Kenyataan Akhbar 2 September 2009 oleh YB Senator Ir Zamri berkenaan Isu Kota Siputeh

Kenyataan Akhbar 2 September 2009

Saya menghargai pandangan yg diberikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berhubung kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh, mengikut pemakluman yg dikemukakan oleh YB Dato’Speaker DUN Kedah pada 18 Ogos 2009.

Namun kenyataannya ialah hak mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN terletak di atas tanggungjawab Speaker DUN. Oleh itu, saya mengingatkan semua pihak, terutamanya Speaker DUN dan SPR, harus berlaku adil dan tidak menzalimi mana-mana pihak dalam menangani kes Kota Siputeh ini. Ketidak-hadiran wakil rakyat Kota Siputeh ke persidangan DUN Kedah pada 19 April dan 09 Ogos 2009 telah diketahui umum. Penduduk Kota Siputeh juga telah menyatakan kekesalan mereka terhadap kelalaian wakil rakyat mereka untuk membawa isu setempat ke sidang DUN agar dipertimbangkan di peringkat negeri juga telah dinyatakan.

Justeru, untuk meredakan keadaan, malah untuk berlaku adil kepada rakyat negeri kedah, khusus di kawasan Kota Siputeh, Speaker DUN dan SPR harus melihat dari semua sudut, khususnya dari aspek perundangan negeri, kerana keadilan buka sahaja untuk diberikan kepada seorang wakil rakyat, tetapi kepada puluhan ribu rakyat yang mengharapkan nasib mereka dibela oleh wakil yg telah mereka pilih.

Aspek perundangan juga bermaksud, sijil cuti sakit yg dikemukakan selepas lebih 48 jam ponteng dari sidang, harus diteliti dari mana diambil dan siapa doktor professional yang memberikan rawatan kepada beliau. Malah Doktor terlibat juga harus diambil keterangannya supaya Rakyat Kota Siputeh benar-benar bersedia untuk menerima beliau sebagai wakil rakyat semula. Doktor tersebut juga harus bersedia memikul tanggungjawab memberikan keadilan kepada rakyat dalam memastikan tiada pihak dizalimi.

Saya juga menyeru kepada semua ADUN agar bertanggungjawab menjaga kemuliaan dewan yg mereka anggotai, dengan sentiasa ingat bahawa mereka dipilih oleh rakyat untuk membela nasib warga kedah di kawasan yg mereka diamanahkan. Jangan lagi berpandangan seolah-olah rakyat kawasan yg mereka wakili yg bertuah kerana memiliki Yang Berhormat seperti mereka.

Akhirnya saya menyeru bagi pihak warga negeri kedah, agar YB Dato’Speaker dan SPR, serta doctor yg memberikan sijil sakit, agar berlaku adil dalam menangani kes ini demi Penegakkan Hukum, Kemualian DUN Kedah, Datuk Abu Hasan Sharif, dan Rakyat Kota Siputeh. Prinsip yg harus sentiasa diingati ialah, jika kita gagal melakukan keadilan kepada mana-mana pihak, ertinya ada pihak yg telah dizalimi.

YB Senator Ir. Zamri Yusuf
Anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah

Ulasan

Catatan Popular