29 Mei 2009

Pengerusi SPR: Apa cerita ni?
chedet29 Mei 2009 0 Komentar

Setelah Barisan kalah di kesemua empat pilihan kecil di Semenanjung Malaysia membabitkan tiga kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri, terbit daripada mulut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Aziz Yusof harapan beliau agar tidak ada lagi wakil rakyat yang meninggal dunia selepas ini

Kenyataan yang agak mengejutkan, lucu dan cetek ini besar kemungkinan lahir daripada perasaan ikhlas beliau yang tidak mahu melihat bosnya iaitu Umno dan BN terus dirundung malang demi malang di peti undi rakyat.

"Kita minta janganlah ada kematian wakil rakyat lagi tetapi kalau ada juga kematian kita tidak boleh persoalkan, pilihan raya kecil tetap perlu diadakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di sini hari ini.

Abdul Aziz mengulas kekerapan berlakunya pilihan raya kecil dalam tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu." - Utusan Malaysia


Ramai pihak yang mengutuk kenyataan bodoh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri itu yang dilihat tidak secucuk dengan tahap ilmu pengetahuan beliau yang tinggi dalam selok belok pentadbiran negera dan pengalaman lama sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan berstatus gaji JUSA.

28 Mei 2009

HANYA TINGGAL 14 TAHANAN ISA
chedet28 Mei 2009 0 Komentar

Hari ini, Ahad 10 Mei 2009, aku masih lagi dihujani panggilan telefon untuk mendapatkan pandangan tentang pembebasan 13 tahanan ISA yang terbaru. Setiap kali ada panggilan wartawan, aku akan rasa sebak dan air mata terus-menerus tumpah tanpa dapat dibendung. Nasib baik kami bercakap melalui telefon, jadi tidak perlu rasa malu melihat hidungku merah dan mataku yang sembab.

Dalam duka, ada rasa gembira. Duka kerana Abah Suhaib masih belum dibebaskan walaupun sudah ditahan lebih 7 tahun. Sedikit gembira kerana sepanjang aktivism saya bersama aktivis GMI, bermula tahun 2004, dari lebih 100 tahanan ISA, kini tinggal 14 tahanan sahaja!!!! Segala yang dilakukan, hanyalah untuk menjalankan tuntutan Allah sebagai seorang manusia yang waras dan bebas, ingin membantu manusia lain yang sedang dianiaya dan dizalimi.

Inilah sebahagian tenaga kekuatan Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang tidak pernah rasa penat untuk terus-menerus bercakap tentang ISA dan segala isinya. YB Saari Sungib, Syed Ibrahim, Cik Nalini dan Peguam Edmund Bon lebih pakar tentang ISA dari Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya mengetahui bahawa akta ISA ini telah terlalu lama digunakan untuk mencabul hak asasi rakyat Malaysia.

Saya tidak akan dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang mangsa ISA dan aktivis hak asasi tanpa bantuan ,sokongan dan dokongan padu dari dua wanita hebat GMI, iaitu Nashita(tudung biru muda) dan Kak Jije (tudung cerah) yang sentiasa memahami jatuh bangun, jerih payah kehidupan seorang wanita yang menjadi isteri kepada seorang tahanan ISA. Mereka lah yang selayaknya digelar wanita besi kerana tidak pernah berkarat walau sedetik pun dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang aktivis anti-ISA.


Sejak GMI ditubuhkan 8 tahun yang lalu, aktivis GMI sering bertukar ganti, baik lelaki atau wanita. Selain Ramadhan, Syed Ibrahim dan Zainal , yang paling ketara, wanita adalah tulang belakang utama GMI dibawah nama Pusat Sokongan Keluarga GMI, tidak pernah berkurangan, malahan makin bertambah. Selain Kak Jije, Nashita, saya(mangsa ISA) turut serta ialah Ustazah Nuridah mewakili Muslimat PAS, Fadiah -peguam muda yang berani mewakili Bar Council dan Nalini sebagai sekretariat dari SUARAM.


Keluarga besar GMI , "activists work with passion" selain menyerahkan sepenuh masa untuk menghidupkan kempen anti-ISA, anak-anak turut diheret sama supaya memahami segala kesukaran yang diharungi untuk menyatakan kepada rakyat bahawa akta penahanan tanpa bicara ISA adalah mencabul hak asasi manusia dan wajib di hapuskan segera!!!GMI pastinya akan terus mendidik rakyat supaya memahami ISA dan menolak akta itu serta pemiliknya sekali!!!

The women power....Nashita and Kak Jije, I owe you my highest and biggest respect for your tireless effort, bravery, firm and steadfast in the struggle to freed Malaysians from the ISA!!!

Sumber: http://lailagmi.blogspot.com

Penanti: SPR Arah PKR Turun Bendera Depan Pejabat UMNO - malaysiakini
chedet 0 Komentar

Terbaru di Penanti hari ni ialah parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR telah mengeluarkan arahan kepada PKR supaya menurunkan semua bendera-bendera dan bahan-bahan kempen pilihanraya mereka yang ditempatkan di hadapan pejabat UMNO Semambu.

Yang baguihnya ialah HANYA PKR SAHAJA menerima arahan sedemikian manakala calon bebas DIKECUALIKAN dari arahan sedemikian.

Buat masa ni sedang berlaku sedikit kekecohan di hadapan Pejabat UMNO Semambu kerana sukarelawan-sekarelawan Pakatan Rakyat enggan menurunkan bahan-bahan kempen tersebut manakala parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR sedaya upaya berkerjasama dengan para Paria-Paria UMNO cuba mengalihkan kesemua bahan-bahan kempen tersebut.

Akku cadangkan supaya SPR ikut bertanding dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai nanti lepas tu SPR bolehlah wujudkan bermacam-macam lagi undang-undang dan arahan-arahan pelik ikut kepala bapak pengerusi SPR.

Aku sokong je SPR dari jauh...

Sokong bawa rebah..!

Malaysia terjerumus ke kancah kemelesetan ekonomi
k.penerangan 0 Komentar

Pengumuman Gabenor Bank Negara bahawa KDNK(GDP) negara merosot -6.2% merupakan satu signal jelas bahawa UBN(DS Najib) gagal mentadbir ekonomi negara dengan baik. Pengumuman ini jelas jauh tersasar dari jangkaan penganalisis ekonomi bahawa penguncupan ekonomi dalam lingkungan -3.5 -5.0% sahaja. Sebagai Menteri Kewangan, Najib harus mengambil tanggungjawab ini dengan menyerahkan jawatan tersebut kepada mereka yang lebih ahli. Apa yang mengejutkan apabila beliau berpendapat bahawa Malaysia masih belum mengalami kemelesetan ekonomi walaupun GDP menguncup 6.2%. Pencapaian Malaysia ini merupakan satu rekod kerana mengikut ranking di Asia tenggara, kita berada di kedudukan 3 tercorot. Tahniah BN dan Najib diatas pencapaian ini.
Malaysiakini:
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas.Penguncupan itu lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya, antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus.Gabenor Bank Negara berkata penguncupan itu akibat kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri susulan kemelesetan meruncing dalam negara-negara maju, lapor Bernama.

Copy Paste Edisi Khas
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Gua copy paste berita dari sinar harian khas untuk "Doktor" Ghaffur. Antara cerita 'top 5' yg akan diperbualkan oleh abu ghaisan hingga tengah malam ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rakyat sudah muak ditipu: Choo Keong

WANGSA MAJU - Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, pilihan raya di Perak perlu diadakan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut dan krisis politik di negeri itu.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah keadilan rakyat negeri Perak dibela melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya kecil dapat diadakan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang mereka inginkan.

“Sudah sampai masanya kita serahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang layak menerajui kepimpinan Perak.

“Bagaimanapun, Pakatan Rakyat (PR) tahu bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berani untuk membubarkan dewan tetapi kita akan tetap menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Katanya, PR akan tetap sabar menempuh cabaran ini tetapi sekiranya BN masih berdegil dengan sikap angkuh mereka, pada Pilihan Raya ke 13 nanti, beliau yakin penyokong PR akan menggulingkan pemimpin BN dan mereka akan kehilangan kuasa di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya semasa Program Wacana ‘Isu-isu Semasa’ anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Wangsa Maju di Ibu Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju di Danau Kot.

Hadir sama menyampaikan ceramah dan wacana penerangan pada malam tersebut adalah Ketua Penerangan Pemuda Kawasan PAS Wangsa Maju, Mohd Abdul Ghafur Abdul Rahim, Timbalan Ketua Bahagian Wangsa Maju, Buhairi Yaakob, Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan wakil PKR Wangsa Maju, Dr Ramzan

Turut hadir, KetuaAMK Wangsa Maju, Hamdi Mohd Said dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Mohd Zaman Mohd Tasi.

Choo Keong berkata, rakyat negara ini sudah bijak menilai dan muak dengan BN yang telah menipu mereka selama 50 tahun sejak kemerdekaan.

Baca lagi :sumber dari sini

PRK Manek Urai : SPR umum tarikh penamaan dan undi.
chedet 0 Komentar

Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon untuk DUN Manek Urai pada 6 Julai dan pengundian pula pada 14 Julai.

27 Mei 2009

Buat PAS: Janganlah ghairah nak rebut jawatan
chedet27 Mei 2009 0 Komentar


IB ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada beberapa pemimpin PAS yang telah menarik diri dari bertanding pelbagai jawatan dalam parti. Kewajaran tindakan mereka amatlah tepat demi memelihara perpaduan parti dan juga keutuhan parti yang meneraju nilai-nilai Islam.

Melihat senarai calon yang agak panjang pada mulanya mengusarkan IB. Mungkinlah ada penyokong-penyokong mereka yang mencalon serta menggesa mereka untuk bertanding, namun yang amat penting ialah mereka perlu mengukur diri mereka sendiri dengan sebenar-benarnya. Janganlah jawatan direbut sama sepertimana perebutan jawatan dalam parti-parti lain.


Janganlah kita menepati Hadith Tarmidzi tentang tanda-tanda akhir zaman yang berhaknya turun bala’ yang antaranya menyebut “amanah menjadi perebutan dan pendapatan“. IB yakin kesemua calon atau ba kal calon PAS amat arif ilmu agama dan faham tuntutan syariah dan amanah yang bakal dipegang.

Baca lagi :sumber dari SINI


TAHNIAH DARI DPPWM: Nasruddin Tantawi Ketua Pemuda PAS,
chedet 0 Komentar

Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat semalam menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

http://www.geocities.com/paskajangtown/tkp-dppp.jpg


DPPWM mengucapkan "Tahniah" diatas pemilihan ini. Semoga jawatan yang di AMANAHKAN ini akan dipikul dengan IKHLAS semata- mata mengharap KeREDHAan ALLAH.

26 Mei 2009

MOGOK LAPAR 72 JAM UNTUK PERAK
Ir Dr bin.harun26 Mei 2009 0 Komentar

Oleh : Abu Nu’man

Pakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu.

Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar dan akan berakhir
pada petang Khamis ini di pejabat Perak.

Sebenarnya mogok lapar ini telah dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia sebagai tanda protes antaranya melibatkan 1600 orang tahanan Palestine di 4 penjara Israel telah memulakan mogok lapar sebagai tindakbalas atas layanan kejam yang mereka hadapi. Mereka di tahan di Nafha, Saba, Hadarim dan Shatta.

Menurut pemberita Al Jazeera , Shireen Ab Aqla, tuntutan utama tahanan-tahanan di penjara yang utama adalah pemberhentian pemeriksaan dengan cara berbogel dan sekatan yang di kenakan terhadap lawatan pihak keluarga. Tuntutan lain adalah rawatan perubatan dan hukuman kewangan yang di kenakan pada tahanan.



(Sumber Rujukan : http://palestinkini.info/?p=135)
“AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN SEMBAH RAKYAT HARAP DIAMPUN…

KAMI RAKYAT YANG HINA MEMOHON PERKENAN TUANKU AGAR TUANKU MEMBUBARKAN SEBERAPA SEGERA DUN PERAK…

AMPUN TUANKU”

Mogok lapar : 8 wakil rakyat ditahan di Wisma DAP
chedet 0 Komentar


DITAHAN....Bekas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar antara wakil rakyat yang terlibat dengan mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat pagi ini. Beliau ditahan oleh pasukan polis anti-rusuhan (FRU) di hadapan Wisma DAP pagi tadi.Foto THE STAR Oleh: SAIFUL BAHRI.

IPOH: Sekurang-kurangnya lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ditahan polis selepas perasmian mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat (PR).

Mereka antara 14 orang yang ditahan, termasuk lima pekerja dari firma pengurusan majlis yang dilantik PR ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.

Mereka ditahan kira-kira 7 pagi tadi.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan FRU mengawalsekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

PR melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas speaker PR V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok lapar tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap kerajaan BN untuk membubarkan DUN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Sheikh Qardawi - Mogok lapar tidak haram bahkan dituntut !
chedet 1 Komentar

Oleh: sripetaling

"Utusan Melayu yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : "mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain" .

Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan beliau mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan tersebut. Tapi penulis di sini ingin menjelaskan bahawa Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !

Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”

Fikirkanlah ...

25 Mei 2009

Pembocor Rahsia PAS... Doakan PAS selamat !!!!
chedet25 Mei 2009 0 Komentar

dipetik dari sini

Apabila saya membaca berita dalam malaysiakini... perasaan sedih bercampur geram mula menyerap tubuh saya apabila terbaca satu berita malaysiakini yang melaporkan kenyataan daripada Ustaz Harun Din yang didedahkan oleh seorang peserta sambutan Jubli Perak kepimpinan ulama yang diadakan di Taman Melewar...

Padahal telah dijelaskan bahawa pertemuan itu adalah tertutup! siapalah yang sanggup mendedahkan kertas kerja tersebut!!! Siapakah mereka ini? Dan apabila saya membaca posting daripada Roslan SMS dalam blognya perasaan marah saya semakin membuak-buak...



Beliau mendedahkan bagaimana ketua Dewan Ulama telah diaibkan !!!. Keadaan Ketua Dewan Ulama itu telah digambarkan dengan gambaran yang mengaibkan....!!!! Celakalah si pendedah dan pengaib itu!!!....ikuti pendedahan Roslan SMS dalam blognya :

Benarkah ada musuh dalam selimut dalam parti?

Portal berita Malaysiakini melaporkan kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr Haron Din mengingatkan peserta dalam perhimpunan mengingati Jubli Perak Kepimpinan Ulamak semalam akan musuh dalam selimut PAS yang ditaja oleh umno dan negara asing. Apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS itu sepatutnya hanya diketahui oleh para peserta kerana himpunan semalam diadakan secara tertututp kecuali sidang media (yang tidak dianjurkan oleh pihak penganjur) Mursyidul Am yang diadakan secara tergesa-gesa sebelah paginya.

Sebelum kita menuding jari dan melemparkan tuduhan sana-sini (yang asing dalam adab PAS tetapi kebelakangan ini sungguh masyhur) cuba kita baca artikel dalam akhbar The Sunday Star hari ini (kalau Utusan Malaysia itu pro Umno saya yakin The Star bukan pro PAS):

Our current leaders are highly respected by us but we need leaders that can be accepted by all races, not just by PAS followers. This is the challenge for PAS how to survive and grow into a party trusted and accepted by all Malaysians.

We have to be LESS ISLAMIC AND MORE UNIVERSAL to win support from non-Muslims. But if we drop our Islamic label the Muslim conservatives would rebel
.

(Pimpinan kami sekarang sangat dihormati oleh kami semua akan tetapi kami memerlukan pimpinan yang boleh diterima oleh semua kaum bukan hanya pengikut PAS. Inilah cabaran PAS iaitu bagaimana untuk wujud dan berkembang sebagai partiyang dipercayai dan diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Kita perlu menjadi KURANG ISLAMIK DAN LEBIH UNIVERSAL untuk memenangi sokongan bukan Islam. Akan tetapi jika kita menggugurkan label Islam ini maka puak konservatif (ulamak?) akan memberontak.

Artikel ini dimuatkan dalam ruangan “Comments” karangan Baradan Kuppusamy. Dan siapakah sumber Baradan? Beliau menyebut:

A senior moderate PAS leader who requested anonymity

Seorang pemimpin kanan PAS yang moderat yang tidak mahu dikenali

Kemudian dalam akhbar yang sama dalam ruangan “Insight” karangan Joceline Tan dimuatkan satu persatu kononnya gelagat dan aksi Ketua Dewan Ulamak PAS, Ustaz Dato Mohd Daud al Iraqi dalam Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat baru-baru ini seolah-olah Joceline berada di Bilik Mesyuarat Tingkat 5 pada hari itu sedangkan yang hadir cuma pimpinan tertinggi PAS yang menganggotai Dewan Harian PAS Pusat.

At one point Mat Iraq held up both hands as though in surrender and his bushy beard quivered as he told the council repeatedly: “Saya minta maaf”.

Pada satu peringkat Mat Iraq mengangkat kedua-duabelah tangannya seolah menyerah diri dan janggut tebalnya seakan menggeletar lalu beliau memberitahu majlis berulang-ulang: “Saya minta maaf”.



Siapakah “senior moderate PAS leader” yang bersembang dengan Baradan itu sehingga mahu mengubah status quo parti dan bagaimanakah Joceline (jika benar catatannya) boleh merakamkan insiden yang berlaku dalam mesyuarat tertutup yang penuh rahsia itu yang malah tidak diketahui pun oleh orang PAS yang lain?

Mungkinkah benar ada musuh dalam selimut dalam parti?

Foto misteri 'talkin untuk Umno'
chedet 0 Komentar




Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet, termasuk di blog seorang pemimpin PKR dan laman web saluran video dalam talian yang rapat dengan parti itu.

Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

HIKAYAT SEMBAH DERHAKA
chedet 0 Komentar

SIAPA BENAR: 2 Presiden 1 Haram 1 Halal
chedet 0 Komentar

Mengata Dulang Paku serpih
Mengata Pakatan Rakyat memang BN yang nyawa nak habis

Seburuk Parti Pinggan mangkuk yang memerintah di negeri Pasir Berdengung cuma bersidang dibawah pokok . Selebihnya ada 2 menteri besar . 1 Hala 1 Haram. Tapi kes parti komponen BN nie lebih teruk lagi.... Apa kes?

EGM PPP: Lucutkan Kayveas, Murugiah Presiden baru



PUTRAJAYA: Parti Progresif Penduduk (PPP), yang pernah dilanda krisis kepimpinan dua dekad lalu, kini kembali ke era lama apabila kumpulan penyokong Senator T. Murugiah, yang dipecat minggu lalu, memilih beliau sebagai Presiden baru parti itu hari ini.

Ia diputuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM). Malah, EGM itu juga melucutkan Datuk M. Kayveas sebagai Presiden.

Ketika mesyuarat ini diadakan Kayveas dikatakan berada di Johor untuk merasmikan persidangan perwakilan negeri itu.

Ketika dihubungi Kayveas berkata, beliau tidak akan melayani 'resolusi' yang diluluskan oleh kumpulan tersebut.

ZAMBRY MENAWOK ATAH DAGHAK
Ir Dr bin.harun 0 Komentar


Oleh : Abu Nu’man
Well, either that or Najib is not telling the truth. Some time back, when news filtered out that UMNO is going to consult Queen Counsel regarding the power grab in Perak, Zambry denied it (Zambry denies Umno engaging QC)Datuk Dr Zambry Abdul Kadir denied today Umno was seeking the services of a Queen’s Counsel in Britain to break the constitutional deadlock in Perak.“No one has gone to London and we are not engaging any QCs,” he saidNow Najib has admitted consulting Lord Lester, a Queen Counsel:Datuk Dr Zambry Abdul Kadir denied today Umno was seeking the services of a Queen’s Counsel in Britain to break the constitutional deadlock in Perak.“No one has gone to London and we are not engaging any QCs,” he said

-------------------------------------------------
The Malaysian Insider24 February 2009Zambry denies Umno engaging QC KUALA LUMPUR, Feb 24 – Datuk Dr Zambry Abdul Kadir denied today Umno was seeking the services of a Queen’s Counsel in Britain to break the constitutional deadlock in Perak.“No one has gone to London and we are not engaging any QCs,” he said.The Perak Menteri Besar, from Barisan National (BN), was speaking to the press after attending the official launch of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MCAC) at the Putra World Trade Centre.- Bernama.

-----------------------------------------------
The Malaysian Insider24 May 2009
PETALING JAYA, 24 May - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has expressed regret over the attitude of the Opposition accusing the Barisan Nasional (BN) government of influencing the Court of Appeal’s decision in determining the rightful Perak mentri besar.
Najib stressed that the court’s decision was free of any interference and that the Court of Appeal’s verdict was also hailed by international legal experts, including Queen’s Counsel Lord Anthony Lester.
“If a Queen’s Counsel like Lord Lester feels that we are on the right track with regards to the Court of Appeal’s decision, then we should not misinterpret or harbour negative views against the judiciary,” he told reporters after opening the national-level Unity Week in Puchong near here today.
He said that the Opposition should not adopt the attitude that the court was right and free only when it made a decision in their favour.
“But when the court makes a decision which is similar to the government’s view, they (opposition) accuse it of being unfair and following government’s order,” he said. — Bernama
“QUEEN COUNCIL LORD LESTER OGHANG PERAK YEOP!!!”...

Pemimpin Zalim Yang mengaku Adil siri 2
k.penerangan 0 Komentar

“Belunkah sampai kepada kamu berita orang seblum kamu( kaum Nuh, ‘ad, Tsamud dan orang-orang sesudah mereka. Tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah. Telah datang rasul-rasul kepada mereka (membawa) bukti-bukti yang nyata lalu mereka menutupkan tangan ke mulut(kerana kebencian).......” (8, surah Ibrahim)

Dalam tulisan yang lalu, saya membangkitkan tentang kezaliman yang dibuat oleh UBN dengan menggunakan ISA sebagai dinding terakhir. Ramai yang tidak sedar bahawa penggunaan sesuatu akta yang keras terhadap penentang bukanlah di mulakan oleh UBN tetapi diwarisi dari pemimpin-pemimpin zalim sebelum ini seperti Namrud, Fir’aun dan Abu jahal. Tindakan ini dibuat setelah gagal dan tidak mampu menjawap fakta dan hujah dari pejuang-pejuang agama.

Kisah Namrud dan Nabi Ibrahim

Ketika Namrud memanggil Nabi Ibrahim dan bertanya siapakah tuhan kamu? Nabi Ibrahim menjawab, “Tuhan ku yang menghidup dan mematikan” Lalu Namrud mengatakan aku juga boleh membenarkan seseorang itu hidup dan boleh mengarahkan seseorang itu dibunuh.

Nabi Ibrahim berkata kepada Namrud, “Tuhanku menaikkan matahari dari timur dan menurunkannya ke barat, jika tuanku tuhan, bolehkah Tuanku menaikkan matahri dari barat dan menurunkan ke timur”. Namrud yang tidak mampu menjawab mengarahkan Nabi Ibrahim dibakar.

Inilah sikap yang sememangnya diwarisi oleh UBN dari Namrud dan pemimpin zalim yang lain. Setelah gagal menjawab segala isu yang cuba dimainkan maka jalan terbaik ialah menghukum lawan dengan menggunakan akta yang sangat zalim.

Jika diingat dari merdeka hingga kini, begitu banyak kezaliman dilakukan oleh UBN kepada pemimpin PAS, dari mengugut hingga ada yang mati terbunuh akibat tindakan UBN. Dr Burhanuddin Al-Helmy, Dr Zulkifli Mohamad, Pengkhianatan terhadap kerajaan Kelantan, Terengganu dan terbaru Perak.

Zalim tetap Zalim

Walaupun Najib sedaya upaya membina imej seolah-olah beliau seorang yang adil tetapi tindakan beliau yang masih mengekalkan ISA membenarkan hujah bahawa beliau hanya topeng Namrud alaf baru yang tidak mampu menjawab hujah tetapi menggunakan mahkamah sebagai pelindung terhadap kezaliman mereka terhadap rakyat Perak.

22 Mei 2009

Mahkamah Rayuan Isytihar Zambry Menteri Besar Yang Sah
chedet22 Mei 2009 0 Komentar

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara.

Mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

"Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah," kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Mohammad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah hari ini.

Hakim Md Raus, dalam penghakiman lisannya, juga mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul bagi melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, berdasarkan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.
*********************************************************

5 Minit untuk umumkan Zambry MB Perak.

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan lebih 200 orang di luar mahkamah, melaungkan "bubar DUN" dan "Allahuakbar" apabila rombongan peguan DS. Nizar keluar dari bilik maahkamah.

Keputusan Mahkamah Rayuan - Nizar VS Zamry
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Gambar dari Istana Kehakiman Putrajaya

4.22pm - Peguam Sulaiman Abdullah akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan

Keputusan : Budak itam dari Pangkor kekal sebagai MB HARAM Perak

3:47pm - Semua panel hakim mahkamah rayuan diketuai Datuk Raus Mohd Shariff ambil tempat masing-masing untuk memulakan pembacaan kehakiman.

- penuh kan lisan dgn zikir - la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimeen

- semua menunggu dengan penuh debaran

3.35pm - Sesi akan bermula sebentar lagi

- media dan org ramai masih menunggu















- Para penyokong dan wartawan berdiri di tangga bagi menanti keputusan nizar vs zamry.
















- Suasana masih tenang dan masing-masing menunggu ketibaan nizar.



Individu berkempen pada hari mengundi boleh dipenjara - SPR
chedet 0 Komentar

BUTTERWORTH Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik berkata individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan.

"Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian," katanya pada taklimat media di sini semalam.

Klik sini untuk bacaan lanjut.

Paksu Mail pemimpin berjiwa rakyat
chedet 0 Komentar

KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) - PAS dan kerajaan Kelantan kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat apabila Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 meninggal dunia kira-kira jam 5.50 pagi tadi.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Paksu Mail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas dirawat sejak 26 April.

Seminggu selepas dimasukkan ke wad beliau dipotong sebelah kakinya memandangkan keadaan penyakitnya semakin menular.

Allahyarham menderita penyakit gaot sejak kembali dari Makkah setahun lalu.

Bagaimanapun penyakitnya mulai menular sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan. Ekoran itu beliau dihantar ke Hospital Kuala Krai oleh keluarga.

Selepas itu beliau dipindahkan pula ke HRPZ (II) untuk mendapat rawatan lanjut.

Klik sini utk baca keseluruhan.

Zambry atau Nizar?
chedet 0 Komentar

Oleh NORLIZAH ABAS dan
SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM


PUTRAJAYA 21 Mei - Keputusan sama ada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir atau Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan, esok.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Md. Raus Shariff memutuskan demikian setelah mendengar rayuan Zambry terhadap perisytiharan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan status quo Mohammad Nizar selaku Menteri Besar yang sah.

Beliau bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Zambry merayu terhadap perintah Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu yang mengesahkan Mohammad Nizar, 52, sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman pemimpin itu.

Alasan-alasan penghakimannya antara lain menyatakan, Mohammad Nizar masih Menteri Besar yang sah kerana tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya.

Selain itu, Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKNP) 1957 tidak menyatakan bahawa seseorang Menteri Besar boleh dipecat atau jawatan itu boleh dikosongkan dalam keadaan beliau tidak meletak jawatan.

Klik sini utk bacaan selanjutnya.

Perginya Seorang Pejuang - Allahyarham Haji Ismail Yaacob
Ir Dr bin.harun 0 Komentar



Inna Lillah wa Inna Ilayhi Rajioon - Dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali.

AL-Fatihah kepada Allahyarham ADUN Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60. Semoga ALLAH limpahi rahmat ke atas roh Allahyarham dan diangkat ke makam para syuhadah.

Allahyarham meninggal awal subuh jumaat tadi kira-kira pukul 5.55 pagi. Ini lah tanda-tanda husnul khatimah (akhir kehidupan yang baik). Moga-moga Allahyarham mendapat kelebihan pelepasan dari fitnah kubur.

Kami,ahli Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Kami juga amat menghargai kekuatan serta kegigihan Allahyarham dan keluarga dalam memperjuangkan Islam dalam pemerintahan dibawah pimpinan Tok Guru.

Hanya ALLAH sahaja lah sebaik-baik pemberi balasan di atas segala jasa dan pengorbanan Allahyarham Haji Ismail Yaacob.

21 Mei 2009

sempena 35 Tahun PAS Wilayah Persekutuan
chedet21 Mei 2009 0 Komentar

KARNIVAL SUKAN RAKYAT - sempena 35 Tahun PAS Wilayah Persekutuan dan bersamaan dengan Program Turun Padang Agenda Setahun Memegang Amanah di Titiwangsa.
16 Mei 2009

dipetik dari :blog Dr Lo'Lo'

Tempat:
Dataran Darul Ummah, Jalan 2 Kg Pandan

Rawatan Homeopathy pun maklumat asas kesihatan seperti pengambilan BP.

Staf PKWR dan Briged Titiwangsa menyediakan Kaunter Mesra Rakyat iaitu dari Skim Mesra Usia Emas, TAWAS, Semakan Daftar Pemilih, Aduan, Pendaftaran Keahlian PAS dan Kelab Penyokong PAS.

Ahli Briged sedang mengasah bakat yang dah lama terpendam sehingga mampu meraih tempat ketiga Pertandingan Sepak Takraw Bulat.

Pemeriksaan Doktor Perubatan juga ada disediakan.

Pertandingan Congkak yang banyak disertai kaum wanita dan remaja.

Kumpulan congkak dari Keramat Jaya.

Balingan Dart oleh yang muda dan tua.

Main batu seremban untuk menghidupkan permainan tradisional Melayu.

Remaja bakal juara karom sedunia !

Peraduan mewarna sentiasa menarik minat anak-anak.

AJK2 Kawasan yang sedang berbincang sesuatu.

Status MB: Keputusan rayuan Zambry diketahui 3.30 petang esok
chedet 0 Komentar


PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada jam 3.30 esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu petang esok.

Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Nizar kelihatan hadir ditemani isterinya bersama penyokong. Turut hadir ialah Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf, Sivanesan, Dato' Ngeh dan YB. Nga.

Zambry pula tidak hadir kerana beliau menghadiri upacara pengistiharan Daerah Kampar yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak.

Namun begitu kelihatan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersama penyokongnya yang hadir sekitar jam 1.00 petang.

Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah.

Peguam Hj. Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pada pukul 5 petang tadi.

Dr Zambry telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat dalam satu rampasan kuasa dengan berlakunya pembelian 3 orang ADUN Pakatan rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu. malangnya permohonnya tidak secepat yang dilayan kepada Zambry sehingga pada hari ini baru dibicarakan.

Seluruh negara sedang menunggu dengan penuh debaran siapakah yang akan diputuskan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dipihak lain yang lebih penting ialah kehendak rakyat untuk mengundi semua apabila belaku pembubaran DUN Perak.

'Merampas kuasa' bukan budaya asing bagi Umno/BN
chedet 0 Komentar

Sazali Mohd Nor
Thu | May 21, 09 | 4:20:55 pm MYT

KUALA NERUS, 21 Mei (Hrkh) - Berdasarkan rekod masa lampau dan beberapa pilihan raya kecil yang berlaku sebelum ini, Barisan Nasional (BN) merasakan bahawa parti itu akan kalah dalam Pilihan raya Kecil DUN (PRK) Penanti.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata Pakatan Rakyat yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah pun mengesahkan calonnya akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"InsyaAllah, Pakatan Rakyat (PR) masuk, Pakatan Rakyat yang diwakili KeADILan akan meletakkan calon, calon pun sudah tahu, Dr. Mansor.

"Saya rasa BN ini menjadi sejarah BN tak masuk (tanding), masalah kalah menang kita tak tahu melainkan bertanding baru tahu.

"Tapi berdasarkan 'track-record' beberapa pilihan raya (kecil) di Semananjung ini, BN merasakan dia tak boleh menang," ujarnya yang ditemui media selepas merasmikan Pelancaran Gerak Kerja Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik) disini, semalam.

Beliau berkata BN tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti kerana tidak sanggup lagi menerima 'pukulan kekalahan' yang memalukan parti pemerintah itu.

Katanya, Perdana Menteri, Dato� Seri Najib Razak tidak mengikut arahan 'mentor'nya (Tun Dr Mahathir) dengan membuat keputusan tidak menyertai pilihan raya tersebut.

"Walaupun 'mentor' Najib kata masuk (bertanding) iaitu Tun Mahathir. Najib dia cerdik juga, dia tak buat keputusan seorang dia (Najib) panggil semua majlis BN (parti-parti komponen) untuk membuat keputusan, dia kata ini keputusan BN (untuk tidak bertanding)," jelasnya yang turut menafikan tuduhan Umno/ BN, bahawa pilihan raya di Penanti adalah mainan pembangkang.

Katanya, yang terkenal dengan mainan politik adalah Umno dan kemelut politik yang berlaku di negeri Perak adalah disebabkan mainan politik Umno dan BN.

Menurutnya, tidak ada alasan lain BN tidak menyertai pilihan raya kecil hanyalah semata-mata kerana takut menerima kekalahan,

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS mendedahkan, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib juga sudah tidak tahan mendengar isu Altantuya dimainkan pada setiap pilihan raya kecil.

"Dan satu lagi, saya juga dapat sumber yang mengatakan bila setiap kali pilihan raya kecil isu Altantuya timbul, katanya dia (PM) dah tak tahan mendengar isu Altantuya ini," ujarnya.

Sehubungan itu, ketika diminta mengulas kemelut politik negeri Perak, Dato' Mustafa berkata pimpinan BN tidak bersedia untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya negeri yang baru.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh parti itu, BN tidak akan menang sekiranya pilihan raya baru negeri Perak diadakan.

Katanya, walaupun menguasai negeri Perak dengan satu rampasan kuasa, BN tidak sanggup kehilangan kuasa itu.

"Pimpinan BN khususnya Umno, kalau mengikut hati dia (pemimpin Umno-BN) melainkan terpaksa, tidak bersedia menghadapi pilihan raya (baru) di Perak.

"Sebab dia (Umno/BN) buat ukuran berdasarkan kajian dia pun, dia tak boleh menang, sebab itu tak ada pasal dia nak hilang kuasa, (walaupun) kuasa yang dia ambil secara rampas," ujarnya.

Katanya, amalan Umno/BN merampas kuasa bukan hanya berlaku di negeri Perak, namun pernah berlaku di Terengganu dan Kelantan serta percubaan merampas kuasa yang pernah berlaku di Sabah dan Sarawak.

"Merampas kuasa bukan budaya yang asing bagi Umno/BN dan sudah menjadi amalan UMNO/BN sejak sekian lama," ujarnya.

Sehubungan itu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mahu mengekalkan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said juga dianggap beliau sebagai satu sesuatu yang terpaksa.

Katanya, ia adalah untuk mengelakkan pembubaran Dun Terengganu kerana Ahmad Said pernah mengugut akan membubarkan Dun Terengganu sekiranya ada usaha menjatuhkan beliau.

"Kalau dia (Ahmad Said) jatuh, dia bubar Dewan, maknanya pilihan raya baru, belum tentu Idris naik ke, siapa naik ke," tambahnya.

Rosmah Nak Promosi Pakaian Islam ?????
Ir Dr bin.harun 0 Komentar


Kerjasama promosi pakaian Islam

KUALA LUMPUR 20 Mei - Malaysia dan Qatar akan bekerjasama dalam mempromosikan pakaian Islam terkini termasuk di pasaran Barat.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) berkata, persetujuan mempromosi pakaian bercirikan busana muslim itu dicapai antara beliau dan Permaisuri Sheikha Mozah Nasser Al Missned.
Katanya, dengan langkah itu, secara tidak langsung ia meningkatkan pengetahuan orang Barat tentang Islam melalui dunia fesyen.
"Kita mahu orang Barat menyedari bahawa Islam itu luas termasuk menerusi dunia fesyen yang mempunyai pelbagai rekaan yang dicetuskan namun masih dengan konsep menutup aurat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Permaisuri Sheikha Mozah sempena lawatan negara dua hari bersama suaminya, Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani yang berakhir hari ini di sini hari ini.
Rosmah yang juga Penaung Permata berkata, pada peringkat awal, Malaysia akan mengadakan pertunjukkan fesyen busana Muslim di Qatar sebelum melakukan promosi ke pasaran Barat.
Bagi mempelbagaikan koleksi busana Muslim, jelasnya, pereka-pereka fesyen Festival Fesyen Islam (IFF) di bawah Pengarah Urusan Nusantara Gems Sdn. Bhd, Datuk Raja Rezza Shah merupakan induk utama dalam projek berkenaan.
"Kita juga akan bergabung dengan pereka fesyen Indonesia dan negara Islam lain kerana rekaan ditampilkan oleh negara-negara berkenaan mampu menarik lebih ramai pengikut fesyen di Barat," katanya.
Katanya, Qatar juga akan menjalin hubungan rapat dengan Malaysia melalui Program Permata yang menarik minat Permaisuri Sheikha Mozah.

Pix courtesy : abu nu'man

Kejamnya Undang2 Allah???
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

(Mangsa Saripah Mohd. Noor yang dirempuh kereta selepas dia diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu )

Saya sekeluarga tidak akan memaafkan dua lelaki yang meragut nyawa ibu saya. Kalau bukan kerana mereka, pasti hari ini ibu saya masih bernafas”.. antara luahan rasa keluarga mangsa ragut terbaru yang membabitkan peragut di Malaysia ini ialah di Kelantan. Sehari selepas seorang wanita hamil maut dalam satu kes ragut di Johor, negara dikejutkan dengan dua lagi kematian tragis akibat jenayah yang sama di Pulau Pinang dan Kelantan.

Di Kota Bharu, seorang wanita hamil empat bulan yang juga ibu kepada lima anak, maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Padang Raja,Jalan Melor, Ketereh. Tahniah kepada PDRM kerana berjaya menangkap suspek dan jika didapati bersalah maka dia akan dijatuhi hukuman penjara “maksimum” 20 tahun, denda dan sebatan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun mutaakhir ini gejala ini semakin membarah, pelbagai saranan dilakukan antaranya menukar nama kepada “samseng jalanan” malah ada yg mencadangkan agar dikenekan hukuman berat seperti sebat. Tapi hakikatnya kita lupa bahawa undang0-undang Islamlah penyelesaian bagi segala masalah. Namun ada manusia melayu Islam yang mengaku Islam mengatakan undang-undang PAS lah… kejamlah… ramai yang memberontak nantilah…. tidak sesuai pada zamanlah…. kita masyarakat majmuklah…. Dan pelbagai luahan jahil tanpa bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah….

Ada yang mengatakan hukuman qisas dan memotong tangan menafikan hak seorang manusia, menaniayainya dan ini termasuk didalam hak kemanusiaan seseorang individu itu. Bagaimana pula hak orang yang menjadi mangsanya? Adakah orang ini tiada haknya pula? Bagaimana untuk mendisiplinkan mereka ini? Tetapi manusia yang bercakap isu ini boleh pula menerima hukuman gantung tanpa banyak soal. Hudud adalah dari Allah, manusia hanya melaksanakannya.

Bayangkan peragut yang telah membunuh ibu kita tadi dihukum penjara 15 tahun, namun selepas tamat hukuman dia masih boleh bebas ke sana ke mari sedang dialah ‘malaun’ yang telah menyebabkan ibu kita terbunuh. Adilnya hukuman manusia???

TIDAK MUSTAHIL PERKARA TERSEBUT BOLEH BERLAKU PADA IBU ANDA ATAU ISTERI ANDA ATAU ANAK ANDA ATAU SAUDARA ANDA… Masih kejamkah Allah yang telah menurunkan undang-undangNya agar dilaksana?????

oleh : Abu Nu'man

Pemimpin zalim Yang mengaku Adil
k.penerangan 0 Komentar










Salam Ukhwah saya ucapkan kepada pengunjung setia blog DPPWM ini. Tulisan ini merupakan yang pertama saya siapkan selepas hampir setahun lebih meninggalkan alam blog kerana berpindah ke Wangsa Maju. Amanah besar yang telah diberikan sebagai Ketua Penerangan membuatkan saya kembali ke alam siber. Saya mohon ampun andai tulisan pertama ini tidak memenuhi selera dan tuntutan pembaca.

DS Najib Tun Razak jelas memperlihatkan sikap yang akan mengejutkan kita semua semenjak menjawat jawatan Perdana Menteri. Pembebasan beramai-ramai tahanan ISA, berjalan kaki sekitar PUDU dan terpenting sekali mewujudkan satu lagi slogan baru “1Malaysia.

Pembebasan tahanan ISA dan slogan baru beliau jelas boleh memberi imej yang sangat baik andai beliau bukanlah pemimpin yang memang diketahui sejarah hitamnya. Namun begitu, adakah tindakan ini semua boleh diklasifikasikan sebagai sebagai tindakan seorang pemimpin yang adil? Jawapannya pastilah tidak. Mengapa tidak? Mari kita lihat bersama-sama.


Masalah hak asasi manusia yang sememangnya telah lama dicabul dan ditelanjangkan di Malaysia sehingga hari ini masih belum dibersihkan oleh DS Najib. Mengguatkan hujah bahawa tindakan beliau sememangnya berniat politik semata-mata.


ISA dan Kebebasan

DS Najib diawal perlantikannya membuat kejutan apabila membebaskan 13 oran tahanan ISA dan baur-baru ini membebaskan lagi beberapa orang tahanan sebagai satu usaha menaikkan imejnya sebagai seorang pemimpin yang adil. Pembebasan tahanan ini bukanlah bermakna selepas ini akan tiada lagi penangkapan kerana AKTA ini masih subur dan mekar di bumi Malaysia tanpa disentuh atau diusik oleh kerajaan.

Sedikit info yang ingin saya kongsikan tentang ISA, mengapa akta ini sangat zalim.






Pada keseluruhannya, Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan telah pun dinafikan oleh kerajaan apabila kerajaan meluluskan Artikel 10(4) pada tahun 1971.
Maka apa yang boleh dikatakan ialah sebenarnya di Malaysia ini sudah tidak ada lagi hak kebebasan sudah tiada. Malaysia juga sebenarnya tidak menghormati Universal Declaration of Human Right:

Article 19
”Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers”

Articles 20
Everyone has the right to freedom of peaceful assembly and association.
Bukti Ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan.

Lihat kes Karpal Singh v Minister of Home Affairs ( 1988 ) 1 MLJ 468 .
Mahkamah Tinggi memerintahkan perintah tahanan ke atas Karpal diketepikan kerana tuduhan dalam perintah tahanan tidak betul dan Hakim Makamah Tinggi menyatakan bahawa perintah tahanan dibuat “without care and a proper sense of responsibility’. Kerajaan meminda seksyen 8 ISA dengan memperuntukkan seksyen 8B ( 1 ) yang melarang Mahkamah mempersolakan budibicara dan kuasa Menteri.

Meskipun Perkara 10 (1) menjamin kebebasan bersuara dan tidak boleh dipinda dengan mudah, namun “The contents can always be abridged or amended, making them, in practical terms, less significant: the contents can always be taken away.”9

Atas dasar itulah, Harding mengkritik dengan lantang bahawa “The provision is remarkable for what it takes that what it gives.”10 Apa yang lebih malang, dalam banyak keadaan pemimpin parti pembangkang seringkali menjadi mangsa apabila mereka cuba melaksanakan hak bersuara ini. Y.B. Lim Kit Siang pernah menyatakan bahawa “There is freedom of speech but there is no freedom after speech”.

Kesimpulan

DS Najib wajib menghapuskan ISA ini jika ingin dikenang sebagai seorang negarawan ulung yang mengambil kira kepentingan rakyat lebih dari kepentingan BN sendiri.

Bersambung ketulisan akan datang..

Rujukan:

HAK KEBEBASAN MENGELUARKAN PENDAPAT DARI PERSPEKTIF' NDANG-UNDANG MALAYSIA
Mohd Azizuddin Mohd Sani
Sekolah Pembangunan Sosial
Universiti Utara Malaysia

Hak Asasi, Undang-Undang dan Pengamalannya di Malaysia
Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Peguambela & Peguamcara

20 Mei 2009

Lebih 1000 ahli-ahli Umno PERLIS keluar parti
chedet20 Mei 2009 0 Komentar

Perlis pula bergolak. Lebih 1000 ahli-ahli Umno dilaporkan melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka khususnya di Kangar, dan ia sekaligus menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim dilaporkan berkata, mereka termasuk ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno di Perlis yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuang mereka dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), lapor malaysiakini.

Shahidan yang kini menjadi penasihat kepada perdana menteri bagi wilayah pembangunan koridor utara (NCER) berkata, pemecatan ahli JKKK itu berlaku di Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri.

"Setakat ini 16 atau 17 ketua cawangan dan bekas ketua cawangan telah dibuang dari JKKK, menyebabkan mereka dan yang lainnya, tidak puas hati.

"Ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno dipinggir dan kerajaan negeri tidak mengambil kisah perkara tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.

"Saya kenal mereka itu semua. Mereka adalah bekas pemimpin Umno di Kangar.

"Betullah angka itu," katanya ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa 1,000 ahli Umno di bahagian tersebut menyertai PKR.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat desas-desus penyertaan 1,000 orang ahli Umno Bahagian Kangar ke dalam KeADILan sebagai satu mainan politik kotor dalaman Umno sendiri.

Menurut beliau, perkara ini ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu yang baru dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri baru-baru ini.

"Saya menyifatkan ini adalah satu usaha untuk mencalar imej Md Isa yang baru dilantik menerajui Umno Perlis serta jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagaian Kangar.

"Ini adalah satu permainan politik dalaman Umno oleh pihak tertentu yang bertujuan menjatuhkan sesama mereka. Berita ini ditimbulkan sebagai satu usaha membantah pelantikan Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Umno negeri yang baru.

"Dengan beberbuat demikian ianya akan dilihat seolah-olah Md Isa gagal mengawal parti dengan baik," katanya.

Apapun, Ustaz Hashim tidak menolak adanya kemasukan ahli-ahli Umno ke dalam KeADILan.

"Saya difahamkan memang ada yang masuk parti KeADILan. Kami mengalu-alukan kemasukan mereka ke dalam parti sahabat kita. Apapun yang berlaku saya melihatnya sebagai masalah dalaman Umno itu sendiri," ujarnya lagi.

Fakta-fakta menelanjang katak Behrang
chedet 0 Komentar


Oleh: Jantantuya

Kali ini biarlah teman menyentuh dahulu tentang Si Lompat Behrang. Dalam siri 1 pendedahannya di Agenda Daily, ada dua perkara yang disentuh iaitu tentang Camry dan Hak Milik Tanah Bukan Melayu.

Si Lompat dengan bangganya memberitahu bahawa dialah yang mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan untuk membeli 15 buah Camry. Beliau juga yang menentang pemberian hak milik tanah kepada bukan Melayu. Beliau mendakwa yang MB Nizar menurut segala perintah dan kehendak Ngeh dan Nga.


Sibuk betul Si Lompat dengan urusan tanah dan Camry. Tugasnya sebagai Exco Pertanian diabaikan. Setiap kali Mesyuarat Pertanian Negeri diadakan, Si Lompat hanya duduk di kerusi pengerusi tanpa mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Perak.

Si Lompat mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu. Bodoh benar rupanya MB Nizar mengagih-agihkan tanah Perak kepada rakyat.

Tetapi sedarkah Si Lompat berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun.

Tanah TOL yang diwarisi turun temurun begitu berat untuk diberi status hak milik oleh UMNO sebelum ini. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’.

Agaknya Si Lompat tidak pandai menggunakan kalkulator untuk menghitung dan membahagikan keluasan tanah per pemilik. Dia hanya mampu menggunakan sepuluh jari untuk mengira jumlah penerimanya sahaja. Bengap.

Si Lompat juga pandai menyindir dan memperli keputusan MB Nizar. Adakah Si Lompat sedar yang pengundi di DUN Behrang telah dan sedang menyumpah seranah celaka tujuh keturunan kepadanya?

Si Lompat peduli apa, janji kebodohannya untuk memajukan pertanian rakyat dapat ditutup rapat serapat-rapatnya. Kuat betul semangat patriotik Si Lompat kepada negara. Utamakan Perdana V6 daripada Camry. Jangan bazirkan duit rakyat demi Camry. Perdana V6 lebih murah berbanding Camry.

Kerajaan negeri boleh jimat lebih RM700k jikalau membeli Perdana V6. Pandai juga Si Lompat mengira. Tetapi kira tak habis. Kos penyelenggaraan Perdana V6 lebih mahal berbanding harganya.

Si Lompat buat-buat tidak mengetahui tentang rekod-rekod dan kos penyelenggaraan V6 exco terdahulu. Camry ada tiga tahun gerenti berbanding setahun untuk Perdana V6. Memang Camry mahal, tetapi untuk jangka masa panjang Camry menjimatkan duit rakyat. Tengin.

Teman tidak begitu yakin Si Lompat bijak menyusun kata-kata untuk membuat kenyataan akhbar. Penulis kenyataannya ialah Hanapiah Man. Memang mereka berdua mempunyai hubungan awal semasa menggerakkan PKR di Perak.

Hanapiah Man berkebolehan dalam mengolah dan memutar belit kenyataan yang tidak betul menjadi kelihatan betul. Jikalau Si Lompat seorang yang bijaksana menyusun kata-kata indah, sudah tentu ia mampu mempengerusikan mesyuarat. Sudah tentu Si Lompat mampu menjana idea untuk memajukan ekonomi pertanian orang-orang Melayu.

Alangkah bagusnya jikalau Si Lompat mendesak MB Nizar memperuntukkan harga sebuah Camry untuk setiap daerah bagi memulakan CERIA. Tetapi Si Lompat tetap tongong dan terus tongong.

Soalan untuk Si Lompat, kenapa Jelapangpun lompat sedangkan MB Nizar dikatakan sentiasa mengutamakan orang Cina? Takkanlah Jelapang lebih sayangkan Melayu daripada duit. Tetapi Behrang dan Changkat Jering adalah manusia yang beriman. Rakyat didahulukan. Duit tak mainler …

dari blog
bypass308.blogspot.com

Penasihat Undang-Undang tipu Sultan Perakkah ?
chedet 0 Komentar

Sumber dari SINI

Apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan pada 11 Mei yang lalu bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, adakah ini bermakna bahawa Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid telah memberikan fakta yang salah atau menipu Sultan Perak supaya mempercayai bahawa Zambry yang bercita-cita haram itu boleh menjadi Menteri Besar halal dengan Sultan mempunyai kuasa memecat MB yang halal pada ketika itu ?

Atau, adakah Kamal Shahid mempunyai kelayakkan yang sepatutnya sebagai Penasihat Undang-Undang ?

Atau, semasa memberikan nasihat, Kamal Shahid sedang pening dan tidak normal ?

Orang kampung lagi pening. Depa dok tanya macam-macam.
Ini baru tiga soalan.

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS
chedet 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.





PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

Calon PRK DUN PENANTI
chedet 0 Komentar



eh.........Satu tu happy dan ceria, sementara yang satu lagi sedih dan moyok...yang ketiga Kosong...


Azizan: Timbalan tidak naib pun tidak
chedet 0 Komentar


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini, mengesahkan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden Pas pada muktamar agung parti itu pada bulan depan.


Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah dalam kenyataan medianya menjelaskan keputusannya itu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada pembangunan dan pentadbiran kerajaan negeri ini.

Katanya, beliau hanya akan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat saja, walaupun sudah mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Beliau juga berterima kasih kepada Pas kawasan yang mencalonkannya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti itu. / BHM

PAS lancar dana bina kompleks RM 27 juta di Putrajaya
chedet 0 Komentar


PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Siasahdaily.

Dr Khir Digantung Sebagai Ahli DUN Selama Setahun, Rumusan JKHK
chedet 0 Komentar


SHAH ALAM, 19 Mei (Bernama) -- Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga mendapati bekas Menteri Besar itu bersalah kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Mac lepas.

SELCAT ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada pertengahan Mac lalu.

Selain Dr Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan.

Selepas mesyuarat JKHK di sini hari ini, Pengerusinya Teng Chang Khim, yang juga Speaker DUN, berkata empat ADUN itu masing-masing digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun mereka selama enam bulan.

Katanya empat ADUN itu didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan menuduh SELCAT sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan alat politik untuk membalas dendam terhadap wakil BN.

Selain kesalahan tidak menghadiri sesi pendengaran awam itu, Dr Khir juga didapati bersalah atas tiga lagi tuduhan iaitu mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar, mengutuk integriti jawatankuasa SELCAT dan menuduh SELCAT sebagai alat politik untuk memburukkan dirinya.

Teng berkata Dr Khir, ADUN Sungai Panjang itu, juga dikenakan hukuman gantung perkhidmatan dan elaun ahli DUN selama enam bulan bagi setiap daripada tiga pertuduhan itu.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan semua hukuman terhadap Dr Khir itu dijalankan secara serentak.

Teng berkata hukuman itu adalah berdasarkan kepada kes-kes penggantungan beberapa ahli-ahli Parlimen sebelum ini.

Katanya hasil mesyuarat JKHK itu akan dibentangkan sebagai usul untuk dibahaskan pada persidangan DUN yang dijangka diadakan Julai ini.

TINJAUAN
chedet 0 Komentar

dipetik dari : sini

Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?
  • Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
  • Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin
atau Keputusan Tinjauan

Keputusan setakat 20 Mei 2009 9.23 pagi

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir 28.9%
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 71.1%

19 Mei 2009

Rayuan Nizar, Khamis ini - PAS bimbang BN beli hakim
chedet19 Mei 2009 0 Komentar

Irwan Muhammad Zain

- Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyokong penuh permohonan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya.

Salahuddin juga mengesa agar lima hakim yang akan mendengar rayuan Nizar khamis nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti.

Beliau menegaskan demikian sebagai respon kepada permohonan Nizar semalam yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Bukan hanya lima hakim sebaliknya hakim-hakim tersebut perlulah mereka yang mempunyai intergriti dan juga telus dalam menjalankan tugas mereka.

"Jika tidak kita bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana hakim yang mendengar rayuan itu terdiri dari mereka yang boleh dibeli," tegas beliau.

Salahuddin turut menegaskan jika hakim yang dipilih tidak mempunyai integriti kepentingan awam tidak akan terbela dalam kes tersebut.

Semalam Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar mengesahkan telah menghantar surat permohonan itu melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Calon bebas N12 Penanti
chedet 0 Komentar



PENANTI 18 MEI-Calon bebas pertama N12 Penanti semalam muncul dengan membuat kenyataan akhbar dengan mengemukakan alasan untuk membantu para belia dan juga membantu bagi menghalang remaja lepak dan juga merempit.

Menyatakan akan bekerjasama dengan semua pemimpin bagi membantu meningkatkan kemahiran belia dan juga membantu menjana ekonomi para belia dan juga penduduk tempatan.


Belau juga berkata jika memenangi kerusi N12 Penanti perkara pertama yang di fikirkan ialah membeli sebuah kereta mayat bagi meningkatkan perkhidmatan kerana beliau sendiri pernah mengalaminya apabila seorang saudara beliau meninggal kereta jenazah lambat sehingga terpaksa menunggu selama satu jam.

Mohd Sabri Bin Osman 49 seorang ahli perniagaan kereta terpakai mewah menetap di Kuala Lumpur dan berkata beliau adalah anak jati Kubang Semang dan mempunyai ramai kenalan dan saudara mara yang meminta beliau bertanding sebagai sebuah negara demokrasi.

"Saya anak jati Penanti dan bersal dari Kubang Semang dan kerana itu saya menawarkan diri untuk masyarakat di Penanti, dan saya mahu berbaik dengan semua pemimpin untuk memudahkan saya berkhidmat untuk anak tempatan" Demikian dakwa Mohd Sabri lagi.

Beliau yang memunyai 6 anak kini pernah berkhidmat dengan angkatan tentera dan bersara dengan rekod yang baik, dan menjalankan perniagaan kereta terpakai dan terlibat aktif dalam kesatuan pengedar kereta terpakai.

Apabila ditanya sama ada beliau ditaja oleh Umno , beliau menafikan perkara tersebut dan menyatakan beliau tidak menyertai sebarang parti politik kerana itu beliau akan tetap menjadi calon bebas demi memberikan khidmat kepada masyarakat Penanti.

Ramai yang hadir menyangkakan bahawa Aminah Abdullah akan muncul memberi sidang akhbar, namun terkejut dengan kemunculan Mohd Sabri.

Beliau bersama penyokong akan bekerja dan menemui masyarakat tanpa mengira tempat dan akan berkempen dari rumah ke rumah sebagai satu cara beliau menjalankan kempen. sumber.. wrlr

Din:
Pengusaha kereta di ibu negara..
Balik mai Penanti nak tabur bakti..
Hang offer bagi kereta mayat saja ka..
Selepaih 50 tahun kami tinggai gigi ngan gusi..
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.