliau tidak lagi memimpin kerajaan,” katanya.

Menurutnya, PR kini sedang memperkukuh kedudukan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Katanya, komponen parti PR bukan sahaja akan mengekalkan empat negeri yang diterajui pembangkang, malah dengan kekuatan dan kepercayaan yang ada, beliau yakin PR mampu menawan Malaysia.

http://sinarharian.com.my

Utusan Akhbar Perkauman
chedet 0 Komentar


Zalim: Jabatan Kebajikan Masyarakat Menolak Permohonan Bantuan Anak Orang Kurang Upaya Kerana Tandatangan Wakil Rakyat Pembangkang
chedet 0 Komentar

KUANTAN - Apa sudah jadi dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya. Sebelum ini Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh (foto) pernah mengadakan satu pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob di pejabatnya. Dalam pertemuan yang mencetuskan "kontroversi" itu, MB Pahang dilaporkan akan memberi kerjasama yang sebaik mungkin kepada wakil rakyat terbabit dalam hal-hal yang berkaitan dengan rakyat di kawasan parlimen Kuantan. Janji itu juga turut diluahkan oleh dua orang ADUN dalam kawasan parlimen Kuantan yang berstatus Exco iaitu YB Shafik Fauzan (ADUN Inderapura) dan YB Wan Adnan Wan Mamat (ADUN Tg.Lumpur) dalam pertemuan singkat yang turut diadakan pada hari yang sama.

Namun kini segalanya tinggal kenangan semata-mata. Janji manis yang pernah diucapkan ternyata "omongan kosong" yang hanya "indah khabar dari rupa". Ianya berkaitan tindakan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang secara "jujur dalam paksa" menolak semua permohonan anak-anak orang kurang upaya (OKU) yang mendapatkan bantuan dari beliau, hanya kerna beliau adalah wakil rakyat pembangkang. Laporan ini telah disiarkan dalam Sinar Harian Pahang :-



Menurut YB Fuziah, beliau amat kecewa apabila niat murninya untuk membantu permohonan tersebut ditolak bulat-bulat oleh pihak JKM. "Ini amatlah merugikan, borang yang sudah ditandatangani oleh saya dikatakan tidak laku kerana saya YB pembangkang. Malah pegawai di jabatan terbabit juga turut menegaskan akan menolak borang bantuan tersebut kerana tandatangan beliau dikatakan tidak sah. Malah pemohon telah diberikan borang baru dan diminta mengisikan semula borang berkenaan serta mendapatkan tandatangan dari wakil rakyat dari Barisan Nasional" katanya.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh YB Fuziah Salleh dalam sessi perbahasan parlimen pada hari Khamis lalu. "Saya telah mempersoal dan mahu mendapatkan penjelasan daripada Puan Shamsiah iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang. Namun, beliau secara jelas mengatakan arahan tersebut adalah daripada pihak kementerian sendiri. Pada hari yang sama pegawai khas saya, Saudara Sim Chong Siong telah pergi ke pejabat JKM Pahan dan membua kenyataan media berhubung hal ini" tambah beliau lagi. Kami difahamkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan iaitu Encik Hamizan turut mengakui kebenaran berkenaan tandatangan wakil rakyat pembangkang sememangnya tidak sah.

Di mana mufti?
al malaki 0 Komentar



Salam. Saya pun pening dengan puak-puak ni. Agama dipermainkan. Mereka kata PAS menggunakan agama untuk politik tapi yang ni ikut Al Quran dan hadis ke? Kemana pergi mufti-mufti satu Malaysia? Tak kan tengok je. Bersuara la sikit. Kalau kena pada PR, bukan main lagi keluar fatwa. Mana dia ulama janggut merah?

13 Sep 2009

Ujian
al malaki13 Sep 2009 0 Komentar

Ahad 13 Sept '09 bersamaan 23 Ramadhan 1430


Ujian menimpa seorang daripada jemaah DPP W.Maju iaitu Saudara Amri yang mana rumahnya yang beralamat di Blok A10, Taman Melati telah mengalami kebocoran akibat hujan lebat serta angin yang kuat pada sebelah awal pagi. Akibat daripada peristiwa itu, atap rumah sebanyak 2 keping telah diterbangkan angin. Penyewa yang mendiami rumah tersebut segera menghubungi Amri supaya datang melihat akan kebocoran tersebut. Dengan ditemani oleh Shukri, Amri telah datang melihat sendiri kerosakan itu.



Rumah beliau berada di aras 5 yang merupakan aras paling atas sekali.


Melakukan sesuatu untuk mengurangkan kesan bocor sementara menunggu kehadiran tukang profesional
Di lihat daripada bawah

Tukang Pro sudah mari...
Kami jemaah DPP W.Maju berdoa agar Amri sabar dengan ujian yang menimpa.....Amin
Wallahualam

Sumbangan Ramadhan Dewan PEMUDA PAS Wangsa Maju
al malaki 0 Komentar

Sabtu 12 Sept '09 bersamaan 22 Ramadhan 1430 Lajnah Kebajikan Dewan PEMUDA PAS yang diketuai oleh Saudara Ghafur telah mengadakan Program Sumbangan Ramadhan di sekitar kawasan W.Maju. Ini adalah hasil daripada wang sumbangan yang telah dikutip dikalangan jemaah Dewan Pemuda Pas Wangsa Maju sebelum ini. Di tambah dengan sumbangan daripada individu berupa 15 beg beras 5 kilo.

Program bermula jam 0900 dengan jemaah dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Ketua Lajnah Tarbiah ,Ust. Maksum dan kumpulan kedua diketuai oleh Naib Ketua DPPWM, Sdr Mahadzir . Seramai 15 keluarga dikalangan , fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya yang kurang bernasib baik telah dipilih untuk menerima sumbangan ini.

Semua penerima adalah penduduk didalam kawasan Parlimen Wangsa Maju kecuali En. Mohd Dzon Akhirom B. Awalluddin yang menetap di PPR Sri Semarak yang merupakan kawasan Parlimen Setiawangsa. Ujian yang ditanggung oleh En Mohd Dzon Akhirom ini terlalu menyentuh hati kami. Dua dari lima orang anaknya menghidap Penyakit Talisimia iaitu kurang darah merah. Perbelanjaan beliau setiap bulan untuk perubatan sahaja hampir RM1500.00 sebulan. Sedangkan bantuan yang diterima dari pihak yang berwajib amat menyedihkan. Tambahan beliau hanya memandu teksi untuk menyara hidup.



En.Mohd Dzon Akhiron menerima bantuan sumbangan drp Ust.Maksum


Program dijalankan meliputi kawasan disekitar Parlimen Wangsa Maju iaitu di Kg. Setia Jaya, Kg.Wira Jaya, Danau Kota, Flat PPR Sri Tioman, Flat PPR Sri Kedah, Flat PPR Sri Langkawi, PPR Gombak Setia dan kawasan Taman Melati. Program berakhir pada pukul 1230

Pn.Madeah menerima sumbangan drp En. Mahadthir

Menyantuni Pn. Madeah yang serba kekurangan

Bertemu En. Sofian yang buta mata tapi hatinya celik

Ust.Maksum menghulurkan bantuan yang tak seberapa sekadar untuk meringankan

IR Hairul menyempurnakan pembahagian sumbangan kpd yang tidak bernasib baik

Sumbangan yang diberi berupa sekampit beras 5kg dan sedikit wang tunai. Walaupun serba kekurangan tapi kami jemaah Dewan PEMUDA PAS Wangsa Maju berpuas hati dapat menyampaikan sendiri hasil kutipan sumbangan dikalangan jemaah kami. Moga-moga Allah swt meredhai kami.....amin

Wallahualam


Hadiah Raya terhebat UBN
k.penerangan 0 Komentar


Menjelang berakhirnya Ramadhan dan datangnya Syawal ini pasti menjadi satu detik paling bersejarah bagi rakyat Malaysia terutama kakitangan kerajaan. Harapan yang diletakkan terhadap kepimpinan DS Najib agar dapat membantu meringankan beban ternyata dibalas dengan menambah beban dan sakit di dada. Sakit hati bila harga minyak yang telah diumumkan pada May lalu dengan selamba dan rasa tidak bersalah dinaikkan belum hilang bantuan khas pula datang menyucuk ke dada. Inikah balasan yang terbaik dan pembuktian oleh UBN bahawa ekonomi negara dalam landasan pemulihan? Jika ini dikira indikatornya, maka UBN meletakkan Malaysia lebih rendah dari negara Somalia atau negara dunia ketiga yang mundur.


Negara Pengeluar Minyak


Sebagai sebuah negara yang mempunyai sebuah syarikat minyak yang hebat dan termasuk dalam senarai Fortune 500, saya masih tertanya-tanya apakah nikmat atas segala anugerah ini? Dalam laporan kewangan Petronas melaporkan bayaran Royalti, dividen dan cukai petrol kepada kerajaan Malaysia dibayar begitu banyak berjumlah puluhan billion setahun namun rakyat tetap dikenakan bayaran yang tinggi untuk mengisi minyak!!!!
Kedudukan Petronas sebagai syarikat keenam dalam ranking syarikat-syarikat minyak dunia hanya boleh dibanggakan diatas kertas sahaja sedangkan rakyat marhain masih hidup dalam kesempitan dan kesusahan sehingga masih ramai yang merempat.
Sebagai rakyat pernah kah kita terfikir bahawa negara-negara yang mempunyai simpanan minyak menjaga rakyatnya dengan menurunkan harga minyak negara kerana merasakan bahawa rakyat adalah satu amanah yang perlu dijaga sebaiknya.
KENAIKAN MINYAK 5 SEN DAN 25 SEN
UBn jelas bertindak bijak kali ini dengan menaikkan harga minyak yang baru diperkenalkan RON95 5sen dan mengurangka pump untuk RON 97, sehingga rakyat tidak banyak melenting kerana masih boleh mengisi minyak dengan kadar RM1.80 sedangkan kualiti minyak tersebut lebih rendah dari minyak RON 97 yang dinaikkan kepada RM 2.05(janji asal RM2.00).
Kenaikan harga minyak ini diulaskan oleh Menteri KDN HEP bahawa akibat harga minyak dunia naik kepada USD 80 per barrel persoalannya ialah dia tinggal di dunia mana? kerana harga minyak dunia hanya berlegar disekitar USD 68 -71 perbarrel... Adakah dia berbohong di bulan Ramadhan yang mulia ini @ dia tersalah tengok harga minyak pada tarikh yang salah???
Pelik kan tindakan Pak Menteri? Lagi pelik apabila PM sendiri berkata bahawa dia akan menyediakan kertas kerja bagi menjawab kepada rakyat kenapa harga minyak ini perlu dinaikkan?? Kenapa pelik?? Sebabnya, inilah satu-satu kerajaan yang buat dulu baru fikir kemudian... Sepatutnya kertas kerja dibentang dahulu baru harga minyak dinaikkan tetapi sekarang ini, naik dulu bentang kemudian. Gambar mudahnya, kita dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tiada kerangka kerja yang efektif dan tiada matlamat dan halatuju yang jelas, kerana semuanya boleh diputuskan dahulu kemudian baru bincang, baru buat kajian, baru bentang pada kabinet. Sebab itulah kita kehilangan Pulau Batu Putih!! sebab pemimpin kita sangat lemah mentadbir...
Bantuan Khas Rm500 bagi dua kali
Apalah malangnya nasib kakitangan kerajaan Malaysia, sering dijadikan kambing hitam oleh kerajaan atas kegagalan mereka dan kini hak untuk mendapat bonus dinafikan dengan penuh selamba oleh Najib Mongol...
Hanya kakitangan sokongan yang terima, bak kata kawan sayamereka diberi sebab mereka sentiasa menyokong kerajaan sebab nama mereka kakitang sokongan!!! Bukan menghina mereka tetapi rasa sedih sebab rakyat terus diperbodohkan oleh UBN dengan sewenangnya.
Hasil satu kajian menunjukkan bahawa Professional di Malaysia merupaka professional paling malang kerana jika dibandingkan gaji mereka Di Asia, Malaysia merupakan ketiga apling rendah Professional dibayar gaji, malah India juga diatas Malaysia.. Inilah satu gambaran jelas bahawa UBN sememangnya memandang rendah pada rakyat Malaysia semuanya.
Akhir kata sekali lagi mari kita ucapkan terima kasih kepada UBn yang langsung xmahu dengar rintihan rakyat.
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.