Permatang Pasir: PAS Pulau Pinang bantu petugas luar
Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Pulau Pinang selesai mengatur penempa
Ujarnya, semua sembilan Unit Peti Undi (UPU) telah dimaklumkan dalam mesyuarat bersama Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Pasir baru-baru ini.
"Pihak JPN sudah menetapkan penempatan untuk jentera petugas luar Pulau Pinang untuk menabur khidmat di Dun Permatang Pasir. Bila mereka datang boleh singgah di Pusat Khidmat Dun untuk diagihkan penempatan serta tugas, " jelasnya.
Tambahnya, UPU Sama Gagah negeri pembantu ialah Pahang dan Sarawak manakala kawasan pembantu pula ialah Jelutong dan Tanjung. Ketua petugas luar diserahkan kepada Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
UPU Permatang Ara negeri pembantu ialah Kedah dan Sabah manakala kawasan pembantu Tasek Gelugor di mana ketua petugas luar diamanahkan kepada Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak. UPU Permatang Pauh pula ia dibantu oleh Perak. PAS Kawasan Bayan Baru menjadi pembantu manakala ketua pembantu luar ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludian.
UPU Bukit Indera Muda dibantu oleh Selangor manakala kawasan membantu ialah Balik Pulau dan Bukit Bendera. Ketua petugas luar diamanahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali.
UPU Kampung Pelet dibantu oleh Negeri Johor dan Melaka manakala kawasan membantu ialah Bagan dan Bukit Gelugor manakala ketua petugas luar diberikan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamad.
UPU Kubang Semang pula dibantu oleh Kelantan manakala kawasan pembantu ialah Nibung Tebal. Ketua petugas luar diserahkan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ustaz Ahmad Yaacob.
UPU Tanah Liat negeri pembantu ialah Wilayah Persekutuan dan Perlis. Ia dibantu oleh kawasan Batu Kawan. Haji Mohamad Nor Mohamad ditugaskan sebagai ketua petugas luar.
UPU Cross Street satu-satunya penempatan masyarakat bukan Islam diamanahkan kepada Negeri Sembilan sebagai negeri pembantu manakala Bukit Mertajam menjadi kawasan pembantu. Ketua petugas luar diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar. UPU Permatang Tengah dibantu oleh Negeri Trengganu. Kawasan pembantu pula ialah Kepala Batas. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Ustaz Harun Taib diberikan tugas mengetuai petugas luar.
Oleh itu Omar yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh menambah, mana-mana negeri yang ingin mengetahui penempatan yang telah diatur boleh menghubungi Pusat Khidmat Dun yang juga merupakan Markaz Besar Pilihan raya Kecil Permatang Pasir di talian 04-3984226. - mks. _


Ulasan
Catat Ulasan