30 Jun 2009

Gambar DPPWM :Mini Karnival
chedet30 Jun 2009 0 Komentar

NISA WANGSA MAJU dengan kerjasama DPPWM telah berjaya membantu KAFA Kg Setia jaya dalam penganjuran MINI KARNIVAL SUKAN KAFA KG SETIA JAYA. Acara penuh keceriaan dan kemeriahan ini berlangsung bermula dari 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari 21 Jun 2009 yang lalu. Berbagai acara menarik yang disediakan antara nya acara Explorace untuk remaja 10 tahun keatas, sukaneka dan pertandingan mewarna untuk anak- anak 6-9 tahun. Tidak ketinggalan juga acara untuk Muslimin , dam aji dan dart. Acara untuk muslimat disediakan permainan batu seremban dan congkak.

Acara kemuncak yang diadakan dalam Mini karnival ini ialah Tarik tali untuk muslimin dan kukur kelapa untuk muslimat mendapat sambutan paling meriah.
Acara yang melibat penduduk Kg Setia Jaya bersama ahli- ahli DPPWM dan Nisa Wangsa Maju ini berlangsung dengan penuh keriangan bertujuan untuk mendekatkan ukhuwwah sesama muslim.
(lagi berita kat sini)

MAAF !! Bahasa untuk artikel dibawah , tidak menggunapakai bahasa melayu yang betul. Sekadar bahasa santai...

Setelah hilang sabar menunggu gambar mini karnival sukan DPPWM dari sdr Exco Al Melakae, maka ana dgn kepakaran mencetak gambar dari retina mata berjaya menukilkan gambar-gambar menarik sepanjang aktiviti yang diadakan pada 21 Jun lalu.
tahniah kepada semua petugas, peserta dan penderma serta penyibuk yang berjaya menggemilangkan acara Mini Karnival Sukan ini.

Pasukan "Retua" Kg Setia Jaya Memeras ugut tali opss silap .. memerah tenaga untuk memenangi acara tarik tali yang dilangsungkan melawan ahli- ahli DPPWM.
aksi dppwm sedang berentap dengan penduduk kg Setia Jaya
Acara kemuncak untuk Muslimat: Kukur kelapa. Percaya tak korang, orang KL pandai guna kukur kelapa dari orang - orang lain kat kampung.. heeeee

Anak-anak & remaja Kg Setia Jaya sedang menyiapkan tugasan Explorace.
Sudut menarik . Caya lah . Sapa yang tangkap gambaq nie? Aksi Remaja Kg Setia Jaya berentap dgn Retua Kg Setia Jaya.
Acara Dam Aji.. "Cepat pak Aji, Naik Aji lagi sekali"
Tersenyum paksa: Aksi ahli DPPWM menahan kentot.. opss silap sebelum beraksi menahan tarikan tali lawan.
Peserta Explorace sedang beramah mesra dengan belut.
Aksi Sukaneka Anak- anak KAFA kg Setia Jaya .
Mengira Markah: Acara Dart Lelaki.
Acara batu seremban untuk Muslimat. "ni nak lambung batu ke nak tiup kak?"Aksi Remaja yang dibuli Fasilitator dalam tugasan explorace.Last sekali dapat la hadiah.. YEEEaHHH

NAK TENGOK GAMBAR program DPPWM LAGI klik kat galeri dibawah header.

Isu tukar agama: Majlis Raja-Raja tangguhkan cadangan pindaan
chedet 0 Komentar

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas ini, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu, demikian menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke mesyuarat itu.


Menurut kenyataan itu, semua Raja hadir kecuali Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah; Sultan Kelantan diwakili Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra; Sultan Perak diwakili Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah; dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Pada 22 April lepas, kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa. BERNAMA-mStar Online-

29 Jun 2009

Tragedi Memali tidak boleh dimaafkan begitu saja
chedet29 Jun 2009 1 Komentar

oleh : Amin Iskandar

Tragedi pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang pada ketika itu dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohammad di Kampung Memali, tidak boleh dimaafkan begitu sahaja sehinggalah satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan oleh menyiasat kembali peristiwa ngeri pada 19 November 1985.

Insiden tersebut mengorbankan 14 penduduk kampung tersebut dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.

Peristiwa pembunuhan kejam kerajaan Barisan Nasional terhadap penduduk Kampung Memali itu walaupun telah lama berlalu masih belum diselesaikan kerana “pembunuh-pembunuh” tersebut masih lagi bebas sehingga hari ini dan keadilan masih belum dikembalikan kepada keluarga para Syuhada!

Isu ini telah melangkaui PAS dan telah menjadi satu isu Hak Asasi Manusia yang harus diselesaikan dengan segera! Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional harus memohon maaf dan membicarakan kesemua pelakunya termasuklah bekas PM, Dr. Mahathir dan bekas TPM, Musa Hitam.

Sehingga perkara ini belum diselesaikan, jangan bicara soal PERPADUAN!

27 Jun 2009

Takziah Kepada Yb Salahuddin Ayub, Aminudin Ayub dan Ghazaley Ayub
k.penerangan27 Jun 2009 0 Komentar

Rasa terkejut dan sedih apabila mengetahui akan pemergian ayahanda tercinta Naib Presiden PAS yang baru, YB Salahuddin Ayub. Saya tidak lah rapat dengan beliau kerana ketika menyertai Dewan Pemuda Pas Negeri Johor YB telah pun diangkat di peringkat pusat. Namun, saya agak rapat dengan adiknya iaitu Aminuddin Ayub, mantan Timb. Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor.
Allahyarham ayahda Pak Ayub ini sememangnya seorang yang tegas dan cerita yang saya masih ingat apabila ketika YB Salahuddin membawa Aminuddin menyertai PAS, ketika ditunjukkan sijil keahlian PAS, beliau telah menggoyakkan sijil tersebut.
Namun itu ketika Pas baru bertapak di Johor. YB Salahuddin masih berkebun di Tanjung Piai, tetapi selepas itu beliau telah menjadi salah seorang pendokong dan penyokong kuat PAS di Negeri Johor. Ketiga-tiga anaknya aktif di dalam Pas dan beliau sendiri acap kali kelihatan di ceramah-ceramah anjuran Pas walaupun jauh dari rumahnya.
Diharap YB Salahuddin, Amin dan Ghazaley tabah atas pemergian bapa tercinta dan saya mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan orang soleh.

KERAJAAN PERPADUAN DAN KERA TAJAAN BN
k.penerangan 0 Komentar

Muktamar kali ke 55 ini benar-benar menguji kredebiliti dan asas perjuangan PAS. Bermula dengan kemenangan besar pembangkang di Parlimen sehingga berjaya menafikan majoriti 2/3 BN sehinggalah idea penubuhan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS. Media pro BN yang selama ini cukup susah untuk menyiarkan kenyataan dari PAS tiba-tiba menjadi media yang rapat dengan PAS mengalahkan harakah suara rasmi Parti.

Setiap hari ditemuramah TGHH dan TGNA dan kenyataan di siarkan di muka depan!!! Bukankah akhbar-akhbar ini cukup susah hendak mengeluarkan kenyataan pemimpin pembangkang sebelum ini? Kenapakah tiba-tiba mereka berubah wajah melainkan mereka mempunyai niat buruk terhadap PAS. Sedarlah wahai rakan-rakan seperjuangan bahawa tulisan di akhbar yang cuba menggambarkan dua tokoh PAS berperang adalah sesuatu yang sememangnya rekaan kera-kera UBN yang sudah kehilangan modal untuk menyerang PR.

Lain yang disoal lain yang di tulis

Sikap akhbar tajaan UBN sememangnya boleh diagak kerana mereka sememangnya ingin menimbulkan keresahan dikalangan penyokong PAS. Tindakan mereka ini bertujuan menakutkan masyarakat bukan islam, dengan mengambarkan PAS ini tidak boleh di pegang janjinya dan boleh berubah setelah menang. Sikap jahat UBN ini sememangnya tidak boleh dinafikan hatta oleh pemimpin mereka juga.

Maksud TGHH mengenai kerajaan perpaduan ialah bukannya PAS masuk BN atau PAS bekerjasama dengan UMNO!!! Bukan itu, kerajaan perpaduan ialah kerajaan yang melibatkan semua parti politik yang mempunyai kerusi di Parlimen, BN mesti dibubarkan dahulu, PR juga. Dibentuk kerajaan hasil gabungan semua parti politik. Semuanya ada memegang jawatan dalam kabinet bergantung kepada kerusi yang mereka pegang. Semua AP boleh menyuarakan pandangan dan mengundi dengan bebas tanpa terikat dengan peraturan rimba BN(tidak boleh menyokong apa-apa usul pembangkang). Itulah hasrat TGHH.

Tetapi kenapa TGNA marah sangat jika inilah cadangannya? TGNA marah kerana soalan yang ditanya oleh wartawan berbeza dengan maksud kerajaan perpaduan. Pastunya TGNA marah apabila wartawan bertanya tentang cadangan kerajaan campuran PAS dan BN. Sebagai bekas AP pengkalan Chepa yang ditinggalkan keseorangan suatu masa dahulu, apabila 6 AP lagi meninggalkan Parti selepas kerajaan Campuran PAS-BN gagal pastinya TGNA wajar marah....

Perumpaan yang mudah ialah, apabila seorang bapa meminta untuk menumpang majlis kahwin anak orang lain dengan anaknya tanpa dia mengeluarkan sedikit modal!! Pasti tuan punya majlis akan marah dan naik angin... tapi jika si bapa mencadangkan agar majlis di buat bersama dengan kos ditanggung bersama dan bahagian dibahagi bersama, pastinya tuan empunya majlis bersetuju kerana majlis anaknya akan nampak meriah dan lebih besar.

Itulah hakikatnya, apabila soalan wartawan menggambarkan seolah-olah ingin bergabung dengan UBN pastinya menimbulkan kemarahan TGNA. Cuba ditanya dan diperjelaskan seperti cadangan TGHH pastinya TGNA akan berlapang dada dan bersetuju kerana inilah cadangan seorang negarawan yang melihat kepentingan rakyat paling utama berbanding kepentingan individu.

Kesimpulan

Kepada rakan-rakan yang termakan umpan bodoh kera tajaan UBN, baiklah memikirkan semula apa yang ditulis. UBN ini adalah sama seperti Abi Jahal yang memang ingin melihat islam diinjak-injak. Kepada pimpinan PR yang tidak mengerti cadangan ini, eloklah mengkaji dahulu matlamat TGHH sebelum mengeluarkan kenyataan di akhbar tajaan UBN yang memang terkenal dengan sifat busuk hati dan lidah bercabang mereka.

26 Jun 2009

Kerajaan Belanjakan RM1 Juta Untuk Todt Sebagai Duta
chedet26 Jun 2009 0 Komentar


Kerajaan Malaysia hari ini membuat pengakuan telah memperuntukkan RM1 juta untuk bekas pengurus Formula 1 Ferrari, Datuk Seri Jean Todt sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun.Demikian dinyatakan oleh menteri Pelancungan Datuk Seri Ng Yen Yen di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak yang juga Naib Presiden PKR, Azmin Ali.Azmin telah meminta kerajaan menjelaskan urusjanji kerajaan mengenai perundingan dengan Todt bersama tunangnya Datuk Michelle Yeoh, seorang aktes Malaysia dengan mendakwa RM1 juta telah dibelanjakan untuk rakyat Perancis itu.Menteri berkenaan berkata satu juta di Eropah tidak mempunyai apa-apa nilai sekarang attkala mempertahankan perlantikan Todt.
Beliau menambah Jean Todt seorang yang amat dikenali. Beliau meyakini Malaysia. Todt mempunyai rangkaian luas dan dikenali pada peringkat antarabangsa.Azmin juga ingin tahu kebenaran dakwaan bahawa Todt dan tunangnya telah ditawarkan untuk memiliki tanah bagi mendirikan rumah mereka di di Pulau Besar di negeri Terengganu.
Yen yang juga Naib Presiden MCA menafikan dakwaan tersebut sebagai sebahagian dari urusjanji kerajaan dengan Todt dan menafikan Todt memiliki tanah di Terengganu.Azmin menyatakan beliau mempunayi dokumen untuk membuktikan kerajaan telah menawarkan tanah di Pulau Besar kepada Todt sebagai sebahagian dari perundingan perlantikannya sebagai duta pelancongan.
Walau bagaimanapun Azmin enggan untuk mendedahkan samada Todt ada membuat sebarang pembayaran untuk memiliki tanah berkenaan atau ianya diberikan secara percuma atau pada akadar diskaun.Azmin berkata beliau menunggu dahulu jawapan penuh dari kerajaan sebelum mendedahkan butiran tersebut dengan lebih terperinci.

ADUN Aulong failkan saman terhadap ADUN Jelapang
chedet 0 Komentar


ADUN Aulong didampingi oleh ADUN Pakatan Rakyat yang lain sedang menyampaikan kenyataan media

ADUN Aulong didampingi oleh ADUN Pakatan Rakyat yang lain sedang menyampaikan kenyataan media

ADUN Aulong failkan sama terhadap ADUN Jelapang

Ipoh, 26 Jun: ADUN kawasan Aulong, YB YewTian Hoe sebentar tadi telah menfailkan saman terhadap ADUN Jelapang atas kejadian di dalam Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 yang lepas.

Beliau yang diiringi oleh 7 orang ADUN Pakatan Rakyat hadir bersama dengan lebih 20 orang penyokong yang kesemuanya berpakaian berwarna hitam.

Dalam kenyataannya, YB Yeb menjelaskan ADUN Jelapang itu mestilah menanggung akibat dari tindakan pembohongan dan putar belit dengan mengatakan di tangannya adalah thumbdrive dan sesudah itu dikatakan pula keychain. Katanya ada rakaman yang jelas bahawa ADUN Jelapang itu telah menggunakan alat penyembur pemedih mata.

Ditanya berapakah tuntutan yang beliau minta, dia menjelaskan perkara itu diserahkan kepada peguamnya. Sambil memberi komitmen hasil dari tuntutan itu akan didermakan kepada OKU. Beliau juga menuntut YB. Hee Yit Fong untuk meletakkan jawatan.

http://idhamlim.blogspot.com

Hukum hudud dapat membanteras jenayah ragut di negara ini…
chedet 0 Komentar

kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras  jenayah ragut di negara ini - Malaysiakini

kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini - Malaysiakini

Hudud: Gerakan pandang berat kenyataan menteri

Gerakan memandang berat kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat, khususnya bukan Islam.

Menurutnya, satu aspek hukum hudud ialah hukuman memotong tangan penjenayah yang mencuri atau meragut beg.

Lim berkata, pindaan boleh dibuat terhadap undang-undang jenayah negara jika ia terlalu lembut untuk menangani peningkat kes jenayah.

Katanya, ia termasukkan jenayah ragut di mana mangsa diseret dari motosikal mereka, mengakibatkan tercedera dan ada yang terbunuh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun hanya umat Islam tertakluk kepada hukum hudud, tetapi anggota masyarakat lain merasakan ia tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Bagaimanapun, beliau gembira kerana kerajaan memandang berat terhadap usaha untuk membanteras jenayah kecil dan besar di negara ini.

http://www.malaysiakini.com

ALFATIHAH : Isteri Ketua PAS cawangan Setia Jaya
chedet 0 Komentar



Tanggal 1 Rejab 1430 bersamaan 24 hb Jun 2009, jam 4.20 pg, Allahyarhamah Puan Mujiah binti Abdul Hamid 59, telah dijemput mengadap Ilahi kerana mengidap kencing manis dan penyakit jantung. Allahyarhamah yang berasal dari Johor merupakan isteri kepada Ketua PAS cawangan Kg Setia Jaya yang juga AJK PAS kawasan Wangsa Maju Sdr Yusuf Bin Samad.

Sepanjang hayat beliau pernah menjawat jawatan ketua muslimat Pas cawangan Kg Setia Jaya selama sepenggal. Allayarhamah dikenali sebagai seorang yang cukup cekal dan gigih dikalangan penggiat kumpulan Marhaban muslimat disekitar Wangsa Maju dan Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan peraih undi yang aktif dalam menjayakan kempen-kempen Pilihanraya .

Menurut Sdr Yusuf Bin Samad,Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau di Jalan 2, Kg Setia Jaya Setapak setelah 3 hari dibenarkan keluar dari menerima rawatan di wad 25 Hospital Kuala Lumpur. Allahyarhamah meninggalkan seorang suami dan 3 anak 2 menantu serta 4 orang cucu.
Jenazah Allahyarhamah Puan Mujiah Binti Abdul Hamid selamat disempurnakan di tanah perkuburan islam Taman Ibu Kota Setapak menjelang Zohor 1 Rejab 1430.

Kami di DPPWM mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Sdr Yusuf bin Samad atas pemergian isteri tercinta dan mendoakan moga Allah menempatkan roh Allayarhamah bersama dengan para pejuang dan orang- orang yang solehah.

Takziah-malaysiakini



Al-Fatihah buat Allahyaram Ayub Bin Omar bapa kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahlli Parlimen Kubang Kerian iaitu Salahuddin Ayub yang telah pulang ke rahmatullah jam 11.45 malam tadi.

Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.

Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Tahziah diucapkan kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat.

Yuran Sekolah??? Allahuakbar!! Mana nak cekau!!
chedet 0 Komentar

Dipetik Dari SINI
Balik dari keje belum bukak kasut, anak teman dah hulur surat.. “surat dari cikgu” katanya…

Pulak? Ada mesyuarat PIBG ke?? Baru lagi rasanya..

Allah! Rupa-rupanya surat minta bayar yuran sekolah yang ditangguhkan hari tu!!

Dekat-dekat RM100 lebih gak nak kena bayor dalam masa terdekat nih!

Ya Allah.. bantulah aku nak cari duit sebanyak tu..

idak nanti mau malu anakku di sekolah nanti bila cikgu asyik tanya depan budak-budak!


sila klik gambar untuk besarkan..

Pedih Ulu Hati Umno
chedet 0 Komentar



Tak tahan dikerjakan oleh TGNA Pemuda Umno Kelantan terus lapor dan mengadu dengan polis. Selama berbelas tahun Umno hadiahkan TGNA dengan bertan lori 'najis', 'sampah' dan sebagainya tapi orang tua tu tetap rilek dan tenang. Takde emosi dengan sikap chauvinis mereka.

Tapi sekali TGNA balas backhand bukan smash terus menusuk ke kalbu puak gerombolan. Nipisnya iman Pemuda Umno Kelantan tak tahan ujian, setakat diuji dengan ayat simpel power TGNA terus sawan.

Kita faham lah itu semua gimik politik. Andainya Pemuda Umno tidak bertindak macam budak hingusan sudah tentu sebaliknya anggapan ramai terhadap mereka. Tetapi kenapa perlu melatah jika apa yang diperkatakan TGNA itu tidak benar. Biarkanlah apa pun yang TGNA perkatakan kerana mereka sekarang berada dalam zon perang PRK.

KOTA BARU, June 25 — Kelantan Umno Youth has lodged a police report against PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat for likening Umno to a deviationist teaching and communism.

State Umno Youth chief Anuar Safian said the remarks uttered by Nik Abdul Aziz on Sunday were seditious and could lead to tension among the people.

Speaking to reporters after lodging the report at the Kota Baru police station today, Anuar claimed that Nik Abdul Aziz had liken Umno to the Ayah Pin deviationist teaching and communism and that the party had rejected Islam.

Anuar was accompanied by about 100 Umno Youth supporters who carried placards denouncing PAS for forming a pact with DAP and Parti Keadilan Rakyat.

"The allegation has ridiculed the country's history and constitution as Umno upholds Islam and has brought development to the people," said Anuar, adding that Nik Abdul Aziz had angered and upset Umno members and the people. — Bernama


Aku nak tanya juga sepatah dua berkenaan poster kat atas ni. Siapa punya kerja? Sewaktu kempen PRU-12, Banner ini ditemui terpampang berhampiran Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor yang mana Tan Sri Nor Mohamad Yaakob adalah MP nya.

Komunis tolak Islam anti-Islam. Umno dah zahirkan yang mereka juga tolak Islam anti-Islam. Kesimpulannya? Anda Fikirlah Sendiri...

Sebenarnya Anuar Safian ambil kesempatan seposen dari situasi hangat PRK Manik Urai untuk mencipta nama. Maklum la dah lama sejak PRU-12 Umno Kelantan bungkus jadi tapai. Takut juga dia jadi macam Ketua Pemuda Umno Ganu si Mat Kerak yang kena 'kick' dari jawatannya.

Engkau buatlah Anuar apa yang patut. Berapa banyak laporan polis yang engkau nak buat pun lantaklah selagi kenyataan dan aktiviti sepanjang kempen oleh pihak yang bertanding tidak melanggar akta SPR takde hal.

Tapi jangan pulak engkau orang paling banyak laporan polis tetiba engkau orang yang kena tangkap duk edar kain pelikat..

The King of Pop is dead
chedet 1 Komentar



Alfatihah. Michael Jackson has died at the age of 50. Reports from the wires say he had a cardiac arrest at his Los Angeles home.

Michael, who became a Muslim last year, made his name as the youngest member of the Jackson 5. His sixth solo effort, Thriller, released in 1982, is the best-selling album of all time.

Selama ini Mahkamah tak pernah buat kerja…
chedet 0 Komentar



Oleh Amin Iskandar @ Black

Pagi tadi ke mahkamah untuk menghadiri salah satu perbicaraan kes Protes Harga Minyak. Seperti biasa, belum sempat perbicaraan dimulakan, mahkamah telah pun menangguhkan sesi tersebut ke hari esok diatas alasan Majistret “demam”. Tak mengapalah, kebanyakkan diantara kami telahpun bersedia untuk berdepan dengan perbicaraan yang panjang.

Mungkin, bila aku dah kembali ke Rahmatullah nanti, kes ni masih tak habis-habis.

Sebelum masuk kedalam mahkamah, aku dan dua orang lagi teman melihat begitu banyak banner yang berbunyi, “Buat Kerja” digantung merata-rata dihadapan mahkamah. Lihat gambar diatas sebagai contoh.

Lantas aku terfikir, patutlah banner “Buat Kerja” digantung, kes kami ni pun dah berkali-kali ditangguhkan sebelum perbicaraan sempat bermula.

Ertinya, selama ini mahkamah tidaklah menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang sepatutnya! Sebab itulah mereka semua memerlukan banner yang bertajuk “Buat Kerja” digantung merata-rata agar mereka dapat mengingati kembali bahawa mereka mempunyai banyak pekerjaan yang tertangguh!

25 Jun 2009

MINI KARNIVAL SUKAN KG SETIA JAYA
chedet25 Jun 2009 0 Komentar

Artikel asal oleh : NOR F nisaWM

21 Jun 2009 yang lalu, telah berlangsung Mini Karnival Sukan bertempat di Kg setia Jaya wangsa Maju. Karnival ini dianjurkan oleh KAFA Setia Jaya di Bantu oleh Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju dan Nisa’ Wangsa Maju . Antara matlamatnya adalah meraikan pelaja-pelajar KAFA dan mengumpulkan penduduk setempat dengan penyertaan aktviti-aktiviti sukan yang disediakan. Karnival yang bermula pada jam 9 pagi dengan perasmian dan sarapan pagi.

Kemudian acara Explorace untuk remaja lelaki dan perempuan yang berumur 10-17 tahun di mulakan. Explorace ini dijalankan di sekitar kawasan kampung dengan 7 pit stop yang di jaga oleh Fasi. Klu-klu di berikan kepada peserta dan tugasan yang pelbagai di sediakan di setiap pit stop. Sementara itu juga aktiviti kanak-kanak dan dewasa berlangsung di dewan dan luar dewan. Bagi meraikan kanak-kanak, aktiviti mewarna dan sukaneka di adakan. Bagi kategori dewasa pula permainan seperti dam haji, dart, batu seremban dan congkak.

Permainan ini mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dari penduduk setempat. 2 acara penutup karnival ini ialah acara kukur kelapa bagi kaum wanita dan tarik tali dari kaum lelaki. Karnival tamat dengan penyampaian hadiah-hadiah dan tayangan montaj nisa. Makan tengahari juga disediakan bagi mereka yang terlibat.Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Karnival ini.

Pemuda PAS Wangsa Maju mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan DPPWM disamping mencari ahli-ahli baru yang berminat menyertai DPPWM di masa akan datang di sekitar Wangsa Maju dan Kuala Lumpur.

(gambar kena tunggu EXCO masukkan)

beza isu najib-anwar.
chedet 0 Komentar

Beza Isu Najib & Anwar....!!!

http://4.bp.blogspot.com/_bFVmXyF2s4w/SbCJpqfjkdI/AAAAAAAAALw/6TnUbm0gov4/s400/ad-anwar-najib1.jpg

Beza anwar dengan najib ialah anwar saman balik, sampai la mahkamah tak nak bicara, saman khlid jafri,menang, tilam dan bulu yang bawa masuk mahkamah pun hilang entah ke mana, kesalahan anwar akhirnya bukan atas kes liwat, tapi kes ganggu urusan penjawat awam,kena 6 tahun.Kes dengan saiful pula ada laporan 3 pakar perubatan bahawa juburnya tak pernah ditusuk. Rakyat dengan fitrah akal dapat nilai sesuatu cerita tu fitnah ka betoi.

Najib pulak dah beberapa kali dicabar di parlimen untuk saman orang yang bawa berita ni..sampai la ni tak berani..bila dirunjukkan dalam mahkamah gambaq najib dengan altantunya, hakim pi larang pula... sampai lani diharamkan saja cerita tu disebut dalam ceramah2..kalau dah tak buat sungguh, saman la tengok...tanggungjawab mengemukakan saksi dalam kes najib ialah najib. Puak polis yang dituduh pula tutup muka bertahun lamanya di mahkamah...apalagi yang rakyat jadi bodoh ni,,,,hang lajadi bodoh..lani pula hang dok anggap kopiah, jubah serban tu hina dan memalukan..padahal tu semua sunnah nabi...jangan jadi sampai hina sunnah sudah laa..jatuh shahadah pula nanti...masuk neraka oooo tak dak sapamau masuk neraka. Seorang pemimpin mesti buktikan dia bersih dari segala tuduhan... dalam kes zina/liwat ada nas qit'i tentang bawa 4 saksi , dalam kes bunuh, syarat ni tak ada....diat (maaf oleh waris) ada disebutkan..jadi tanggungjawab menafikan tuduhan ini ada kat najib..hang jangan jadi tukang mengelirukan orang.

Mohamad Sabu dilantik TPJ Pulau Pinang
chedet 0 Komentar



TASEK GELUGOR, 24 Jun: Bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.

Turut dilantik ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Rosidi Hussain sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang. Manakala bagi jawatan setiausaha Fazhil Kerni dilantik semula.Bendahari disandang oleh Taqiudin Hamzah.Untuk jawatan Ketua Penerangan, Zulkiply Ishak daripada kawasan Kepala Batas turut dilantik.

Ahli Jawatankuasa yang turut dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Jamaludin Said dan Bukhari Ghazali.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man.

24 Jun 2009

UMNO TERTUNDUK MALU
chedet24 Jun 2009 0 Komentar

Oleh: Biaqpila



Pemimpin umno kata pas tunduk pada tekanan, dalam pada itu rakyat biasa pula kata umno tertunduk malu.Adakah dengan keputusan pas untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat boleh dikatakan tunduk pada tekanan? Apa ertinya sebuah ikatan jika tidak saling memahami antara satu dengan lain?Begitu juga pas yang bersetuju dengan keputusan yang disokong ketiga-tiga parti terbesar dalam pakatan.Adakah itu dikatakan tunduk pada dap atau pkr? Kenapa pemimpin umno bn ini masih jelous dengan kerjasama dalam pakatan yang amat sukar untuk umno bn buraikan?

Bolehkah melayu dikatakan penakut dalam masa yang sama yang lebih nampak ketakutannya adalah umno yang hanya mahu bergabung dengan pas.Semua orang yang sedar tahu bukan melayu yang takut,tetapi umno yang takut.Takut kehilangan kuasa.Hanya orang yang tak sedar atau separuh sedar saja yang mengatakan melayu takut.

Sudahlah tu umno,lupakanlah hasrat berudang di sebalik mee segera.Janganlah bikin malu lagi.Kini telah riuh di kedai-kedai kopi tentang seloka hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Simpan sajalah niat bergabung dengan pas kerana umno bn parti yang teguh sepertimana yang dilaungkan presidennya sebaik lamaran umno ditolak pas.Percayalah,seluruh rakyat Malaysia sedang tersengih melihat telatah umno dulu kini dan selamanya


Pas tunduk kepada tekanan – Shafie

KUALA LUMPUR 22 Jun – Orang Melayu kini mempunyai sebab yang jelas untuk bimbang mengenai kelangsungan pengaruh mereka selaku kaum majoriti.

Kebimbangan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (gambar) apabila, dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun parti Pas tunduk kepada tekanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sedih dengan senario itu, beliau berkata sikap tunduk pada DAP dan PKR seolah-olah menjadikan Melayu seperti golongan penakut.

“Kini rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Siapa pula hanya mementingkan kepentingan politik semata-mata.

“Patutkah kita tunduk kepada pihak lain dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. Adakah mereka akan tunduk sama dalam isu yang berkaitan kepentingan kaum mereka. Tidak, mereka sebaliknya bersatu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Malah, pakatan pembangkang hari ini menuduh idea tersebut yang sebenarnya dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO untuk menggugat kekuatan mereka.

Menurut Mohd. Shafie, Pas seharusnya tidak tunduk kepada DAP dan PKR kerana mereka merupakan sebuah parti yang kuat.

Ditanya mengenai tuduhan yang dilemparkan ke atas UMNO, beliau berkata, Abdul Hadi ikhlas semasa membuat cadangan itu dan UMNO memberi reaksi yang positif demi menyatukan orang Melayu.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak pakatan pembangkang berhubung isu itu dengan menegaskan UMNO bukan sebuah parti yang ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’.

“UMNO membuat reaksi demi bangsa dan negara dan tidak lebih daripada itu. Reaksi UMNO ikhlas berdasarkan cadangan Abdul Hadi.

“Tetapi nampaknya selepas wujud bancuhan serta tekanan, Pas tunduk kepada rakan mereka dalam pakatan walaupun idea itu demi kepentingan orang Melayu,’’ jelasnya.

Katanya, ketetapan yang diambil oleh pakatan pembangkang itu terbukti menunjukkan mereka tidak ikhlas.

Namun ujarnya, UMNO akan tetap mengingati cadangan Abdul Hadi itu sebagai sesuatu yang murni.

Bercakap mengenai perkara yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan memberitahu, beliau telah menjangkakan pakatan pembangkang akan menolak cadangan Pas.

Bagaimanapun, jelas Ahmad, Pas sebenarnya boleh berdikari dalam isu-isu utama jika ingin meneruskan perbincangan dengan UMNO.

“Pas mempunyai kekuatan sendiri dengan memiliki 23 kerusi di Parlimen serta menerajui kerajaan negeri Kedah dan Kelantan,’’ tegasnya.

utusanonlie

BAGUIHNYA Kerajaan BN.. Sanggup bagi makan Rakyat SONGKLA dari rakyat SENDIRI...
chedet 0 Komentar

oleh AnakKedah

[2009-06-23_125655.jpg]
jarak pelantar minyak antara 3 negeri..

[2009-06-23_130244.jpg]

Apa kah alasan Kerajaan BN bila Kerajaan Kelantan Tuntut ROYALTI MINYAK..??

Hentikan Penderaan
chedet 0 Komentar


PEMBANTU RUMAH ISLAM
HANYA UNTUK
KELUARGA MUSLIM

1. Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa simpati terhadap nasib buruk yang dialami oleh Pembantu Rumah Indonesia , Siti Hajar berusia 33 tahun .

2. Kisahnya bukan sekadar penderaan fizikal dan mental tetapi, beliau juga telah dinafikan hak untuk mendapat layanan sebagai seorang Islam dengan dipaksa memakan nasi kosong berlaukkan daging babi.

3. Kisah seperti ini sudah lama diperkatakan. Terdapat segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab telah melayani Pembantu Rumah mereka seperti hamba abdi.

4. Mereka tidak dibenarkan solat, puasa, dipaksa memakan babi dan diberikan bebanan kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diberi. Dalam kes Siti ini, majikkannya turut mengakui bahawa beliau tidak pernah membayar gajinya sejak tiga tahun lalu.

5. DPPP memandang serius kisah-kisah layanan buruk ini, begitu juga reaksi serius Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno yang mencadangkan untuk menghentikan penghantaran Pembantu Rumah dari Indonesia buat sementara.

6. DPPP melihat bahawa kini sudah sampai masanya pihak Kerajaan Malaysia mengambil pandangan NGOs dan umat Islam dinegara ini yang sebelum ini sudah pernah mencadangkan agar Pembantu Rumah Islam dari Indonesia atau negara lain hanya dibenarkan bekerja bagi keluarga muslim. Manakala bagi keluarga bukan Islam mereka dibenarkan bagi mengambil Pembantu Rumah bukan Islam dari negara Indonesia, Thailand dan Filifina.

7. Pandangan itu haruslah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi memastikan isu-isu penafian hak seperti dilarang bersolat, puasa, mendapatkan makanan halal selesai, tempat tinggal yang suci dari najis dan juga gaji yang berpatutan dapat diselesaikan.

8. Masalah ini jika tidak diselesaikan akan menimbulkan konflik agama dan juga antara negara khususnya Indonesia yang jelas merasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepada rakyatnya.

9. Kerajaan Malaysia harus malu jika umat Islam dari Indonesia terus diperlakukan sedemikian buruk tanpa apa-apa tindakan yang serius diambil sekarang.

10. DPPP mendesak agar Kerajaan memberikan hukuman yang berat terhadap majikan yang cuai atau sengaja mendatangkan kecederaan fizikal, mental dan akidah kepada pembantu rumah mereka.

Hj Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ]

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
chedet 0 Komentar

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

MEMAAFKAN KESALAHAN sifat mulia. MENGAKU KESALAHAN adalah tidak hina.
chedet 0 Komentar

oleh : Ustaz Yusuf Embong

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Kita adalah manusia biasa bukan Nabi.
Kita bukan Nabi, Nabi maksum(terpelihara daripada melakukan maksiat).
Kita tidak sunyi daripada salah dan silap termasuk tuan guru-tuan guru.
Kita manusia ada bermacam-macam kelemahan dan kekurangan.

Maka atas dasar itulah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun sentiasa memberi peluang untuk hamba-hambaNYA memohon ampun dan maaf.

Oleh itu jugalah agama menganjurkan kita agar MEMAAFKAN KESALAHAN saudara seIslam kita apatah lagi yang bergelar sahabat atau kawan seperjuangan.
Kita tidak hina kerana memaafkan kesalahan sahabat. Begitu juga kita tidak hina kerana mengaku kesalahan yang telah berlaku.
Sifat MEMAAFKAN KESALAHAN orang lain adalah antara sifat yang sangat mulia.

Imam al-Ghazali ada menyebut dalam kitabnya Bimbingan Mukminin bahawa keterlanjuran kawan di dalam agamanya boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat. Jika kawan itu terus tidak mengendahkan nasihat, maka menurut pendapat para salaf, hendaklah memutuskan perhubungan dengannya. Setengah yang lain berpendapat boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.

Adapun ketelanjurannya terhadap diri kamu meskipun membosankan, tiada diragukan lagi utamanya dimaafkan dan menanggung dengan penuh daya-upaya segala kesalahannya itu. Malah harus dibalas dengan cara yang baik, ataupun mengharapkan sesuatu keuzuran daripadanya, sama ada dalam waktu yang dekat mahupun jauh.

Ada orang berkata: Sewajarnyalah anda mencari alasan bagi keterlanjuran sahabatmu itu hingga 70 macam alasan (keuzuran). Andaikata jiwamu tiada dapat menerima alasan itu, maka jangan disalahkan orang lain melainkan dirimu sendiri. Katakanlah kepada dirimu ketika itu: Alangkah kerasnya hatimu itu. Sahabatmu mengemukakan keuzurannnya hingga 70 kali, kamu masih tidak mahu menerimanya Sebenarnya engkaulah yang tercela dan bukan sahabatmu!


Walau bagaimanapun sekalipun, bila seorang sahabat mengemukakan sebab-sebab keuzurannya, sama ada bohong apatah lagi kalau betul, maka hendaklah anda menerima keuzuran itu, sebab orang Mu’min yang sejati ketika dalam keadaaran marah, dia segera pula redha dengan alasan yang dikemukakan kepadanya. Dan kalau mesti marah atau benci pun, maka janganlah bersikap keterlaluan.

Allah telah berfirman:
عَسَى اللَّهُ أَن يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُم مِّنْهُم مَّوَدَّةً
“Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu dengan orang-orang yang kamu bermusuh-musuhan itu dengan kasih sayang.” (al-Mumtahinah: 7)
Sekian, terima kasih.

23 Jun 2009

Jiwa Besar Seorang Tok Guru
Ir Dr bin.harun23 Jun 2009 0 Komentar

Alhamdullillah, syukur kepada segala perancangan ALLAH swt ke atas hamba-hamba NYA
yg sentiasa menjadikan Rasullullah SAW sebagai ikutan dan panduan dlm menyelusuri
sunnah-sunnah perjuangan baginda SAW.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”

Panduan dan ikutan yg utama bagi umat adalah Rasulullah SAW, tiada penafian lagi.
Jelas setiap lisan dan sabda baginda adalah mustahil dari sifat dusta.
Namun, dengan mengambil contoh panduan dari sifat dan amalan para alim ulama' bukanlah menjadi satu kesalahan serta dosa. Sudah pasti tingkah laku dan amalan para ulama' itu bersanadkan kepada junjungan besar baginda Rasullullah saw.

Demikianlah sifat seorang pimpinan bergelar Tok Guru Nik Aziz. Sifat dan ciri2 kepimpinan ulama' jelas terpancar dari sosok tubuh beliau. Besarnya jiwa tok guru, tanpa ada rasa dendam atau megah dgn kedudukan, beliau dengan rendah diri boleh menarik balik kenyataan beliau terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS.

Tentu yg terafdhal dan menjadi adab adalah yg muda memohon maaf dari yg tua atau sang murid mohon ajaran dari sang guru. Dalam hal ini, tentu lah kenyataan dari Ustaz Nasha dilihat sebagai jalan penyelesaian dari kacamata org biasa.

Namun tindakan tok guru adalah tindakan yg bercerminkan Iman, bersuluhkan Quran. Dengan menolak segala sifat mazmumah dan mementingkan mahabbah sesama jamaah, tok guru mengeluarkan kenyataan tarik balik kata-kata beliau ke atas Ustaz Nasha sebelum ini.

Secara tidak langsung tindakan tok guru ini telah mengatup segala kata-kata nista yg dilemparkan kepada beliau oleh musuh-musuh yg sentiasa mencari peluang utk menjatuhkan kepimpinan ulama'. Semoga Allah tetap memelihara pejuang agama-Nya dari perancangan musuh-musuh Islam.

Dengan demikian, ketokohan, ketakwaan dan jiwa besar tok guru Nik Aziz wajar dilihat sebagai satu pengorbanan yg amat bernilai bagi para pendokong Parti Islam Semalaysia dan segala pandangan, pendapat, isi hati tok guru wajar diberi perhatian dan panduan dalam mengerakkan sebarang tindakan jemaah.

Marilah kita bersama menguatkan lagi saf dan kental pertahankan kepimpinan tok guru dalam mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini.

Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS
chedet 0 Komentar


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

19 Jun 2009

Cik Lee & Nik
chedet19 Jun 2009 0 Komentar

Cik Lee and Nik

14 06 2009

_SKF7759

Tok Guru called him Cik Lee and he called Tok Guru, as Nik. Cik Lee told Nik, this is his first visit to Kelantan. Nik told Cik Lee, he respected Singapore for its stands against corruption and its cleanliness. It is Islamic!


_SKF7874

Updated

Cik Lee and Nik spent almost 75 minutes in a closed-door meeting at the MB’s office in Kota Darul Naim.

Republic of Singapore Education Minister and Finance Minister accompany Cik Lee. During the greeting session when the media corps where allowed inside, Cik Lee chats with Nik in Malay Language.

_SKF8048

Later, after lunch, State Exco for Economic Planning, Finance and Welfare, Husam Musa and Cik Lee held a private discussion in a hotel here in KB. Afterwards Cik Lee and his entourage went for sightseeing in Kota Bharu under very minimal security.

Cik Lee is schedule to leave for Kuantan later tonight.

peguam ds nizar failkan rayuan esok
chedet 0 Komentar





Peguam Dato Seri Nizar akan memfailkan Rayuan Kes Menteri Besar Perak di Makhamah Persekutuan Esok.

Sama-sama kita berdoa agar Allah swt memudahkan kerja kita dan membantu para Peguam.Dan kita berharap ia akan diselesaikan secepat mungkin agar Perak ini kembali
ber MENTERI BESAR!!!

PAS umum calon Manek Urai 26 Jun
chedet 0 Komentar

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: PAS akan mengumumkan calon yang akan mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Nasir Daud berkata, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuat pengumuman tersebut.

"Insya-Allah kita akan umumkan di kawasan DUN Manek Urai lama. Kita nantikan sahaja bila tiba masanya, PAS akan umumkan juga calonnya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai.

Ismail atau Pak Su Wil memenangi kerusi berkenaan sebanyak lima kali.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang mempunyai empat kerusi DUN - Guchil, Dabong dan Mengkebang dan Manek Urai sendiri yang mana semuanya disandang wakil PAS sejak selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Sementara itu ketika ditanya mengenai calon yang akan mewakili parti itu di Manek Urai, Nasir berkata, senarai nama calon sedang diteliti dan dipertimbangkan oleh Jatawankuasa Pemilihan peringkat Negeri sebelum diputuskan oleh pimpinan tertinggi PAS pusat.

"Kita (PAS) telah panggil tujuh orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Harian PAS daripada 29 cawangan di kawasan Manek Urai. Setiap seorang daripada mereka dikehendaki menyenaraikan tiga nama calon yang dirasakan sesuai.

"Nama-nama yang dipilih itu akan dinilai oleh jawatankuasa pemilihan PAS peringkat negeri. Ini cara kita (PAS) mendapatkan maklum balas daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi," katanya.

Ditanya mengenai kriteria calon yang akan dipilih oleh pimpinan pusat Nasir berkata: "Calon tak semestinya orang tempatan... yang penting dia (calon) boleh menang dan disukai rakyat. Pimpinan pusat akan melihat faktor-faktor ini untuk pilih calon yang sesuai."

Jelasnya, parti itu juga akan mengadakan ceramah umum berkaitan pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 21 Jun ini.

manisnya ukhuwwah fillah
chedet 0 Komentar

sumber: http://yusofembong.blogspot.com/


SalamuLLAH 'alaikum sahabat-sahabat seagama, sejama'ah dan seperjuangan,

Terlalu banyak nikmat ALlah untuk dihitung bahkan tak terhitung oleh kita.

PERSAUDARAAN/UKHUWWAH ADALAH NIKMAT ALLAH

Di antara nikmat ALlah yang besar itu ialah nikmat persaudaraan-ukhuwwah kerana ALlah.
Bukan kerana harta,
Bukan kerana dia puak kita,
Bukan kerana dia sama bangsa dengan kita,
Bukan kerana dia menyebelahi kita,
Bukan kerana dia yang bantu kita TETAPI ikhlas semata-mata kerana ALlah dan mencari mardhatiLlah(keredhaan ALlah).

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara….Aali Imran = 103.

MANISNYA PERSAUDARAAN
حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاوَةَ الأِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لايُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ *

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai ALLAH dan RasulNya lebih dari-pada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana ALLAH, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka dicam-pakkan ke dalam api Neraka. *(Muttafaq ’alaih)

PERSAUDARAAN MEMBAWA KE SYURGA

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلا ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh ALLAH di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan ALLAH. Golongan tersebut ialah
(1)Pemimpin yang adil,
(2)Pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada ALLAH,
(3)Lelaki yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid
(4) Dua orang lelaki yang saling mengasihi kerana ALLAH iaitu kedua-nya bertemu dan berpisah kerana ALLAH,
(5) Lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada ALLAH!,
(6)Seorang lelaki yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan
(7)Seorang yang mengingati ALLAH di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya. *- Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

CINTAI SESEORANG KERANA ALLAH
Kita tidak mencintai dan mengasihinya kecuali karena ALLAH. Maksudnya adalah hendaknya hubungan antara seorang muslim dengan saudara muslim yang lain dilandasi dengan iman kepada ALLAH swt dan amal solih. Misalnya mencintai seseorang yang suka bersedekah, menikahi seorang wanita untuk melindungi dari godaan syaitan.
Bertambahnya kecintaan bukan karena mendapat keuntungan material dan ber-kurangnya cinta bukan karena tiadanya manfaat dunia yang diperolehi, namun ukurannya adalah iman dan amal solih.

Semoga kita terus mengankat tangan berdoa agar ALlah sentiasa mempertautkan antara hati-hati kita. tk..

10 ahli parlimen PAS tolak kerajaan perpaduan
chedet 0 Komentar

Malaysiakin

Sepuluh ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan - mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.


Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."


Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen.


Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Terima tawaran AJK: Mat Sabu tentukan hari ini
chedet 0 Komentar

PETALING JAYA: Tn Hj Mohamad Sabu, calon Timbalan Presiden PAS yang tewas pada pemilihan awal bukan ini, akan mengumumkan pendiriaanya berhubung tawaran dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, hari ini.

Beliau berkata, terlalu sukar baginya untuk membuat keputusan mengenai tawaran tersebut kerana perlu memikirkan banyak perkara.

"Esoklah... esok (hari ini)saya jawab," katanya kepada mStar Online ketika duhubungi semalam.

Mohamad, bekas Naib Presiden PAS, memberikan alasan beliau memerlukan tempoh seminggu untuk berfikir sebelum membuat keputusan selepas Presiden PAS, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang mengumumkan pelantikan tersebut minggu lalu.

Selain Mohamad, seorang lagi calon Timbalan Presiden yang tewas dan dikaitkan dengan 'puak Erdogan' atau pro-Anwar iaitu Datuk Husam Musa turut dilantik sebagai AJK Pas Pusat.

DS TG Abdul Hadi sewaktu mengumumkan pelantikan berkenaan berkata, beliau yakin kedua-dua calon yang tewas itu akan menerimanya.

Patah Tumbuh Hilang Berganti
chedet 0 Komentar


"f_yakanUsai solat Subuh dan membaca al-Quran pada tanggal 20 Jamadil Akhir 1430, aku membuka dan membelek artikel-artikel yang didownload dari internet. Sudah menjadi kebiasaanku untuk download artikel dan membacanya di rumah berbanding duduk tercongok depan skrin di Cyber Cafe.

Aku tidak berapa menyukai suasana yang ada di kebanyakan CC di Syria ini kerana asap rokok yang terlalu banyak, sehinggakan bau rokok mudah benar melekat di pakaian. Setelah menahan mata sehingga ke Dhuha, lelapkan mata sekejap kerana tidur malam agak lewat akibat mengemas bilik. Tambahan pula waktu Subuh masuk awal sekarang, pukul 3.30 pagi lebih kurang. Kalau di Malaysia, confirm dapat pahala Tahjjud tu.

Dr.Fathi Yakan

Sesudah rehat sekejap, buka Yahoo Massenger dengan menggunakan perisian Yamee. Terkejut bila membaca mesej dari seorang muslimat yang minta kepastian dengan maklumat kematian Dr Fathi Yakan. Katanya, dia mendapat maklumat dari sahabat-sahabatnya yang belajar di Lubnan. Aku terus berfikir, kat mana nak cari kesahihan maklumat tu? Terus teringat beberapa link yang aku buat di blog, antaranya laman web Ikhwanul Muslimun. Aku buka satu persatu. Laman web Ikhwan Mesir… failed. Laman web Ikhwan Syria…. failed. Aih, bila pula web ni disekat. Dulu tak disekat pun. Kerajaan Syria memang terkenal dengan kerja menyekat laman-laman web yang mereka anggap mengancam mereka. Youtube dan blogspot memang lama dah disekat di sini. Sesiapa yang nak buka juga, kena guna software lain untuk musnahkan proksi yang menyekat tu. Actually, software ni tak dibenarkan. Tapi kami main redah je. Last sekali baru buka laman web Ikhwan Jordan. Alhamdulillah dapat pengesahan. Tapi rasa sedih dengan kehilangan butir permata yang amat berharga.

Maza Yakni menyohorkan Almarhum

Ketika mula mengenali dunia tarbiyyah di sekolah menengah dulu, buku Maza Yakni adalah antara yang mula-mula aku kenali. Buku ini sememangnya menjadi rujukan asas usrah di peringkat mana sekalipun dan oleh pertubuhan Islam mana sekalipun. Nama Fathi Yakan pada waktu itu aku anggap sebagai seorang Sheikh yang telah lama meninggal dunia sebaris dengan ulama’-ulama’ silam lain seperti as-Syafie, al-Ghazali dan sebagainya. Akan tetapi apabila mengenailinya dengan lebih rapat, aku terkejut rupa-rupanya beliau asalnya adalah seorang engineer. Tetapi dengan kemampuan yang dia ada, dia mampu untuk memahami Islam dengan baik dan memimpin gerakan Islam di Lubnan yang amat unik cabarannya.

Buku Maza Yakni Intima’i Lil Islam (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) telah diterjemah kepada pelbagai bahasa lain dan digunakan di pelbagai peringkat usrah dan marhalah tarbiyyah. Bahasanya yang mudah memungkinkan semua golongan membacanya walaupun bahagian kedua daripada kitab ini agak berat sedikit. Bahagian pertama menceritakan asas-asas kehidupan seorang muslim. Bahagian kedua pula membawa pembaca kepada memahami kewajipan bekerja untuk Islam dan berada dalam harakah Islamiah. Beliau telah berjaya menyusun plot-plot buku ini dengan baik supaya pembaca tidak berasa ‘terkejut’ dengan maksud buku ini ditulis iaitu pembaca mesti memahami bahawa bekerja untuk Islam dalam entiti jemaah adalah wajib!! Moga Allah meneruskan aliran-aliran kebajikan dan pahala yang telah dibuat oleh almarhum melalui buku yang dikarangkan ini.

Fathi Yakan dan Pas

Sebenarnya almarhum dan pimpinan Pas mempunyai hubungan baik khususnya Tuan Guru Presiden dan Hj Mohd Sabu. Biasanya, sekiranya TGHH mempunyai urusan di Syria, beliau mesti menziarahi almarhum Dr.Fathi Yakan yang tinggal di Lubnan, berjiran dengan Syria. Malah, ketika TGHH menulis sebuah buku mengenai Palestin dalam bahasa Arab, almarhumlah yang men”taqdim”kannya. Tajuk buku ini ialah “ Palestin ; Min Qutta’it Toriq ila Kharitatit Toriq”. Buku yang dicetak pada tahun 2007 itu oleh Muassasah ar Risalah telah diedarkan di Timur Tengah. Dalam kalam muqaddimahnya, almarhum memuji tulisan Tok Guru Presiden yang ringkas dan padat selain kajian yang menunkukkan sebab sebenar masalah yang berlaku di Palestin.

DSC00322
“Palestin ; Min Qutto’it Toriq ila Kharitotit Toriq” oleh TG Haji Abdul Hadi Awang

DSC00321

“Abdul Hadi Awang Muhammad ; Presiden Parti Islam Se-Malaysia”

DSC00324
Perenggan terakhir kata-kata “taqdim” dari Fathi Yakan

Almarhum juga pernah mempelawa TGHH untuk membuat tesis Phd di universiti kendaliannya, Jamiah Jenan di Tarablus. Selain itu, pimpinan Pas yang menziarahi Lubnan biasanya akan pergi bertemu dengannya untuk beramah mesra. Begitulah rapatnya almarhum dengan pimpinan Pas.

Walaupun kita amat sedih dengan kehilangan mujahid ini, kita seharusnya yakin akan ada penggantinya. Perjuangan Islam akan dijaga oleh Allah s.w.t. Apa yang perlu kita buat ialah memastikan diri kita terutamanya sentiasa menyumbang untuk Islam. Seperti kata TGHH ketika membahaskan usul mengenai Palestin di parlimen awal tahun dulu, Islam tidak akan dimatikan dengan mematikan pemimpinnya. Sekiranya seorang Ismail Haniyeh dibunuh, 100 orang Ismail Haniyeh akan lahir (yang ni aku tambah sendiri). Perjuangan Islam ibarat tunas yang tumbuh sekiranya dahan itu dipotong. Satu dahan dipotong, banyak tunas yang akan tumbuh darinya. Bak kata orang kita “ Patah tumbuh, hilang berganti”. Al Fatihah untuk almarhum Ust Fathi Yakan rahimahullah.

p/s : Taqdim biasanya dibuat oleh orang yang dikenali dalam sesebuah negara ke atas sesuatu buku bagi memperkenalkan buku tersebut. Orang arab biasa buat seperti ini. Tak pasti nak gunakan istilah apa yang sesuai di Malaysia.

18 Jun 2009

Ustaz Halim tegaskan tidak pernah bincang kerajaan perpaduan
chedet18 Jun 2009 1 Komentar


KUALA LUMPUR, 17 Jun : - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Untuk makluman, Ustaz Halim berbahas hari ini dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2009.Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam.

Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.

Kenyataan Ustaz Halim kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, dilaporkan menyambut baik kesediaan Najib mengadakan perbincangan mengenai isu kerajaan perpaduan.

Katanya, merupakan reaksi serius pertama dari perdana menteri terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat bercakap bagi pihak PAS tetapi perlu membawa perkara itu kepada presiden dan pihak parti.

Namun begitu, katanya, PAS terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak.

Terdahulu, Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara semalam.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.

Harakahdaily.

Ini menyusahkan orang…biar dia masuk Umno seorang – TGNA
chedet 1 Komentar

Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk Umno senang, lebih baik..daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa…tiada moral kita panggil - TGNA

Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk Umno senang, lebih baik..daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa…tiada moral kita panggil - TGNA

LAPORAN LENGKAP, NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN MASUK UMNO

KOTA BHARU –Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus “perjuangkan” Kerajaan Perpaduan (UG).

Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nashanruddin terus berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah “merosakkan” perpaduan Pas sebelum ini.

Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan Pas dan menegaskan bahawa UG adalah boneka UMNO.

“Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka Umno, jika benar Nasharuddin setuju terus terang saya sebut lebih baik dia masuk Umno dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah…ini menyusahkan orang…biar dia masuk Umno seorang.

“Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk Umno senang, lebih baik..daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa…tiada moral kita panggil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, hari ini.

Sambil menyifatkan idea UG bukan dari Pas, sebaliknya ia merupakan pendapat individu tertentu sahaja.

“Kerajaan Perpaduan ni tidak pernah ada dalam agenda parti Pas selama ini dan ia juga tidak termasuk dalam perjuangan Pakatan Rakyat’”

“Jadi PR tidak tahu…Pas tidak tahu. Runding kerjasamapun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka Umno,”katanya.

Nik Aziz berkata, jika diwujudkan UG bermakna pemimpin DAP atau Pas juga boleh diangkat jadi Perdana menteri.

katanya, UMNO sekarang sedang berpesta berikutan Pas sudah masuk perangkap “Kalau wujud kerajaan perpaduan DAP atau Pas juga boleh jadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas sekarang bercelaru, manakala Pas dan PR juga bercelaru.

http://bypass308.blogspot.com

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.