27 Feb 2009

Peluru: Karpal dikepung Pemuda Umno
chedet27 Feb 2009 0 Komentar


Feb 26, 09 3:37pm
Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan ‘celaka’ yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.

violent attack towards dap karpal singh and lim lip eng at parliament 260209 sequenceKarpal bagaimanapun menarik balik perkataan “celaka” itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.




Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor and Kuala Lumpur

Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.

Ketika ditemui pemberita, kumpulan tersebut menunjukkan kad keahlian mereka dalam Pemuda Umno.

Ahli Parlimen DAP juga mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ.

Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng (right) juga mendakwa beliau telah dipukup oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu.

Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.

Bagaimanapun, kumpulan itu bukan kumpulan yang sama yang menghadiri sidang akhbar Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin di bangunan Parlimen pagi tadi.

Dalam sidang akhbar teresbut, pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk pengerusi DAP itu mengemukakan bukti Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru dari Ipoh baru-baru ini.

Khairy berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

“Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran.

“Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

“Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan,” Khairy.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kesal dengan kejadian tersebut, yang menurutnya, pertamakali berlaku di Parlimen.

Sementara itu, Karpal pula dengan tegas berkata: “Saya mungkin kurang upaya, tetai saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak.”

26 Feb 2009

DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT
Abe Joe26 Feb 2009 0 Komentar

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohon an untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.



Dipetik dari blog ustaz misbahulmunir
http://misabah.blogspot.com

25 Feb 2009

Pemuda PAS PP tentang majlis antara agama
chedet25 Feb 2009 0 Komentar

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menentang sebarang usaha untuk menubuhkan majlis perundingan antara agama “dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila”, kata ketuanya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

“Kalau dialog agama kita setuju, tetapi bukan (sebagai sebuah) majlis,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamed Hafiz mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya dalam akhbar Utusan Malalysia hari ini yang mendakwa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis berkenaan tahun lalu.



Akhbar tersebut memetik Shabudin sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Shabudin,yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Permatang Berangan dilaporkan berkata, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akhbar tersebut bahawa kerajaan negeri itu telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

Fail Saman fitnah

Beliau juga turut mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

Mengulas lanjut, Mohamed Hafiz berkata, Pemuda PAS Pulau Pinang menentang sebarang usaha untuk menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain.

“Tetapi kalau usaha hendak menyamaratakan ekonomi orang Melayu (dengan bangsa lain) itu kita setuju,” tambahnya.

Menurutnya lagi, ketegasan Pemuda PAS berikutan isu itu telah dinyatakan sejak Ogos tahun lalu, melalui muktamar sayap kanan PAS ke-54 di Ipoh, Perak.

Ditanya sama ada perkara itu pernah dibincangkan dalam mesyuarat PAS negeri, beliau berkata tidak pasti.

Nizar Akan Dapat Balik Perak
benludin 0 Komentar


1-Perkara pertama yang menjadi petanda ir nizar akan mengambil balik Perak ialah keyakinan pada wadah perjuangan.Perjuangan beraspirasikan rakyat akan dapat balik ke tangan pemimpin rakyat.

2-Walau kes ini sudah berada di mahkamah tapi takdir tuhan belum tentu lagi bak kata orang makanan dalam mulut pun boleh keluar!

3-Hujah dangkal Umno yang sedang bertongkat di dagu raja dan umno tidak tahu mereka adalah batu api sehingga rakyat mencabar istana.Daulat tuanku!

4-Melihat kepada perubahan geraklaku rakyat melalui demostrasi di Perak baru2 ni boleh kita kata rakyat sebenarnya tidak takut tapi rakyat bertahan dengan iman dan minda.

5-Ir nizar setahu pengetahuan saya,adalah pemimpin yang adil dan kita semestinya tidak taksub padanya tapi kita mesti memberi kepercayaan pimpinan Islam yang adil pada semua kaum.

6-Mahkamah sedang diperhatikan semua.Adakah wujud "hero"baru dalam mewujudkan keadilan dalam kes di Perak.?Kita doa sama-sama.

7-for me,Ir nizar walau tidak sampai setahun di Perak,kerajaan Perak dilihat satelit pada kerajaan pimpinan Pas kelantan.

8-Insyallah,kita akan mampu mengambil balik Perak!

dicatit oleh prostrategik.blogspot.com at 6:13 AM 1 comments link

23 Feb 2009

SIAPA SEBENARNYA PENDERHAKA KEPADA RAJA RAJA MELAYU ?
chedet23 Feb 2009 0 Komentar


Daripada: HASSAN ABDUL MOTALIP
MELAKA
dipetik dari http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/letterdetails.php?id=380

SIAPA SEBENARNYA PENDERHAKA KEPADA RAJA RAJA MELAYU ? "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Titah Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.


Peristiwa 1. Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika terus melantik Menteri Besar BN yang baru, kata pengerusi DAP Karpal Singh dalam laporan berita Bernama. Beliau berkata Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya di satu sidang akhbar. Karpal Singh berkata tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.

Peristiwa 2. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Peristiwa 3. Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993, Allahyarham Tun Ghafar Baba telah mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

Peristiwa 4. Beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Peristiwa 5. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

Peristiwa 6. Apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Peristiwa 7. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta. Buatlah penilaian secara rasional siapa penderhaka kepada Kesultanan Melayu dan orang yang terlibat dalam peristiwa di atas mendokong parti politik mana. Harus diingat janganlah Kesultanan Melayu diheret dalam kancah politik yang berat sebelah. Kesultanan Melayu harus diletakkan di tengah tengah sebagai pendamai bukan pemuas nafsu sebelah pihak. Kembalikan Kedaulatan Kesultanan Melayu.


UNDIAN SMS NTV7 - 97% Setuju Tindakan Nizar
chedet 0 Komentar


Di dalam satu undian SMS yang dijalankan oleh 7 Edition kelolaan NTV7, seramai 97% setuju dengan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk Pakatan Rakyat membawa usul undi percaya terhadap "kepimpinannya" sebagai ketua kerajaan negeri yang "sah" apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang.

Menjelaskan perkara itu di sini 3 petang tadi, Nizar berkata, pihaknya mahu menggunakan sidang DUN untuk membuktikan bahawa Pakatan masih sah untuk menerajui kerajaan negeri.

Terdahulu pada sidang akhbar sebelum keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar pagi tadi, Nizar menjangkakan suasana "kelam kabut" mungkin berlaku apabila Pakatan membawa usul sedemikian pada sidang akan datang. Belum ada tarikh ditetapkan bila DUN akan bersidang semula. Kata Nizar, beliau menjangkakan BN hanya akan mempunyai 21 orang anggota di DUN berbanding 28 wakil di pihak Pakatan ekoran penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abddul Kadir, enam Exconya serta "tiga ekor katak".

Ketiga-tiga mereka merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi; Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang keluar daripada Pakatan dan kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. "Kami akan membawa usul undi tidak percaya dan kita akan melihat siapa yang akan mendapat majoriti," katanya. "Ini perlu diuji di dalam Dewan Undangan Negeri," kata beliau. Terdahulu, Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi Menteri Besar di sini pagi ini.

Kata Nizar, beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah. Berucap pada majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, katanya, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan. Beliau berkata, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi DUN tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, kata beliau. Peralihan kuasa itu berlaku apabila BN menguasai majoriti kerusi DUN setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat, tiga mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan seorang menyertai Umno bulan lalu. Kerajaan Pakatan telah memohon pembubaran DUN bagi adakan pilihan raya negeri selepas kehilangan majoriti awal bulan ini tetapi tidak diperkenan Sultan Perak. Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini. Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini. Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam. Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.

Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry serta enam exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN. Sementara itu UMNO terpaksa pergi ke England untuk minta pandangan Queen’s Council cari jalan keluar krisis Perak setelah mereka mendapati mereka di dalam keadaan tersepit akibat melakukan rampasan kuasa di Perak dengan membelakangkan Undang-undang tubuh negeri Perak dan Perlembagaan negara.

http://greenboc.blogspot.com/2009/02/97-setuju-tindakan-nizar.html

20 Feb 2009

PAS Kelantan Minta Ibrahim Ali Letak Jawatan
chedet20 Feb 2009 0 Komentar


KOTA BAHARU, 20 Feb (Bernama) -- PAS yang tidak berpuas hati dengan kelantangan anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang sering mengkritik parti itu meminta beliau meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi.

Beliau berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, anggota Parlimen Bebas itu tidak sepatutnya sering menghentam PAS seolah-olah beliau sahaja yang betul.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, hari ini.

Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, berkata Ibrahim meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasan Pasir Mas ketika itu menolak cadangan itu.

"Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya.

Mengenai kemungkinan Ibrahim akan menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya.

-- BERNAMA

19 Feb 2009

Moral UMNO Tahap Tapak Kaki Je..!
chedet19 Feb 2009 0 Komentar


Sembang lagi pasai moral... sebaik saja gambar phorno YB Bukit Lanjan tersebar, berkokoklah juak-juak UMNO/BN ddok main isu moral... depaa habaq "kami tek leh terima pemimpin yang tidak adaa moral"... yang tu aku setuju... mana yang tak dak moral, kita humban terus dalam jamban taik...

Akibat dari tekanan pihak-pihak berkenaan, akhirnya pada petang semalam, YB Bukit Lanjan mengisytiharkan perletakan jawatannya sebagai EXCO negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan dengan alasan untuk kebaikan parti.

Aku tabik spring dekat YB Bukit Lanjan dengan tindakan berani dan jugak berhemahnya. mana ada orang yang senang-sennag nak letak jawatan sementelah pulak bukan dia yang bersalah, sebaliknya dia kena penaya dekat bekas jantan dia. tapi pasai dia adaa harga diri, maka kita kena terima pendekatan dia lepaskan jawatan tu.



Maka semua mulut-mulut yag selama ni dok berkokok, terdiam buat sementara waktu pasai depa tak sangka YB Bukit Lanjan sanggup ambik tanggung jawab dengan meletak jawatan. depa ingat YB-YB Pakatan Rakyat ni gila sangat nak pegang jawatan macam orang-orang UMNO/BN kot?

Sekarang ni kita nak tanya pulak puaka-puaka UMNO/BN tentang 2 orang ADUN dekat atas tu...


Hangpa jangan kata tak kenal 2-2 eko dalam gambaq dekat atas ni... 1 Malaysia tau kes 2-2 ekoq ni sebelum ni kan? masa awal-awal kes depa dok kepoh, aku perati bukan main seghonok puaka-puaka UMNO/BN dok main isu "sedekah seks"...

Tapi akhirnya 2-2 ekoq mat sedekah seks ni jugaklah yang jadik talian hayat KERAjaan Halam UMNO/BN dekat Perak. atas tiket bebas, UMNO/BN dok menyabung nyawa dekat 2-2 ekoq mat sedekah seks ni...

Ni dah terang-terang depa mengaku depa terima haabuan seks dan kes depa sedang dibicarakaan diMahkamah...

Jadi apa kata Khir Toyo berkenaan ke 2-2 talian hayat hangpa ni?

Oi Toyo..! 2-2 ekoq talian hayat hangpa ni beragama Islam... 2-2 ekoq ni dalam kenyataan depa mengaku ada terima habuan seks cuma depa tak mengaku bersalah... hang paham maknanya?

Maknanya depa mengaku bahawa seks diluar perkahwinan a.k.a zina itu adalah satu pelakuan yang tidak salah.

Yang ni hang nak kata apa? tak payah desak depa letak jawatan ka? hang setuju ka orang macam ni jadi pemimpin?

Dah la UMNO oi... moral hangpaa tahap tapak kaki je..!

Oi Khir Toyo..! hang tunggu kami nak deliver batang penyapu dekat rumah hang..!

Jom ramai-ramai kita hantaq penyapu dekat rumah Khir Toyo... sapa ada alamat rumah Mat Tempe Botox ni? kasik publish... aku nak buat "Kempen Batang Penyapu Untuk Khir Toyo". menarik x?

dari Perisik Rakyat..http://perisik-rakyat.com/

18 Feb 2009

UMNO-BN TAK JANTAN........tokguru
chedet18 Feb 2009 0 Komentar


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno-BN agar berdepan dengan segala masalah apatah lagi kini mereka berada di ambang kejatuhan. "Sepatutnya berdirilah seperti seorang lelaki untuk berdepan dengan PAS melalui pilihan raya terbuka, PAS tidak ada masalah kerana kita bersedia untuk berdepan dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menteri Besar Kelantan itu turut menyelar tindakan Umno yang terus membabitkan pihak istana Perak bagi menjayakan agenda rampas kuasa mereka.

"Saya melihat Umno-BN memang tidak gentleman kerana terus melibatkan istana dan berselindung di sebalik kuasa kekebalan istana," tegasnya.

Beliau enggan mengulas mengenai kenyataan Sultan Selangor yang murka kepada mereka yang terlibat dengan demonstrasi jalanan.

"Saya tidak mahu komen tentang kenyataan SUltan Selangor yang mengatakan biadap terhadap pihak yang mengadakan demonstrasi jalanan dan membantah titah Sultan Perak," ujarnya.

Namun beliau yang telah menerajui kerajaan PAS Kelantan 18 tahun, menegur tindakan Umno-BN dalam isu yang bergolak di Perak dengan memberikan analogi yakni perumpamaan.

"Saya ingin menegur Umno, seperti dalam sebuah rumahtangga, ada ibu bapa sebagai ketua keluarga begitu juga dengan sebuah negara yang mempunyai raja sebagai pemimpin atau ketua negara.

"Jika ada sebarang salah faham dalam rumah tangga, sepatutnya penyelesaian dibuat oleh ahli-ahli keluarga dalam rumahtangga itu.

"Begitu juga halnya dengan sebuah komuniti yang terdiri daripada parti-parti politik yang menghadapi masalah, maka penyelesaian hendaklah dibuat dengan rakan-rakan dalam lingkungan politik itu," jelasnya panjang lebar.

Apa yang penting ujarnya, pemimpin politik itu harus menyelesaikan masalah sesama sendiri.

"Tetapi apa yang berlaku di Perak, Umno terus melibatkan sultan, sedangkan sepatutnya jika Umno tidak gopoh mereka boleh memikirkan kemungkinan untuk membubarkan Dun atau mengadakan pilihan raya ke atas dua atau kerusi yang bermasalah," demikian ujarnya. - mks. _

17 Feb 2009

PRK 2 Bukit 7 April- Semua selesa!
chedet17 Feb 2009 0 Komentar

Ramai terkejut. Ingatkan UMNO yang isytihar Tarikh pilihanraya kali ini.

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pada pagi Jumaat.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti yang semakin celaru denga isu rasuah dan rebutan kuasa.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Saya pun tak mahu komen lagi. Alasan yang diberikan SPR ada munasabahnya.

Abdul Aziz berkata:

“Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih”.

Beliau juga berkata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena mengenai dengan perhimpunan Umno bulan depan.

“Keputusan ini dibuat supaya semua selesa,” tambahnya.

Biar UMNO selesa, Najib selesa, Pak Lah lagi selesa. Bila semua selesa senanglah kita bertempur. Baru adil kan!

12 Feb 2009

Pakatan Rakyat fail tunntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok pagi
chedet12 Feb 2009 0 Komentar


12 Feb 2009, Ipoh : Pakatan Rakyat akan memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi , Jalan Duta Kuala Lumpur besok (Jumaat 13 Feb 2009) jam 11.30 pagi, memohon pengisytiharan bahawa kerajaan BN yang ada di Perak hari ini adalah kerajaan yang tidak sah . Sebaliknya, mereka menuntut supaya Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai kerajaan yang sah.

Demikian dinyatakan oleh DS Nizar di kediaman rasmi Menteri Besar sewaktu sidang akbar diadakan jam 3.20 petang tadi.

Beliau juga memaklumkan kesemua 16 kenderaan kerajaan akan diserahkan dan ditempatkan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini mulai esok.

“Saya dan keluarga akan keluar dari kediaman ini secara terhormat dalam masa tempoh seminggu atau sepuluh hari lagi,” kata Nizar lagi.

Apabila ditanya dimana beliau akan tinggal, beliau menyatakan akan menyewa rumah yang berhampiran dengan sekolah al-Hidayah , dimana anak-anak beliau belajar.

SASTERAWAN NEGARA DIMARKAZ TARBIYAH MELEWAR - SATU SEJARAH
benludin 0 Komentar

Ahad (1hb Feb 2009) - Sejarah tercipta lagi bagi Markaz Tarbiyah Taman Melewar kerana telah dikunjungi oleh Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said. Beliau hadir bersama dengan Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (GMP) anjuran Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan.

Turut berceramah pada malam itu ialah Tuan Haji Mohd Sabu (Naib Presiden Pas), Hanifa Maidin (Ajk Pas Pusat), Tuan Haji Mohd Nor Mohammad (Pesuruhjaya WP), Prof Dr Shahrir Mohd Zin (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Masukhkan Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris), Prof Dr Abdullah Hassan (UPSI) dan saya sebagai pengerusi majlis.

Sejarah juga pada malam itu kehadiran orang melimpah keluar dewan Markaz tarbiah, kerana kebiasaannya kalau ceramah yang bersifat akademik seperti begini kehadiran hanya dalam lingkungan 200 orang sahaja. Ini satu perkembangan yang baru dalam politik Malaysia yang sudah mula sedar dan semangat untuk tolak BN masih membara.

Inilah pertama kali saya dapat bertemu dengan beliau secara dekat, selama ini saya hanya membaca karangan beliau sahaja sewaktu di alam persekolahan dalam pelajaran sastera. Betapa sayu malam itu beliau turut mendeklamasikan sajak “Aku seorang tua”. Isinya amat menyayatkan hati bagaimana bahayanya satu bangsa dan negara apabila bahasa ibunda di ketepikan.

Daripada hujah tokoh-tokoh akademik yang hebat pada malam itu dengan fakta dan kajian, memang wajib kerajaan kena ubah dasar ini kepada bahasa ibunda.

Kenapa pemimpin kerajaan pekak badak sampai tidak mahu dengar rayuan dan bantahan daripada golongan ini. Kalau pihak pembangkang bantah adalah munasahabah kerajaan tidak mahu terima. Sedangkan ini adalah suara hati daripada mereka yang kebanyakan tidak berpolitik dan tahu tentang bahayanya dasar ini.

Rujuklah semula dasar ini tanpa takut kepada bayang Tun Dr Mahathir, dia bukan ada kuasa lagi. Kalau dasar ini dibuat dengan tergesa-gesa tanpa kajian kenapa sekarang kerajaan tidak berani kembali kepada bahasa ibunda dengan segera setelah kajian dan pandangan yang diluahkan oleh golongan cerdik pandai ini. Ini perlu ada keberanian macam Tun Dr Mahathir yang berani buat walaupun ada tentangan.

Kita tahu bahawa dasar yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian, ia hanya dibincang dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno sahaja. Mereka yang zero IQ inilah yang meluluskan dasar yang mengorbankan pendidikan anak-anak kita pada masa depan. Sedangkan waktu kerajaan hendak melaksanakan sepenuhnya bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Universiti pada tahun 1984 dibuat dengan kajian yang lama. Kenapa apabila dasar ini hendak ditukar ia dibuat seperti masak mee maggi sahaja.

Pastinya projek ini hanya untuk mengkayakan kroni kerana telah memakan duit rakyat sebanyak 2.1B untuk ICT sahaja. Siapa yang bolot projek ini, tepuk dada tanya Tun Dr Mahathir.

Perlu ditegaskan bahawa jawatankuasa ini bukan menentang bahasa Inggeris, yang ditentang ialah Metematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris.

Kalau golongan sasterawan negara dan tokoh akademik sudah beranai turun ke padang bersama rakayat untuk menentang dasar ini, maka ini adalah satu perkembangan yang cukup baik. Maka satu perubahan lanskap politik negara akan berubah dan mempercepatkan kita menghantar UMNO/BN ke sakaratul maut.

Maka Pas yang daripada dulu lagi kita menentang dasar ini akan membantu 200 peratus jawatankuasa ini. Ayuh jangan lupa kita turun ke himpunan 100 ribu pada 7hb Mac 2009 untuk menghantar memo kepada Yang Dipertuan Agong sebagai payung rakyat. Kita berjanji kalau Pakatan Rakyat diberikan mandat maka kita akan ubah balik dasar ini selepas PRU 13 insyaAllah.

11 Feb 2009

Kemelut Politik Di Perak - Bersabarlah
benludin11 Feb 2009 0 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim

AlhamduliLlah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT yang masih memberikan kita hidup serta diberikan juga nikmat kesihatan yang tiada nilainya. Juga nikmat iman dan islam, yang dengannya kita bisa segera sedar dan bangkit setelah diuji dengan ujian-ujian kemarahan yang terkadang sedikit menggugat iman dan emosi kita sebagai insan yang dhoif.

Firman Allah: "Katakanlah (Muhammad),"Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapapun yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaan dari siapapun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapapun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapapun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu". (Ali-Imran 3:26)

Sungguh benarlah dunia ini tidak lebih dari sekadar lakonan hidup yang pentasnya tidak terlepas dari penguasaan Allah walau sekelumit jua. Manusia diwajibkan berusaha untuk mencorak kehidupan yang mereka kehendaki sesuai dengan fitrah yang telah Allah ciptakan namun hasil dari usaha itu hanya tercipta dengan izin Allahu Subha nahuwata'ala.

Manusia boleh saja memiliki kuasa dengan apa cara sekalipun. Ada yang dipilih melalui sistem perundangan yang sah. Allah izinkan jika Dia berkehendak yang demikian. Ada juga yang mengotori sistem itu dengan cara yang busuk, ia juga bisa terhasil dengan izin Allah.

Namun adakah kita merasakan keluh-kesah jika seseorang itu merompak, merasuah dan menggugut lalu berkata,"Syukur kepada Allah kerana berkat usaha kerja kita, akhirnya kita beroleh kejayaan dan kesenangan ini". Lalu disorak-soraikan oleh sebilangan pengikutnya yang tidak mengerti. Sedangkan kita tahu hanya amal yang berlandaskan syara' sahaja yang akan diterima Allah dan yang jahat dan yang hina itu bakal menerima balasan azab yang amat pedih dariNya.

Maka, ayuhlah wahai teman, sesungguhnya segala apa yang terjadi adalah pasti dari ketentuan Allah ta'ala dan Dia tidak akan sedikit pun menganiaya kita sesuai dengan firmanNya,"...kepada setiap jiwa diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)". (Ali-Imran 3:25)

Yakinlah, di penghujung sesuatu musibah dan ujian itu pasti ada hikmah dan kesudahan yang lebih baik telah Allah sediakan untuk kita jika kita orang-orang yang berfikir.

Senyumlah walau pahit dan menangislah ketika mendapat kemanisan kerana sesungguhnya disebalik segala sesuatu itu hanyalah ada ALLAH.

Bangkitlah wahai mujahid. Perjuangan wajib diteruskan. Dua bukit menunggu kita, Gantang dan Selambau. Jangan biarkan kebathilan bermaharajalela kerana sesungguhnya Maharajalela lah yang telah membunuh asas kebathilan. Mari kita berdoa agar tiada siapa diantara kita yang uzur untuk menabur keringat di sana. Sudah menjadi sumpah perwira, tiada lena ketika gempita.

TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR

Allahu alam bissowab

10 Feb 2009

YAB Nizar mentalkinkan Allahyarham YB Roslan Shaharum
chedet10 Feb 2009 0 Komentar



Bayang kan lah Kalau Tok Jib kaki Culik YB tu yg baca Talkin diatas kubur Altantuya.. Heee

Ustaz Roslan Shaharum Dalam Kenangan
chedet 0 Komentar

Allahyarham mula melibat diri dalam politik sepenuh masa sejak tahun 1999 apabila dipilih oleh PAS untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum 1999 di Parlimen Bukit Gantang. Nasibnya kurang baik, Allahyarham gagal memenangi kerusi tersebut. Kemudian bertanding pula di DUN Rapat Setia pada pilihanraya 2004, sekali lagi gagal. Pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, Allahyarham kembali bertanding di Parlimen Bukit Gantang dan berjaya menewaskan Calon BN, Abdul Azim bin Mohd Zabidi (Bendahari UMNO) dan calon Bebas dengan majoriti 1566.

Sebelum menceburkan diri dalam politik sepenuh masa, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, jawatan yang terakhir ialah Pengarah Sumber Tenaga Manusia & Pentadbiran PKNP. Allahyarham berkelulusan Sarjana (Master) Sains Pembangunan Sumber Manusia UPM, dan juga Diploma Islamic Study UIA. Allahyarham meninggalkan seorang balu (Puan Safiah bt. Harun) dan meninggalkan 11 orang anak.



Selain berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai Pengerusi Yayasan Perak. Sepanjang perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham begitu aktif berkhidmat dan berbakti kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik. Sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai begitu disenangi oleh para pengundi, sementelah pula, Allahyarham juga seorang pengamal perubatan Islam As Syifa'. Dalam siri-siri lawatan beliau ke setiap kampung, beliau bukan sahaja menyampaikan sumbangan, memberi tazkirah, ceramah atau merasmikan majlis malahan turut memberi rawatan perubatan As Syifa' secara percuma.

Sebagai Pengerusi Yayasan Perak, Allahyarham telah berjaya menaikan imej Yayayan Perak dan Kerajaan Perak melalui program pemberian Dermasiswa Rakyat, Kelas Tusyen Gemilang, Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil dan sebagainya.
Kini beliau telah mendahului kita untuk bertemu Allah Rabbul Jalil, semuga rohnya akan dicucuri rahmat, dan diharap ahli keluarganya bersabar dengan ujian ini.

* Juga disini untuk tatapan semua, liputan blog sekitar majlis pengkebumian Allahyarham. Al-Fatihah..

- sumber dari blog misbahulmunir , Ummi Anni & sya~reformis.

Perutusan MB Perak
Abe Joe 0 Komentar

BismilahirRahmanirR ahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

9 Feb 2009

Anggota Parlimen Bukit Gantang Dari PAS Meninggal Dunia
chedet9 Feb 2009 0 Komentar


ALFATIHAH

IPOH, 9 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung, menurut abangnya Ahmad Najmi.

Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan merasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.


Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia, kata Ahmad Najmi kepada Bernama di sini.

UCAPAN YB Hj Roslan Shahrom mewakili Pesuruhjaya PAS Perak SEMPENA JAMBORI AMAL KEBANGSAAN DI KUALA KANGSAR




Roslan, 50, yang merupakan pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, meninggalkan seorang isteri Sofiah Husein dan 11 anak.

Lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara serta Open University Malaysia.

-- BERNAMA

5 Feb 2009

UPDATE8 Nizar rejects call to resign, Perak Sultan refuses to dissolve state assembly
chedet5 Feb 2009 0 Komentar

The Pakatan, which is confident of securing two-thirds majority in the state assembly, maintains its view that the best solution is for fresh and fair polls

The shaky and dubious line-up offered by the BN also does not represent the racial mix of the state. There is only one non-Malay assemblyman in the entire 28-member BN team.

The Sultan’s decision - wise or not, fair or not - may spark a fresh scramble for non-Malay lawmakers as the MIC, MCA mimic their big brother, Umno, and try to scalp a few defections of their own …

By Wong Choon Mei

The Perak Ruler, Sultan Azlan Shah, has rejected the advice of Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin to dissolve the state assembly and has asked him to step down to make way for a new state government.

“If Mohammad Nizar does not resign his post as Perak Menteri Besar together with the members of the state executive council, the posts of Menteri Besar and state executive councillors are considered vacant,” Bernama reported on its website.

But Nizar, the amiable and well-liked PAS leader, has decided to dig in. Urging the people of Perak to back him, the bespectacled and soft-spoken MB has described his government’s ouster as a coup and refuses to give in.

“I asked for consent to dissolve to protect the rights of the people. The Barisan Nasional’s majority may not be a valid one,” Nizar told reporters.

Meanwhile, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has had talks with the Sultan. But it is not clear what they spoke about. The 28 BN assemblymen and three Independents are expected to be sworn in as the new state government tomorrow.

The decision by Sultan Azlan is not totally unexpected. The BN-controlled media has been predicting the fall of the Pakatan government for weeks.

Pakatan leaders too have been sombre in private, given the far-reaching arm of the Umno-BN’s influence.

Nevertheless, Sultan Azlan’s decision will spark tsunami-scale reverberations across the nation, and further erode public confidence in the country’s institutions.

Distrust and disgust, both nationally and internationally, will also increase with the latest disillusionment

Already, a hail of criticism has rained down on the Perak Ruler, as disappointed Malaysians expressed their frustration and feelings of betrayal against him - a former top judge they had respected without question in the past …

Nizar tegas tidak undur, MB baru esok
chedet 0 Komentar

Sumber : Malaysia Kini
Feb 5, 09

kemaskini 6.26pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang.

Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan mengangkat sumpah esok.

Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tengah hari ini berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang mengadakan sebarang perhimpunan di negeri itu.


kemaskini 6.13pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri."


kemaskini 5.52pm Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.


kemaskini 5.01pm Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.

Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.

kemaskini 4.55pm Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut.

kemaskini 4.50pm Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .

Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.

Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.

Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di kediaman menteri besar seawal 7 malam ini.

kemaskini 4.40pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.

Beliau juga berkata, Speaker DUN telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun-adun Pakatan yang keluar parti.

Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.

Oleh itu, katanya, majoriti BN (sekarang) mungkin tidak sah.

kemaskini 4.05pm Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.

Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera.

Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.

kemaskini 3.28pm Speaker DUN V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.

Lobi agar mereka meninggalkan Pakatan Rakyat bermula sejak selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas.

kemaskini 3.20pm Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.

Pimpinan Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman MB
chedet 0 Komentar

IPOH, 5 Feb (Hrkh): 4.30 petang - Seluruh pimpinan PAS Pusat dan Pakatan Rakyat, termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti, petang ini berkumpul di kediaman Menteri Besar Perak.

Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang yang baru pulang dari Gaza dikatakan akan terus bergegas ke Perak.

Mereka akan berbincang bagi mementukan tindakan seterusnya bagi menyelamatkan demokrasi dan mempertahankan hak rakyat.

Turut hadir MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.



Sementara itu solat hajat dan munajat perdana yang sepatutnya diadakan di kediaman MB akan dipindahkan ke Stadium Perak atas nasihat pihak keselamatan.

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan provokasi, kekacuan dan bertindak di luar batasan undang-undang.

Rakyat Perak diminta bertenang, berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T. supaya Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dipertahankan.

Solat Hajat dan Munajat Perdana akan dipimpin oleh Dato' Tuan Guru Presiden PAS.

Semua pimpinan tertinggi dan MB akan memberi ucapan selepas Solat Hajat.

Dalam perkembanmgan lain, sehingga kini pembubaran Dun belum berlaku lagi,

Tuanku Sultan masih belum memberi perkenan Dun dibubarkan. Malahan Tuanku meminta Menteri Besar letak jawatan. Namun begitu Mohamad Nizar bertegas tidak akan meletak jawatan.

Kerajaan BN masih belum boleh dibentuk di Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang.

Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, terdapat tiga cara untuk menukar menukar kerajaan. Pertama, melalui pembubaran Dun. Menteri Besar Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.

Kedua Menteri Besar Perak dan semua Exco meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.

Ketiga melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan.

Justeru, selagi Sidang Dun belum bersidang dan Usul Undi Tidak Percaya dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.

4 Feb 2009

ADAB MENGUAP
chedet4 Feb 2009 0 Komentar


Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:

Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca YarhamukAllah(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari]

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]

Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:
Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk [Riwayat Abu Dawud]
Terdapat beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap terutama tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.

3 Feb 2009

Palestine.. Setitis Nilai Persaudaraan
Abe Joe3 Feb 2009 0 Komentar

Saya pulang ke Kelantan menaiki kancil milik teman. Tiket ke pantai timur, andai tidak dibeli awal alamatnya melepaslah. Carilah alternatif lain untuk memastikan diri memijak tanah negeri yang dicintai.

Saya sebenarnya ada pengalaman yang amat ngeri dengan kancil, hampir 4 tahun lepas saya menerima kecelakaan semasa memandu kenderaan yang dicop jenama tersebut. Perjalanan kami dari KL ke KB berkesudahan dengan kancil dipandu saya terbalik dengan ke empat-empat tayar di atas.


Alhamdulillah, Allah memberi kesejahteraan kepada kami. Berkali-kali saya memohon maaf kepada teman, risau hatinya remuk seremuk bumbung dan bonet keretanya. Saya berkeras ingin menyaman pemaju jalan yang cuai untuk meletakkan sebarang tanda keselamatan. Saya mangsa ke 4 setelah 3 hari jalan tersebut dibaiki, mangsa ke 5 berlaku didepan mata kami semua saat saya sibuk mempertahankan kesilapan bukan sekadar kelalaian diri. Selang sehari, saya mendapat khabar ada kemalangan maut di lokasi tersebut. Moga-moga menjadi iktibar buat para pemandu dan kontraktor jalan raya.

……..

“Bayangkan kalu kita yang tengah letih, boleh berhenti di mana-mana rumah kat tepi jalan nie. Pahtuh, kita hanya dengan sebut saya saudara awak dalam Islam. Maka tuan rumah terus layan kita, jamu kita makan dan layan kita macam saudaranya yang biasa”


Kami turut menyertai kelompok kenderaan yang bergerak perlahan. Sesekali saya cuba memandang kenderaan yang mengepalai kesesakan musafir kami. Namun tetap sayup tidak kelihatan.

Kawan saya tersenyum. Antara bersetuju atau tidak dengan contoh yang saya hidangkan.
Kami sengaja mencambah idea, mencari tips terbaik menjadikan kembara separuh hari kami bagai perjalananan santai.

Nampak diluar batas, tapi itulah hakikatnya.

Walau contoh saya berikan agak kurang rasionalnya. Tapi untuk menjentik kekuatan persaudaraan yang masih gagal dan pastinya pada masa sekarang berada pada hirarki yang terakhir sebaik ukhwah itu disandar pada hal aqidah.

“Islam hadir dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Maka, apa sahaja yang disandarkan kepada Islam seharusnya mewarisi sifat yang dimiliki oleh Islam itu sendiri” lontaran kefahaman yang cuba saya tanamkan dalam kuliah dasar tamrin beberapa hari lepas.

Sudah lama tidak bersama-sama terlibat dengan tamrin adik-adik universiti semenjak saya meninggalkan alam tersebut. Menghirup udara segar dalam tarbiyyah, bercakap dengan kelompok pendengar yang mudah 'jeligha' dengan bahasa yang saya gunakan.

“Memahami Kalimah Syahadah sebagai Kalimah Toyyibah, Kalimatul Haq, Kalimah Tsabitah .. maka ukhwah yang disandarkan kepada kalimah tersebut harus terbina dan memiliki ciri yang sama. Ukhwah yang Toyyibah, Ukhwatul Haq.. Ukhwah yang Tsabitah” saya menambah.

Ada mengangguk faham, ada mengangguk mengantuk,

TEMAN.. SAUDARA KITA MENDERITA DI SANA

“Siapa yang tiada langsung merasai simpati dan boleh berasa tenteram di sini. Boleh seronok bersama anak isteri. Memenuhi hujung minggu dengan riadah dan rekreasi. Tanpa ambil masa sedikitpun untuk merenung kesedihan ummat di Palestin, itu tanda hatinya telah mati
” Saya terpaksa melafazkan kalimah sebegitu.

Sedih bila melihat umat yang tidak bena dengan nasib saudara seagamanya.

…………………

“Saya sokong apa yang kamu buat. Saya kata bukan kerana agama, tapi atas dasar humanity”
Itu bicara seorang singh.

Jiwanya tersentak sebaik menerima risalah boikot yang dilancarkan pemuda. Gambar menyayat hati anak palestin yang menjadi korban sengaja ditunjukkan bersebelahan sebaik risalah bertukar tangan.

“Pizza Hut macam mana? Boleh makan?” Soal seorang gadis free hair. Hajatnya untuk parking mengisi perut dicantas rasa bersalah sebaik menerima risalah kami.

“Hmm… kira adik beradik mereka laa tuh” sahabat pemuda memberi penjelasan. Namun penjelasan secara lisan berjaya memesongkan matlamat asal gadis tersebut.
Di lokasi lain, sepasang kekasih terpaksa membatalkan hasrat untuk melanjutkan temu janji di McD sebaik teman wanita enggan memasuki restoran segera tersebut. Lama mereka tarik menarik di pintu masuk. Kesudahannya, keduanya kembali menaiki kereta dan berubah lokasi.

“You dah mengganggu customer, you ganggu lalulintas. Ganggu mereka yang makan, sekarang mereka dah tak selesa untuk makan di sini” Teman kami diherdik seorang wanita melayu separuh abad yang mengurus salah sebuah restoran sasaran tersebut. Tangannya dihala ke arah pelanggan cina yang kebetulan melepasi kami. Namun, dia mula tidak senang duduk sebaik pelanggan tersebut menafikan mereka terganggu.

“what would you do if you at my place?” lagaknya mula mencanak.

“If I at you place.. I will QUIT!!” teman membalas dalam loghat yang tidak kurang hebat. Tak tahan dirinya makin dipandang rendah dengan kain pelikat dan serban.

Itu kisah.. sedikit penentangan kami terima namun jauh berbanding mereka yang berjuang dengan darah dan air mata mereka di bumi Palestin.

KOBARKAN SEMANGAT MEREKA

“Cukup jauh untuk bandingkan diri kita dengan mereka ustaz,” seorang teman berbicara sebaik saya bertandang menjamu selera setelah saya selesai memenuhi undangan kuliah sebuah sebuah surau di Rawang semalam. Berulang kali beliau mengulangi kata-kata tersebut. Berkongsi pengalaman sebaik pulang dari Palestin untuk menyampaikan dana-dana sumbangan kepada pimpinan Hamas. Riaknya mempamer kekaguman dengan semangat dan izzah yang lahir dari para pejuang di sana.

Saya sekadar menadah telinga. Biar beliau menghabiskan ceritanya.

Semangat mereka cukup kental, keberanian mereka tidak sebagaimana kita yang masih teragak-agak dalam perjuangan. Keyakinan mereka kepada Allah amat jauh untuk dibandingkan dengan kita. Kerana itulah, bersyukurlah Allah meletakkan ‘jiwa-jiwa penakut’ seperti kita untuk sekadar berjuang di bumi Malaysia. Berjuang dengan harta dan doa buat mereka. Usah mengharap untuk berada dalam barisan dan bersama dalam kelompok mereka andai nafsu-nafsu diri masih belum tertewas.

Rezeki mereka… Allah hadirkan dengan seorang tua yang tugasnya semata-mata memasak dan menghantar makanan kepada pimpinan Hamas. Jalan yang dilaluinya setiap pagi dan petang adalah ditengah-tengah ribut peluru. Namun Allah Maha Memelihara. Dia senang berjalan dengan penuh keberanian ditengah medan tersebut.

Berhadapan dengan situasi ini, mengundang jiwa yang bercampur baur. Sedih.. marah.. gembira.

Sedih melihat susuk tubuh anak-anak kecil bagai saudara dikampung sendiri. Terbayang anak-anak saudara yang memanjat belakang, bermain-main di sekeliling. Mungkin raungan kita lebih dari ibu-ibu di Palestin andai anak-anak diperlakukan begitu. Malah mungkin jauh tersasar dengan menyalahkan takdir dan ujian Ilahi. Rapuhnya jiwa kita.

Gembira dengan suatu janji yang telah ditempuh dan dilalui oleh mereka. Kita?? Jauh sekali.. mungkin bercita-cita untuk mati sakit tua di atas katil. Begitu cita-cita kita??? Usah bercita-cita untuk syahid andai sudah riuh sekampung dengan luka yang sedikit.. dengan tangan kaki dan tangan yang patah kemalangan. Manja dan lembiknya hati kita. Saudara kita di sana, siapa yang menyapu ubat-ubat merawat luka anak-anak yang kehilangan ibu bapanya.
Apa rezeki yang bakal mengisi perut mereka setelah bapa tidak pulang-pulang sebaik keluar mencari gandum..
Siapa yang akan mengusap air mata ibu-ibu janda yang kesedihan berpisah cinta dengan suaminya..
Bayi-bayi yang dilahir terjajah.. siapa yang bakal menyusui mereka mengganti dada-dada ibunya yang syahid.

Kejamnya kita..
Kita masih mampu bersenang untuk tertawa dan bergurau senda dengan anak isteri..
Seronok mengisi malam menonton rancangan hiburan dan jenaka..
Ketawalah sehingga terbahak-bahak dirimu..
Andai itu menjadi pilihan kamu..

Teman…

Kita kat sini, dahlah cukup kecil bantuan yang mampu diberikan. Jangan ditambahkan kekecewaan mereka dengan sikap kita. Lebih dalam kesedihan mereka andai perjuangan mereka di sana dicemuh oleh mereka yang seagama. Anak kita ke.. adik kita ke.. yang mana lebih memberi kesan kepada jiwa mereka. Adakah penghinaan yang diterima oleh orang luar atau cercaan oleh ahli keluarganya sendiri.

Menderma jauh kurangnya… boikot pun masih curi-curi untuk terus membeli produk yang terlarang. Asap rokoknya tidak kurang buat penyumbang dana zionis dan penyebab sakit anak isteri.

Teman..
Apakah yang menyebabkan kita terus gagal untuk merasai luka-luka tembakan yang menembusi susuk tubuh saudara kita di sana..?
Ya.. kerana nafsu kita telah lama dibajai dengan selera dan kehidupan musuh-musuh Islam.
Usah mengharapkan Allah untuk memandang kita dengan pandangan RahmatNya, andai tika saudara bermain darah di sana.. tiada setitispun air mata kita menitis mengiringi doa buat mereka.
Usah bermimpi sama-sama mencium aroma syuhada’ mereka andai hati kita jauh sekali lintasan untuk berjihad dalam barisan yang sama.








AbeJoes@abejoes.blogspot.com

2 Feb 2009

AKUAN BERSUMPAH
chedet2 Feb 2009 0 Komentar

KLIK pada gambar untuk besarkan image




Keputusan Speaker DUN Perak tidak boleh dicabar
chedet 0 Komentar


PETALING JAYA: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.


Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan ADUN kedua-dua kawasan tersebut iaitu Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu.


"Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri.

"Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin semalam yang mahu mencabar Speaker kerana mengumumkan peletakan jawatan mereka berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima daripada dua ADUN terbabit di Ipoh pukul 5.45 petang semalam.


Jamaluddin berkata, peletakan jawatan tersebut merupakan satu pembohongan kerana surat letak jawatan yang dimaksudkan Sivakumar itu sebenarnya telah ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR termasuk beliau dan Mohd Osman pada 8 Mac lalu kerana kerajaan negeri bimbang mereka akan menyertai BN.


Katanya, surat itu telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya mereka telah meletak jawatan.


Jamaluddin dan Mohd Osman sebelum itu dilaporkan telah hilang dan tidak dapat dihubungi dalam tempoh lima hari minggu lalu.


Mengulas lanjut, Dr Abdul Aziz berkata, tindakan mereka menghilangkan diri itu dengan sendirinya telah menyebabkan hujah-hujah termasuk dakwaan bahawa peletakan jawatan tersebut adalah satu pembohongan dengan sendirinya tidak boleh lagi diguna pakai.


"Ini bukan zaman darurat sehingga menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi.

"Pada saya, hujah-hujah mereka sudah terlambat. Lainlah jika mereka tidak menghilangkan diri, mungkin apa yang dipertahankan mereka boleh diambil kira," katanya.

Dr Abdul Aziz berkata, surat peletakan jawatan tersebut sah walaupun tidak ditandatangani semasa tidak bertarikh memandangkan kedua-dua ADUN tersebut mengetahui kandungan surat dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu.
"Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut. Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut," katanya.

mstar.com.my

Pilihan Raya Kecil 2 DUN Perak
chedet 1 Komentar

Oleh muhammadhanif

" Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa hilang sejak lima hari lalu telah meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat berkuatkuasa hari ini. Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh. Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Satu tamparan hebat buat BN yang menaruh harapan kedua-dua Adun tersebut lompat ke parti mereka. Buat kerajaan Pakatan Rakyat ianya merupakan satu ujian untuk menapis kotoran yang ada dalam kerajaan Perak.

Kalau kita imbau kembali sirah nabi Muhammad s.a.w. yang di Israk Mikrajkan oleh Allah s.w.t., apabila kita ceritakan kepada umat Baginda, ada yang murtad kerana tidak percaya akan cerita Baginda.

Ianya bukan satu kekalahan / musibah kepada Baginda, tetapi Allah s.w.t. hendak menapis / menguji orang mukmin adakah mereka beriman denganNya ataupun kufur kepadaNya hasil daripada peristiwa Israk Mikraj. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, mungkin ianya satu ujian buat semua ADUN Perak yang mungkin dijanjikan dengan pelbagai faedah jika mereka melompat parti.

Mereka yang kecundang dipertengahan jalan merupakan meraka yang tidak ada pendirian langsung dengan kepimpinan pucuk pimpinan yang ada sekarang sama ada kerajaan Perak mahupun pucuk pimpinan parti. Jika sekalipun mereka menghadapi tuduhan rasuahmelibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Tapi jika mereka benar maka mereka tidak perlu takut dengan apa yang berlaku. Seorang mukmin yang sejati tidak akan lari keadaan sebenar walaupun ianya pahit. Speaker Dewan Undangan Negeri Perak akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Ray
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.