Undi ISA di portal KDN
PUTRAJAYA 6 Ogos - Orang ramai boleh mengundi sama ada mahu mengekal atau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menerusi laman portal berita Kementerian Dalam Negeri mulai hari ini hingga Rabu depan.
Ketua Komunikasi Korporat kementerian berkenaan, Jamilah Taib berkata, lima soalan berkaitan ISA akan dipaparkan dalam portal tersebut yang boleh diakses melalui www.ikdn.gov.my.
"Soalan-soalan yang dipaparkan berbentuk pilihan jawapan yang meminta pandangan mengenai ISA, tahap pemahaman dan pendirian orang ramai untuk dimansuhkan atau diteruskan akta itu.
"Undian akan dianalisis oleh seorang tokoh masyarakat yang terkenal dalam bidang ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, undian orang ramai amat dialu-alukan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman mereka berkaitan akta itu.


Ulasan
Catat Ulasan