KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah mencabar mana-mana pihak bagi mewujudkan ketegangan dalam demonstrasi menentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) esok, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub."Saya hendak mengulas kenyataan polis semalam bahawa dua kumpulan saling cabar-mencabar. Saya tidak tahu (perkara itu).
"Saya rasa, sepanjang sidang media, ceramah atau sebarang sebaran yang kita keluarkan atas nama GMI, kami tidak pernah menggunakan kata-kata yang mencabar mana-mana pihak.
"Jadi tidak timbul masalah mengatakan kedua-dua pihak ini saling cabar-mencabar," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, dipetik dari Malaysiakini.
Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.
Sambil menayangkan laporan Berita Harian hari ini yang berjudul 'Dua kumpulan saling mencabar', Salahuddin berkata, berdasarkan rekod terdahulu, pakatan pembangkang mempunyai pengamalam menganjurkan perhimpunan aman.
Tambahnya, ia terbukti dalam perhimpunan menuntut pilihanraya bersih pada November 2007 dan perhimpunan menuntut pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Mac lalu.
Salahuddin mengulas kebimbangan polis terhadap kemungkinan berlaku ketegangan dalam demonstrasi esok akibat provokasi daripada dua kumpulan berbeza � GMI dan kumpulan penyokong akta itu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini dilaporkan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, sudah wujud unsur hasutan dan provokasi di antara kedua-dua kumpulan terbabit.Sebagai pemimpin kanan PAS, Salahuddin juga menjamin perhimpunan esok akan berlangsung secara aman kerana ia telah dirancang sejak setahun lalu.
"Saya sebagai chief commander ingin perjelaskan bahawa himpunan esok akan diadakan secara aman. Notis ini telah kita berikan kepada rakyat Malaysia enam bulan lalu. Image
"Kalau ada pihak kata kita sengaja cari sebab bertembung dengan kumpulan satu lagi (Pewaris dan pro-ISA), saya ingin katakan, kita merancang program ini setahun lalu," katanya.
Pemimpin atasan Pakatan Rakyat, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan menyerahkan "deklarasi rakyat" kepada pihak Istana Negara.
Perarakan ribuan penyokong pembangkang dan 83 NGO bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menganjurkan perhimpunan itu, bergerak mulai jam 2 petang dan dijangka sampai sejam kemudian di Lebuh Raya Mahameru.
Sementara kumpulan penyokongnya pula akan berhimpun di Padang Merbok, sebelah Bank Negara, dan Pasar Seni pada masa yang sama sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan kemudian ke Istana Negara bagi menyerahkan memonrandum kepada Yang di-Pertuan Agong.- azm
















MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA
Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain. Timbalan Pengerusi 3 Unit Amal Pusat, Syaripuddin Mat Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas.
ADUN Permatang Pasir, YB Datuk Hamdan Abd Rahman diberitakan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi tadi. Beliau merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang yang berjaya mempertahankan kerusi itu 3 sesi berturut-turut.




Weekend baru ni, saya rasa berbangga sangat-sangat. Entah mcm mana, perjalanan hidup mentakdirkan saya termasuk ke dalam senarai VIP (dari tempat kerja) dijemput bersama-sama dgn VIP-VIP drpd syarikat-syarikat MNC yg tersohor di Negeri Kedah ini, untuk hadir ke suatu majlis rasmi yang melibatkan YAB MB Kedah.
Lim Guan Eng dilaporkan akan ditahan oleh polis kerana 'mengganggu sensitiviti kaum' dengan bertanya mengapa Darshan Singh yang beragama Islam mengekalkan nama Hindunya. Dahsyat betul. Tanya aje kena tangkap. Supaya adil, saya masukkan sama keratan news tu.
Penulis teringat fatwa sesat yang dikeluarkan suatu ketika dahulu bahawa ibu tunggal halal melacur kerana DARURAT! Justeru, mungkinkah Mahitah akan berjumpa tunang mendiang Teoh untuk menjelaskan kepada beliau bahawa selaku ibu tunggal, tiada salahnya beliau melacur? Mari lihat misteri fatwa-fatwa Mashitah:





Satu lagi strategi yang bakal di gunakan bagi menghalang Perarakan GMI ke istana negara. Ternyata kerajaan umNo gagal menyekat kebangkitan rakyat. Sekatan dan halangan yang dilakukan hanya menaikkan semangat untuk digandakan himpunan tersebut.


