Dari Kamar Mahkamah 07 Sept.'09

Salam. Bertemu lagi di arena blog. Lama rasanya tak menukil kan sebarang artikel diblog nih dek disebabkan sibuk dengan amanah yang dipikul. Ditambah pula dengan hal-hal dunia yang sentiasa membawa kita kearah yang lara' kalau tidal disusun betul-betul mengikut acuan Allah dan Rasul.

Pada 07 dan 08 Sept '09, telah dijalankan perbicaraan keatas pen'demo' di atas satu perhimpunan 'haram' pada 26 Jan '08 iaitu PROTES. Perbicaraan melibatkan 41 OKT (Orang Kena Tuduh) di hadapan Hakim Hj. Sekeri Mamat di Kamar 5, Tingkat 3, Mahkamah Jalan Duta. 4 jemaah DPP W.Maju adalah antara OKT selain daripada nama-nama besar seperti Md.Sabu (AJK PAS Pusat), Dr.Badrul Amin (PKR), Dr.Hatta Ramli (AP Krai), Ting Chua (AP Batu), Dr.Zulkifli Ahmad (AP Kuala Selangor), Dr.Syed Nasir (ADUN Kota D'sara) dan beberapa nama lagi. Perbicaraan kali ini berjalan akhirnya setelah beberapa kali ditangguh. Antara panel peguam bela (PB) ialah Hanipa Maidin dan Amir Hamzah. Di pihak pendakwa raya (PR), saya sengaja tak mahu ingat sebab menyampah.





Seramai 48 saksi telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Pada 07hb sebelah pagi lebih kurang pukul 1030, saksi pertama dipanggil iaitu Sarjan Zainal, seorang jurukamera dari IPK Selangor. Sedang dalam soal balas, salah seorang PB tidak puas hati dengan bukti yang diberikan iaitu satu CD yang mengandungi gambar. Sedangkan di pihak PB tidak dibekalkan CD tersebut sebelum ini. Suasana menjadi semakin panas apabila seorang PR menengking OKT lalu disahut oleh OKT sehingga mencetuskan suasana yang riuh serta jerit pekik yang mana kemudiannya ditenangkan oleh hakim. Akhirnya soal balas keatas saksi 1 ini ditangguhkan sehingga pihak PB mendapat salinan CD tersebut dan menganalisa terlebih dahulu.


Di sebelah petang, saksi ke-2 iaitu Lans Koperal Masiri, seorang jurukamera dari IPD Cheras. Ini adalah antara saksi yang paling lawak. Dari 'telo'nya, saya andaikan beliau berasal daripada Sabah atau Sarawak. Sememangnya petang itu, beliau menjadi 'mangsa belasahan' PB sehinggakan nak jawab pun takut. Malah sampai satu peringkat, jawapan yang diberikan hampir tak munasabah. Perbicaraan ditangguhkan pada pukul 1545.





08hb, bermula pukul 1000, saksi ke-3 dipanggil iaitu Konstabel Saubil Haq, seorang jurukamera dari IPD Subang Jaya (masih ingat kes Kugan?). Menyertai PRDM (Polis Raja Di Malaysia) sejak tahun 2004. Sahabat saya mengelar beliau 'pil kuda' sebab cara beliau menjawab soalan PB seolah-olah dalam keadaaan 'stim'. Lawak-lawak. Inilah mahkamah Malaysia. Saksi dipanggil untuk ditertawakan. Kasihan melihat mereka yang bertuhankan duit dan makhluk.

Lebih kurang pukul 1145, saksi yang ke-4, Koperal Manikam A/L Kandasamy, 51 tahun (baru koperal?) juga seorang jurukamera dari IPK Dang Wangi. Tak banyak soalan yang diajukan oleh PB disebabkan penglibatan beliau hanyalah sebagai mengambil gambar bahan bukti di balai sahaja dan jawapan yang beliau berikan lebih mudah difahami berbanding saksi-saksi sebelum ini.

1220 (lebih kurang), saksi ke-5 iaitu ASP Shafie Mohd, 45 tahun merupakan Pegawai Bilik Gerakan Bkt.Aman. Pada hari kejadian, beliau merupakan Pegawai Ketenteraman Awam Balai Polis Dang Wangi pada hari kejadian. Beliau yang memberikan taklimat pada pagi hari kejadian kepada beberapa pegawai yang dipecahkan mengikut zon. Yang ini pun lawak juga. Kalau tengok kat luar, bukan main sombong lagi tapi dalam mahkamah, macam tikus. Bila disoal balas, soalan mudah pun tak boleh jawab. Kalau jawab pun, lain yang ditanya, lain yang dijawab. Tu standard ASP? So kalau nak tengok puak-puak ni dibodohkan oleh PB, jom hadir di mahkamah pada 07 - 10 Dis ini sebab mahkamah tangguh lagi jam 1730 so jumpa lagi di ruangan Dari Kamar Mahkamah. Wallaualam.

Ulasan

Catatan Popular